Wednesday, September 2, 2009

Indahnya Ramadhan Cerianya Syawal


keindahan Ramadhan dapat diukur dengan meriahnya pesta ibadah sepanjang hari, dari terbitnya fajar hingga munculnya fajar hari berikutnya..dari awal pagi kita bangkit bersihkan diri, ambil wuduk untuk bermunajat kepada Allah Taala, diselangi dengan solat-solat sunat tahajjud, taubat, hajat dan witir, di saat inilah doa dianggap paling mustajab kerana Allah turun ke langit dunia menanti doa yang kita panjatkan kepadaNya untuk dimaqbulkan, sebelum menjamah juadah sahur kita pastikan semua tidak terlepas melaksanakan ibadah ini, kejutkan mereka berkenaan dengan penuh kasih sayang ...bila bersahur kita kita awali dengan doa-doa kerna tika itulah doa mustajab, kita bersama anak-anak, keluarga, kawan-kawan bersahur bersama-sama...layani telatah anak-anak dengan sulaman kasih sayang dan tarbiah untuk ibadah puasa dinihari nanti, nasihatkan mereka tabah dan istaqamah melaksanakan suruhan Allah,berilah mereka ganjaran diatas komitmen mereka....

Selesai sahur kita bersama anak-anak dan isteri melangkah kaki menuju rumah Allah (Masjid) menunaikan solat subuh berjemaah, sudahnya kita amalkan zikir-zikir yang ma'thur dari Rasulullah, kita dengar kuliah subuh, kita bertadarrus bersama-sama sebelum melangkah pulang ke rumah...sampai di rumah kita pula mengetuai anak-anak dan isteri bertadarrus dan memberi tafsiran ayat-ayat Al_quran yang dibaca...nasihati anak-anak dengan tarbiyah dan kasih sayang....bila sahaja matahari mula meninggi kita tunaikan solat sunat dhuha di rumah atau di tempat kerja kita...jangan tertinggal solat berjemaah zohor nanti di surau atau masjid...bagi mereka yang ada keluangan masa selepas zohor disambungnya bacaan Al-quran sambil menghayati maknanya(bertadabbur)...

Bila azan asar berkumandang cepat-cepat kita menyahut seruan azan dengan menuju langkah ke rumah Allah untuk berjemaah...kita susuri dengan wirid-wirid dan Qiraatul Quran sebelum pulang...kala petang bawalah anak-anak bersiar-siar/beriadah/ziarah sanak saudara atau faqir miskin/anak yatim sambil bekalkan buah tangan membantu mereka disamping mendidik anak menolong mereka yang dhaif...sebaiknya isteri masak sendiri juadah untuk berbuka kerana pahalanya amatlah banyak untuk isteri lebih-lebih lagi juadah berkenaan berkat kerana ketika memasak disulami dengan selawat dan doa-doa agar juadah tersebut menjadi pemangkin untuk menghidupkan hati anak-anak mentaati perintah Allah...

Bila dekatnya waktu matahari terbenam dan waktu berbuka tinggal beberapa minit ajaklah anak-anak berkumpul menghadap juadah yang tidak dihidangkan secara membazir dan keterlaluan, perlu bersederhana sahaja...berdoalah beramai-ramai tika saat hendak berbuka kerna tika itu doa amat mustajab..bila azan mula bergema dahului sunnnah dengan buah tamar atau makanan yang manis, berjemaah dalam berbuka lambang perpaduan dan kasih sayang dan pasti diberkati dan dirahmati oleh Allah Taala....kutiplah segala keberkatan di Universiti Ramadhan dengan bekalan ilmu dan istiqamah ibadah agar keluarnya kita sebagai graduat Ramadhan nanti berada dalam dimensi baru (hijrah) ke arah yang lebih baik dari sudut syakshiahnya mahupun ibadah kepada Allah Taala..

Selesai berjuadah pastikan kita imami anak-anak/keluarga solat maghrib disusuri doa untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat, diampuni segala dosa-dosa, dimurahkan rezeki, kejayaan dan kecemerlangan sebagai insan bertaqwa di dunia dan dimasukkan ke syurga bersama-sama..kita siapkan diri dan keluarga menuju ke masjid untuk sama-sama tunaikan kefardhuan isya' dan solat sunat tarawih berjemaah..sekembalinya kita di rumah teruskan amalan tilawah Al-quran bersama-sama isteri dan anak-anak dan bermesyuaratlah merancang hari esok sebelum menuju ke bilik mati sementara (tidur) kerna hari esok belum pasti kita akan bersama anak-anak lagi, mungkin tidur itu adalah penutup hayat kita di dunia ini...dan mungkin malam itu malam terakhir kita bersama keluarga....

Salam Ramadhan Selamat Beribadah

Ahmad Harithah Muhammad
13 Ramadhan 1430 H

No comments:

Post a Comment