- Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya .
- Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin
- Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.
- Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
- Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
- Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya
- Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
- Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
- Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
- Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.
- Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
- Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.
- Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
- Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.
- Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
- Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya. - Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab
TINDAKAN SUAMI SOLEH
1. Mentaati Allah s.w.t dan RasulNya dengan mengerjakan segala perintahNya
2. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah swt
3. Melayani serta menasihati isteri dengan sebaik mungkin
4. Menjaga hati dan perasaan isteri
5. Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu di luar kemampuan isteri
6. Bersabar dan menjauhkan diri daripada memukul isteri dan memudarat dirinya
7. Hendaklah menjauhkan diri dari mengeji atau memburukkan isteri di hadapan orang lain dan tidak memuji wanita lain di hadapannya
8. Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka kerana segala sesuatu yang dijadikan Allah swt mempunyai rahmat disebaliknya
9. Mengelakkan diri dari terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin keluarga
10. Memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak mengikut kemampuannya
11. Menyediakan tempat tinggal dan keperluan yang selesa untuk isteri dan anak-anak
12. Bertanggungjawab mendidik akhlak isteri dan anak-anak berlandaskan Islam
13. Sentiasa mengambil berat keselamatan isteri dan anak-anak.
14. Memberi kasih sayang dan sanggup berkorban apa saja demi kebahagiaan bersama
Petua Suami Ideal Suami Soleh :
Berikut adalah petua ke arah mengubah diri menjadi lelaki dikagumi dan juga suami misali. Cubalah lihat ke dalam diri dan nilai sama ada anda memiliki sifat ini.
1. Pasang niat dan berdoa menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.
2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan bagi anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami misali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
4. Pastikan anda ada masa berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
5. Setiap hari pulang dengan senyuman dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja atau ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
7. Telefon isteri ataupun hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) sekadar menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan atau mesej itu.
8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat-menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elak berbual perkara melalaikan semasa makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali-sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
13. Pastikan penampilan anda tampan, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri.
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tidak serupa bikin.1
5. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan pastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18. Suami misali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja atau tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dengan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23. Gunakan Nabi Muhammad saw sebagai contoh. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakkan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Ingatkan isteri lakukan sembahyang fardu dan sunat.
26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara dan berteras iman serta takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dahulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka. Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isteri.Saya berharap kita semua dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang tertulis diatas ini...semoga kita semua dapat menjadi suami soleh dan mithali dan juga dapat menjaga isteri dengan baik seterusnya yang paling penting adalah mendapat keredhaan dari Allah s.w.t... Insyaallah.. Amin..
salam...menurut kajian ana selama ini, ramai para suami kini tidak mengambil kira tentang isteri mereka malah membelakang kan isteri yang selama ini telah banyak berkorban menjadi seorang isteri yang solehah di sisi suami dan agamanya..malah kejadian penceraian kerap berlaku di kalangan masyarakat...mungkin itulah sebabnya masyarakat terlalu didedahkan dengan kes penceraian di sekeliling mereka yang menyebabkan timbul rasa takut dan tawar hati untuuk para wantita sekarang bernumah tangga..dan lebih senang untuk tidak berkhawin...nisbah sang suami yang setia dan jujur pada sayap kanannya boleh dikatakan 3operatus sahaja..kenapakah hal ini terjadi..adakah kekurangan didikan agama,persekitaran.. walhal majoritinya terjadi dikalangan orang yang beragama..LISANULHAQQ
ReplyDeletesalam rindu sahabat...
ReplyDeletewah... agak2nya bila demo nak praktik ayat2 di atas? buleh bedo-oh doh demo nih.. kawe hujung tahun ni insyaAllah.. doakan dipermudahkan urusan ye..hehe..
bln 6 ni dgrnya mat keri and Lias nak buat reunion skaligus nak habiskan duit peringkat yg masih banyak bersisa.. insyaAllah moga jadi.. kawe tak pasti jgk dpt join ke tak sebab musim praktikal mengajar..
sgt seronok bace ciri2 di atas..
ReplyDeletemoga saya dapat jodoh yang terbaik juga! =)
Terima kasih dgn senarai ciri-ciri suami pilihan yg saudara sediakan. Tapi, rasanya tidak semua ciri-ciri ada pada seorang lelaki. Jika ada 80% ciri-ciri itu pun sudah memadai dn Alhamdulillah, syukur kerana sbg manusia kita harus menerima kenyataan bahawa manusia ini tidak sempurna. Yg penting, sentiasalah berusaha utk memperbaiki diri baik suami mahupun isteri. InsyaAllah.
ReplyDeleteassalamualaikum, walaupun post ini dah lama, tapi sy nak komen jugak. jarang2 situasi menjadi suami soleh ini dibincangkan terutama pada org lelaki. kebanyakan cuma mahu isteri mereka menjadi isteri solehah tanpa mengambil kira kelemahan diri mereka sendiri. kebanyakkan suami terutama orang melayu hanya menjadikan isteri mereka sebagai pelepas nafsu tanpa mengambilkira perasaan isteri mereka. mereka hanya inginkan isteri mereka menjadi seorang yang perfect dan solehah dan juga taat pada perintah mereka tanpa mengambilkira perasaan isteri. lebih2 lagi pada zaman sekarang, isteri juga membantu suami dalam mencari wang/nafkah maksud saya bekerja bersama2 mencari wang untuk membantu suami. balik pula dari tempat kerja, suami enggan mendengar luahan perasaan isteri, isteri pula terpaksa melayan suami dan anak2. mmg tanggungjawab isteri untuk melayan suami dan anak2, tapi sekurang2 nya suami juga perlu membantu para isteri ini terutamanya yang bekerja bersama mencari nafkah. sama2 penat bekerja di siang hari, namun pada malamnya, isteri terpaksa membuat semua kerja rumah dan melayan suami jika tidak dikatakan isteri durhaka dan isteri tidak taat dan sebagainya. tapi adakah mereka tahu bahawa isteri juga penat di tempat kerja. memang mencari nafkah itu tidak wajib bagi isteri. namun, bila suami tidak berkemampuan, isteri perlu membantu dgn izin suami. sekurang2 nya sang suami perlu mengerti perasaan isteri dan apa lah salahnya kalau suami mendengar luahan hati isteri dan membantu sedikit sebanyak dalam rumahtangga seperti mengemas atau memasak.kerapkali para isteri tidak berpuashati dengan perkataan mesti/wajib taatkan suami. pada pendapat saya ini bukanlah kerana isteri itu sendiri tidak mahu taatkan suaminya, tapi, ini juga merupakan salah suami yang tidak soleh dan tidak membantu langsung isteri mereka. membuatkan isteri mereka memberontak dan menjadi tidak puas hati tentang perkara ini. mereka juga tidak mendidik isteri mereka sebaiknya kerana mereka tidak berpegang teguh pada agama islam dan sunnah nabi tetapi hanya mementingkan adat melayu dimana kehendak suami harus dituruti. bagi pendapat saya, jika sang suami betul2 berpegang teguh mencontohi nabi Muhammad saw. dan berpegang teguh pada agama islam, tentu rumahtangga akan sentiasa aman dan bahagia bagi kedua2 pihak. wallahualam..
ReplyDelete