Thursday, October 22, 2009

Insan Soleh

Insan soleh membawa pengertian keperibadian seseorang yang sentiasa berada di landasan syariat dalam setiap sudut kehidupannya. Corak hidupnya mengambarkan suruhan Allah dan Rasulullah, menghindarkan diri dari segala dosa dan maksiat, makan minumnya dijaga dari perkara haram dan syubhat, rasa tenang dengan ritual ibadah rasa gelisah dengan dosa yang terbuat, berhemah dalam menyatakan yang Haq tegas membanteras yang Batil, hidupnya dihiasi dengan amalan sunat, corak pakaiannya mengambarkan kesucian Islam, tutur katanya halus dan berbudi bahasa, sopan santun tindakannya, punyai misi dan visi hidup yang jelas, mendampinginnya seakan hidup terarah, sentiasa haus dengan ilmu duniawi dan ukhrawi, mindanya sentiasa positif dan inovatif, murni akidahnya menjulang tauhid, kata-katanya mendalam lagi bernas, tanda pengabdian kepada Allah terpancar dari raut wajahnya, role modelnya ialah Rasulullah dan para sahabat, melaksana sesuatu dengan penuh tekun dan itqan, pandanganya jauh ke hadapan, menjernih yang keruh meneguh yang roboh...bersama kita membentuk diri mencapai insan soleh kesayangan Allah Taala..Insya Allah.

Wednesday, October 14, 2009

Keyakinan Diri

keyakinan diri membawa maksud yakin pada kemampuan dan kebolehan diri sendiri dalam menghadapi apa jua tindakan yang hendak kita laksanakan sama ada dari sudut perbuatan atau pertuturan. Bukan semua orang yakin pada diri sendiri walau sudah cukup bekalan ilmu dan pengalaman. Ada yang tiada apa-apa ilmu atau pengalaman dalam sesuatu bidang tetapi yakin pada dirinya yang dia mampu laksanakannya dengan sebaik mungkin, ini kerana ia mempunyai beberapa sifat dan falsafah yang membolehkannya merentangi apa jua rintangan dan masalah yang dihadapinya, antara sifat-sifat dan falsafah tersebut ialah :
  1. Cekal dan tabah
  2. Tidak pernah berasa kalah atau putus asa dengan kekalahan, tidak merasa menang dengan kemenangan dan tidak menjadikan kejayaan yang diterima tersebut sebagai noktah untuk terus cemerlang.
  3. Kekalahan dan kesilapan adalah asam garam dalam perjuangan
  4. Setiap orang dilahirkan adalah untuk menjadi insan cemerlang
  5. Kejayaan itu milik semua orang, kejayaan itu tidak mengenali darjat, pangkat dan status
  6. Kental dengan semangat
  7. Berusaha tangga kejayaan
  8. Membudayakan sifat versatile (mampu laksanakan apa jua) dalam hidupnya
  9. Masalah itu sebenarnya adalah peluang
  10. Pantang berundur sebelum berjuang
  11. Orang lain boleh saya pun boleh
  12. Apa kurangnya saya untuk capai matlamat tersebut
  13. Siapa berusaha dia pasti berjaya
  14. Hendak seribu daya tak nak seribu alasan
  15. Manakan dapat sagunya kalu tak dipecahkan ruyungnya
  16. Jelas matlamat yang hendak dicapainya
  17. Tahu macam mana hendak bertindak dan faham risikonya
  18. Sering bertanya dan meninba ilmu dari mereka yang berpengalaman
  19. Merendah diri tapi tinggi matlamatnya
  20. Berlatih tanpa kenal erti muak dan jemu
  21. Berfikiran positif dalam apa jua keadaan
  22. Terima kekurangan diri tapi tidak menjadikannya alasan untuk berjaya
  23. Memaksimunkan usaha merebut peluang serta meminimakan kemalasan
  24. Mengoptimunkan kekuatan yang ada sebaik mungkin
  25. Belajar dari kesilapan lalu
  26. Jika bukan sekarang bila lagi
  27. Ada target harian, mingguan, bulanan dan tahunan yang jelas
  28. Semangat yang tidak pernah pudar untuk berubah ke arah yang lebih baik
  29. Menghayati konsep hijrah sebaik mungkin
  30. Tiada masalah yang ada hanyalah peluang
  31. Berkorban demi mecapai matlamat
  32. Kejayaan harus bermula dan bertindak dari detik ini bukan esok
  33. Allah bersama-sama orang yang sabar dan berusaha membaiki dirinya.

Al-akh Ahmad Harithah Muhamad

26 syawal 1430H

Sunday, October 4, 2009

Cita-cita, Harapan, Matlamat, Objektif, Misi dan Visi Seseorang Muslim

Hidup tanpa tujuan ibarat bahtera tanpa nakhoda dan haluan, dipukul badai ombak ke hulu dan ke hilir, sekali ke timur sekali ke barat, akhirnya terdampar di tepi pantai atau karam di lautan alam kerana kompas hayatnya sudah tiada lagi, paksi harapan untuk ke sesuatu destinasi musnah semusnah kapal yang karam dan rosak di gigit ombak yang menganas.
Itulah kronologi dan analogi kepada sebuah kehidupan yang tiada matlamt dan tujuan hidup di dunia ini. Sanggupkah kita memperjudikan masa depan kita dengan mensia-siakan nikmat umur dan masa yang diberi Allah Taala kepada kita dengan dengan membiarkan masa yang diberi terbuang dengan begitu murah sekali, hidup ini ibarat sebuah bekas yang diberi Allah kepada kita, isipadunya ialah amal ibadat yang berupa pahala amalan soleh kita, atau mungkin isipadunya dosa dan noda dari maksiat kemungkaran kepada Allah, di akhirat nanti, dipadang mahsyar yang begitu tragis akan dipersembahkan kepada Allah untuk ditimbang di mizan/neraca, yang mana lebih banyak, maka itulah pengakhiran kita dalam sebuah ekspedisi menzahirkan diri kita yang sebenarnya, kerana di sana nanti terbuka semua hijab yang kita rahsiakan di mata manusia, anggota badan kita menjadi saksi di atas segala peri laku yang kita buat di dunia dahulu, walau sebiji zarah pasti tidak akan terlepas dari perhitungan Allah Taala.
Objektif dan matlamat utama Muslim di dunia ini ialah mendapat keredhaan Allah dalam setiap tindak-tanduk dan tutur katanya, maksud Keredhaan Allah di sini ialah semua tingkah laku kita mesti berada di landasan syariat, terhindar dari dosa, jauh dari maksiat dan betul dengan suruhan Allah dan terhindar dari larangan Allah, sebagai contoh mudah, apabila kita berpakaian maka dengan berpakaian sebenarnya kita nak mencari redha Allah bukan hanya semata-mata untuk menutup tubuh badan, oleh itu keredhaan Allah dalam berpakaian ialah menutup seluruh aurat dan tidak ada sifat tabarruj(berhias-hias) yang keterlaluan yang boleh menimbulkan fitnah. Pakaian yang cantik dan menutup aurat itu adalah asas dan kriteria keredhaan Allah kerna Allah itu Indah dan dia suka kepada benda yang indah-indah, indah di sini mestilah dalam perbatasan syariat.
Hidup berpandu dan berpaksikan Al-quran dan As-sunnah membawa kita ke jalan kebahagian dan ketenangan abadi, adapun cara hidup yang memilih style barat, moden,kontemporari, stailo, urban dan sebagainya pasti akan menjunamkan kita ke dalam lembah kebinasaan walau secara zahirnya nampak ceria akhirnya buruk akibatnya. Jalan kebahagian dalam hidup ini hanya berada dalam kehidupan yang penuh dengan nilai-nilai Islam, andaikata anda memilih jalan lain untuk dijadikan panduan hidup pasti anda kan sesat lagi menyesatkan. kerana Islam itu Fitrah, jika kita lari dari fitrah ibarat berjalan ke arah belakang, anda akan langgar tiang dan masuk longkang secara mudah kerana secara fitrahnya manusia berjalan ke hadapan dan secara fitrahnya juga mata pun diciptakan di hadapan bukannya belakang. Tidak salah kita memilih pendekatan kontemporari untuk mewarnai kehidupan kita, tapi ingat ia mestilah diislamisasikan terlebih dahulu dan asas akidahnya perlu merujuk kepada akidah islam yang sahih. Sebagai contoh praktikal, dalam soal berpakaian kita ada beberapa style seperti ranggi,urban,kasual, sporty dan sebagainya, untuk memilih mana-mana style adalah harus tetapi pastikan ianya menutup aurat, tiada unsur-unsur agama lain, tiada lambang/gambar yang haram dan indah dipandangan mata masyarakat, maka itulah gaya hidup kontemporari Islam. Islam itu agama yang luwes (fleksibel) dari sudut mu'amalatnya dan qat'ie(tetap) dari sudut ibadatnya.
Apakah itu kehidupan berpaksikan Al-quran dan As-sunnah? bersambung...