Tamadun Islam yang dibina oleh generasi terdahulu
kini malap dengan kelamnya usaha untuk menyinarinya kembali oleh satu gagasan
bersepadu Umat Islam. Umat kini banyak bersengketa dari bersekata, haluan yang
dihala hanya untuk diri semata-mata, sensitiviti umat isu peribadi dan tidak
pertiwi, kerahan teknologi membenteng sempadan negeri walau maklumat sentiasa
dimengerti. Sampai bila arus ini perlu terjadi, apakah sampai semua mati akal
dan hati? atau nanti terbit mentari di ufuk barat barulah kita fahami.
Inilah masanya kita umat yang menanti kegemilangan itu bergerak-geri untuk
merintis jalan yang sepi itu, menyedarkan umat peri dan penting bersama bersatu
hati, bergerak seiring, menginfaq diri untuk berjihad akal, tenaga, masa, harta
dan diri, agar kita semua tentu mengota janji untuk kembali membina semula zaman Islam yang terbilang.
Anak muda kini jangan hanya terlalu ikut arus
modenisasi dan teknologi, kelak pasti akan tengelam dengan dunia sendiri.Apa
yang digeruni hilang nanti jati diri bangsa yang diberi, hilang nanti amanah
yang ditaklifi. Kemajuan kini bukan hanya untuk dinikamti tetapi sebagai
cabaran umat Islam kini, agar semua umat sentiasa sedar dengan cabaran hidup
yang sentiasa dihadapi. Bentenglah diri dengan ilmu dan iman yang jati agar
menjadi generasi yang rabbani dan qurani. Kehormatan diri bukan pada pangkat
dan martabat yang dijunjungi tapi pada visi hidup yang murni dan usaha islami
yang konsistensi. Evaluasilah hidupmu dengan apa yang kamu kecapi kini, adakah
ianya sekadar memenuhi hidupmu sendiri atau untuk umat Islam yang kini hilang
radar Insani dan ilahi.
Banyak sudah ilmu yang dihidangkan untukmu wahai
generasi kini, banyak sudah nasihat-nasihat yang sentiasa menerobosi telinga
dan hati, ada yang bangkit dari lamunan duniawi ada yang membatu tuli kerna
tida hidayah dan taufiq dari ilahi. Walau apa pun kondisi kita kini, janganlah
putus bermunajat pada siang dan malam hari, mohon setulus hati, agar hidup kita
ini sentiada dibimbingi, dinaungi dan dirahmati moga menjadi pencetus kembali generasi Islam yang
gemilang nanti. Bermulanya langkah terakhir adalah dengan langkah pertama
yang kita hayungi dengan niat di sanubari agar segala usaha selepas ini tidak
terlepas dari segala apa yang diredhai rabbi dan selari dengan sunnah nabi yang
disanjungi dan disayangi.
Ayuh semua yang membaca luahan ini, yang
mendengar puitis ini, yang memahami implisit ini. sama-sama kita infaq nafsi
dan jihadkan hidup ini untuk Islam hingga kembali diri ke jannatul firdausi.
Tidak lain dan tidak bukan hanya dengan niat yang suci agar generasi muka
merasai dan menjiwai Islam sepertimana yang kita kecapi kini dan dengan
pengharapan tertegaknya "La Ilaha Illallah Muhammadu Rasulullah" ke
pelusuk dunia dan bukan hanya dengan lafaz dan tinta tapi dengan segala perkara
yang terlaksana. Sumbangan kita pada Islam agar luas peluang dan ruangnya,
bukan ianya hanya kerja para ustaz, kiyai dan lebai, tapi pada semua yang
bergelar muslim di jiwa dan raga diri. Apa sahaja yang menguntungkan Islam
itulah sumbangan terbaik yang pernah anda berikan walaupun di mata manusia
hanya sekuku kuman tapi di sisi Allah amat besar sumbangannya demi untuk Islam
dan ummah yang kita sayangi ini.
Dalam erti dan makna yang tersendiri untuk
dimengerti.
Brother
Ahmad Harithah Ibnu Muhamad Al-Maliyzi
Perpustakaan
Tun Seri Lanang, UKM
Jun 2013