Tuesday, September 29, 2009

Membina Kecemerlangan Diri

Kecemerlangan Diri adalah sinonim dengan tindakan dan perkataan berikut : Al-Hijrah(Perubahan/perpindahan), At-Tajdid (pembaharuan untuk mengembalikan sesuatu kepada fokus/tujuan asal), Al-Islah (Reengineering/penambahbaikan berterusan) dan Al-Falah (kecemerlangan di dunia dan di akhirat) iaitu satu simpulan makna yang membawa maksud menuju ke arah kehidupan yang lebih gemilang dari yang cemerlang dan yang lebih terbilang dari yang gemilang sehingga tercapainya satu misi agung dalam hidup ini iaitu Mardhatillah (Keredhaan Allah dalam setiap tindak-tanduk kita di dunia ini).
Kecemerlangan diri bukanlah satu bentuk kejayaan yang bersifat pasif/menunggu sesuatu kejayaan tanpa sebarang inisiatif tetapi ianya satu inisiatif yang konsisten dan proaktif, maknanya seseorang insan yang betul-betul berjaya membentuk dirinya sebagai juara/insan cemerlang ialah mereka yang berusaha dengan gigih/tabah/kental jiwa dan mentalnya mengharungi ranjau-ranjau perjuangan untuk mencapai sesuatu cita-cita dan impian yang diimpikan buat sekian waktu. Kecemerlangan tanpa sebarang ranjau akan kurang rasa sentimental dan kemanisan kegigihan dan bukanlah pula bermakna setiap kejayaan itu perlu melalui ranjau-ranjau kesusahan dan keperitan, andaikata ada jalan pintas untuk mengapai sesuatu kejayaan maka itu yang terbaik kerana falsafah perjuangan ada mengatakan bahawa perjuangan yang efektif dan efisien ialah perjuangan yang berstrategi, dan andaikata syarat dan norma sesuatu kejayaan itu perlu menempuh onak dan duri maka anggaplah ia sebagai fitrah dan kemanisan dalam berjuang mencapai sesuatu impian kita.

Mutiara Kata Untuk Kecemerlangan Diri :

  • Mutiara kata adalah suatu keindahan bahasa yg dapat memberi pedoman kepada mereka yg menghayati.Keindahan kata-kata itu turut memberi motivasi dan inspirasi bagi mereka yg menjiwai. Renungilah mutiara kata-kata ini,agar dapat manfaat darinya...

    Keimanan menghapuskan keresahan, dan melenyapkan kebimbangan. Keimanan adalah kesenangan yang diburu oleh orang-orang yang bertauhid dan hiburan bagi orang-orang yang ahli ibadah.

    Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram, dosa akan diabaikan, Allah akan menjadi redha, dan tekanan hidup akan terasa ringan.

    Buku adalah kawan yang paling baik. Bercakap-cakaplah dengan buku, bersahabatlah dengan ilmu, dan bertemanlah dengan pengetahuan.

    Ketahuilah bahawa kesusahan itu akan membuka pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mendewasakan jiwa, mengingatkan hamba dan menambah pahala.

    Balaslah perbuatan yang baik dengan yang lebih baik. Berbuat baiklah kepada sesama, padamkan semua api permusuhan, berdamailah dengan musuh, dan perbanyaklah kawan.

    Ketahuilah bahawa kesabaran itu akan mengubur aib-aib, ketabahan itu akan menjadi penutup bagi kekeliruan, dan kedermawanan itu adalah pakaian yang besar yang akan menutup semua kekurangan dan cacat.

    Bersikaplah sopan dalam majlis, diam kecuali untuk satu kebaikan, dengan wajah berseri penuh rasa hormat kepada sesama majlis, mendengar apa yang mereka bicarakan, dan jangan sekali-kali memotong percakapan mereka.

    Makanan adalah kebahagiaan untuk sehari, perjalanan adalah kebahagiaan untuk seminggu, pernikahan adalah kebahagiaan untuk sebulan, harta adalah kebahagiaan untuk setahun, dan keimanan kebahagiaan untuk seumur hidup.

    Orang yang jiwanya dibersihkan oleh takwa, fikirannya disucikan oleh iman, dan akhlaknya disepuh oleh kebaikan, akan menerima kecintaan dari Allah.

    Enam hal yang memberi kesembuhan: Agama, ilmu, kekayaan, herga diri, ampunan dan kesihatan.

    Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.

    Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat
    benda -benda yang kotor

    Say what you want to say when tou have the time,tomorrow maybe one day late.
    Oue deepest regrets are words unsaid and things undone.

    Wanita itu sendiri adalah rahsia

    Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita Cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

    Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

    · Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

    Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

    SAHABAT YANG BAIK ADALAH YANG ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.

    "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

    "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

    "Hidup umpama aiskrim.Nikmatilah ia sebelum cair"

    Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;
    Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

    " Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
    (La Roche)

    "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan.
    Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

    " Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

    " Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman
    seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.( Harieta Wahab)

    Hadiah Terbaik
    Kepada kawan - Kesetiaan
    Kepada musuh - Kemaafan
    Kepada ketua - Khidmat
    Kepada yang muda - Contoh terbaik
    Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
    Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
    Kepada manusia - Kebebasan

    " Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg mampu memenggal leher seorang lelaki.
    ( A.L Alek Wong)

    " Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya. Jangan pula terlalu membenci seseorang,kelak kita akan menyayanginya."

    "Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan"

    " Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

    " Cinta itu apabila anda bertemu dan membuat pilihan yang tepat"

    " Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

    " Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

    "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

    " Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir"

    " Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri"

    "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang
    lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" - ( Saidina Ali)

    " Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang" - (Saidina Ali)

    "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."

    " Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"

    "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

    "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

    "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

    "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."

    "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."

    "Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat.
    Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi."

    "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

    "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yangada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanyadapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

    "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

    "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

    "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

    "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

    "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasilkan kecemerlangan."Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda...

    Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
    - Charles Cahier

    Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
    - Charles Cahier

    Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
    - James Allen

    Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
    - Peribahasa Cina

    Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
    - Benjamin Disraeli

    Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
    - I. Salanter Lipkin

    Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.
    - Aristotle

    Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
    - Albert Camus

    v Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
    - Marcus Aurelius

    Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
    - Jose Joaquin Olmedo

    Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidakmenjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir
    hayat.
    - Joseph Conrad

    Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
    - William J. Siegel

    Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
    - Philip Massinger

    Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
    - Lao Tze

    Kegagalan adalah asas kemenangan
    - Lao Tze

    Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
    - Lao Tze

    Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding
    kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
    - Flower A. Newhouse

    Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
    - Samuel Johnson

    Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya
    dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
    - Cecil B. DeMille

    Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak
    mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
    - Peribahasa Arab

    Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
    - Peribahasa Melayu

    Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
    - Confucius

    Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
    - Confucius

Tuesday, September 15, 2009

Azam dan iltizam kita Pasca-Ramadhan

Hari ini sudah 26 hari Ramadhan bersama dalam pangkuan kita, ia bersama kita siang dan malam, sejauh mana kita raikannya terpulanglah pada setebal mana keimanan dan ketaqwaan kita, ada yang tidak mempedulikannya, ada yang menzaliminya dengan perlakuan dosa dan noda dan ada sebahagian kecil dari kita yang begitu menghormati dan meraikannya dengan dipenuhi amalan wajib dan sunat sepanjang hari dan malam...

Tiba saat ini, ramai diantara kita begitu terpaling dan terpesong tujuan dan niat mereka di awal Ramadhan dulu, tumpuan mereka lebih terarah kepada persiapan Aidilfitri pada hari Ahad ini, siang dan malam dipersiapkan diri untuk menyambut lebaran, siangnya dihiaskan rumah dan shopping membeli keperluan raya, malamnya sibuk membuat kuih dan kek raya, jahit langsir dan sebagainya, Ramadhan terpinggir dengan tikah laku sedemikian...namun walau diperlakukan begitu oleh manusia, masih ada sekelompok kecil dari kalangan kita mula mengabdikan diri dengan beriktikaf di masjid di malam hari,di sana adalah ketenangan hati, ingatlah firman Allah Hanya dengan menginggati Allah sahaja hati-hati akan menjadi tenang. di sana mereka tumpukan setiap detik dan saat dengan ibadah kepada Allah Taala, bacaan Al-quran, wirid, zikir, istighfar, selawat, solat-solat sunat, membaca dan sebagainya menjadi rutin para hamba Allah yang beriktikaf, mereka tidak akan lepaskan peluang untuk mengapai seribu bulan bonus lailatul qadar yang dijanjikan Allah...Mungkin Ramadhan kali ini Ramadhan terakhir untuk kita semua, usah biarkan ia pergi tanpa dipenuhi dengan ibadah kepada Allah Taala...alangkah ruginya kita jika mensia-siakannya..Akhirat kelak baru kita sedari betapa ruginya kita masa di dunai dahulu...

Bila berlalunya Ramadhan nanti apakah azam dan iltizam kita untuk bulan-bulan yang berikutnya..apakah hijrah yang mahu kita bawa dalam hidup kita? Apakah pelajaran yang bermakna yang kita kutip dalam Universiti Ramadhan untuk diamal dan diistiqamah pada bulan yang seterusnya?..Agar tercapainya KPI (Key Perfomance Indicator) Ramadhan iaitu la'allakum tattaquun (mudah-mudahan kamu menjadi insan yang bertaqwa)..Mudah-mudahan Allah terima amalan puasa kita pada tahun ini dan terbitnya kita pada awal Syawal nanti bersihlah kita dari segala dosadan noda dan mula bangkit sebagai insan yang bertaqwa sepanjang zaman seperti para salafulsoleh, insya Allah....Anda apa yang anda amalkan...

Akhukum fil Islam Ahmad Harithah Al-Muhammadiy
26 Ramadhan 1430 H

Wednesday, September 2, 2009

Indahnya Ramadhan Cerianya Syawal


keindahan Ramadhan dapat diukur dengan meriahnya pesta ibadah sepanjang hari, dari terbitnya fajar hingga munculnya fajar hari berikutnya..dari awal pagi kita bangkit bersihkan diri, ambil wuduk untuk bermunajat kepada Allah Taala, diselangi dengan solat-solat sunat tahajjud, taubat, hajat dan witir, di saat inilah doa dianggap paling mustajab kerana Allah turun ke langit dunia menanti doa yang kita panjatkan kepadaNya untuk dimaqbulkan, sebelum menjamah juadah sahur kita pastikan semua tidak terlepas melaksanakan ibadah ini, kejutkan mereka berkenaan dengan penuh kasih sayang ...bila bersahur kita kita awali dengan doa-doa kerna tika itulah doa mustajab, kita bersama anak-anak, keluarga, kawan-kawan bersahur bersama-sama...layani telatah anak-anak dengan sulaman kasih sayang dan tarbiah untuk ibadah puasa dinihari nanti, nasihatkan mereka tabah dan istaqamah melaksanakan suruhan Allah,berilah mereka ganjaran diatas komitmen mereka....

Selesai sahur kita bersama anak-anak dan isteri melangkah kaki menuju rumah Allah (Masjid) menunaikan solat subuh berjemaah, sudahnya kita amalkan zikir-zikir yang ma'thur dari Rasulullah, kita dengar kuliah subuh, kita bertadarrus bersama-sama sebelum melangkah pulang ke rumah...sampai di rumah kita pula mengetuai anak-anak dan isteri bertadarrus dan memberi tafsiran ayat-ayat Al_quran yang dibaca...nasihati anak-anak dengan tarbiyah dan kasih sayang....bila sahaja matahari mula meninggi kita tunaikan solat sunat dhuha di rumah atau di tempat kerja kita...jangan tertinggal solat berjemaah zohor nanti di surau atau masjid...bagi mereka yang ada keluangan masa selepas zohor disambungnya bacaan Al-quran sambil menghayati maknanya(bertadabbur)...

Bila azan asar berkumandang cepat-cepat kita menyahut seruan azan dengan menuju langkah ke rumah Allah untuk berjemaah...kita susuri dengan wirid-wirid dan Qiraatul Quran sebelum pulang...kala petang bawalah anak-anak bersiar-siar/beriadah/ziarah sanak saudara atau faqir miskin/anak yatim sambil bekalkan buah tangan membantu mereka disamping mendidik anak menolong mereka yang dhaif...sebaiknya isteri masak sendiri juadah untuk berbuka kerana pahalanya amatlah banyak untuk isteri lebih-lebih lagi juadah berkenaan berkat kerana ketika memasak disulami dengan selawat dan doa-doa agar juadah tersebut menjadi pemangkin untuk menghidupkan hati anak-anak mentaati perintah Allah...

Bila dekatnya waktu matahari terbenam dan waktu berbuka tinggal beberapa minit ajaklah anak-anak berkumpul menghadap juadah yang tidak dihidangkan secara membazir dan keterlaluan, perlu bersederhana sahaja...berdoalah beramai-ramai tika saat hendak berbuka kerna tika itu doa amat mustajab..bila azan mula bergema dahului sunnnah dengan buah tamar atau makanan yang manis, berjemaah dalam berbuka lambang perpaduan dan kasih sayang dan pasti diberkati dan dirahmati oleh Allah Taala....kutiplah segala keberkatan di Universiti Ramadhan dengan bekalan ilmu dan istiqamah ibadah agar keluarnya kita sebagai graduat Ramadhan nanti berada dalam dimensi baru (hijrah) ke arah yang lebih baik dari sudut syakshiahnya mahupun ibadah kepada Allah Taala..

Selesai berjuadah pastikan kita imami anak-anak/keluarga solat maghrib disusuri doa untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat, diampuni segala dosa-dosa, dimurahkan rezeki, kejayaan dan kecemerlangan sebagai insan bertaqwa di dunia dan dimasukkan ke syurga bersama-sama..kita siapkan diri dan keluarga menuju ke masjid untuk sama-sama tunaikan kefardhuan isya' dan solat sunat tarawih berjemaah..sekembalinya kita di rumah teruskan amalan tilawah Al-quran bersama-sama isteri dan anak-anak dan bermesyuaratlah merancang hari esok sebelum menuju ke bilik mati sementara (tidur) kerna hari esok belum pasti kita akan bersama anak-anak lagi, mungkin tidur itu adalah penutup hayat kita di dunia ini...dan mungkin malam itu malam terakhir kita bersama keluarga....

Salam Ramadhan Selamat Beribadah

Ahmad Harithah Muhammad
13 Ramadhan 1430 H