Sunday, March 1, 2009

Realiti - Anda Semua Insan Cemerlang

Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah.

(Surah Al- Imran [Surah ke-3]: Ayat ke-110)
Secara fitrahnya, manusia dilahirkan untuk mencapai kecemerlangan diri di dunia dan akhirat. Kecemerlangan itu milik semua insan tanpa mengira status dan gender. Kecemerlangan itu hak anda, anda dinasihatkan untuk menuntut anugerah kecemerlangan itu dalam semua bidang kehidupan anda. Jangan sia-siakan anugerah yang diberi itu, anda hanya perlu lipatkan usaha sedikit untuk capai kecemerlangan tersebut. Walau kita insan biasa, dengan usaha luar biasa kita pasti dapatkan kembali kecemerlangan kita itu. Usah biarkan orang lain mendominasi hak kecemerlangan tersebut.
Anggaplah setiap kecemerlangan yang disediakan dan diperolehi oleh individu lain itu adalah hak bersama yang ada juga berhak untuk mengapainya. Tiada yang mustahil dan tiada sesiapapun yang menafikan hak anda jika anda memasang strategi terbaik untuk mengapainya secara usaha luar biasa, jangan usaha secara biasa tapi ingat usaha secara luar biasa yakni menggunakan segala kekuatan yang ada untuk menjangkaui kelemahan yang anda miliki.
Kecemerlangan di sini membawa maksud kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan sama ada aspek pelajaran, kerjaya, kewangan dan sebagainya. Semakin jelas matlamat yang anda ingin gapai semakin dekat anda dengan kecemerlangan tersebut, oleh itu anda perlu sentiasa memastikan matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang (short term and long term) anda sentiasa diperingati dan disegarkan sentiasa, setiap jam, setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan. Matlamat itu perlu diabadikan dalam bentuk tulisan dan sentiasa memerhatikannya agar anda sentiasa bersemangat dan bermotivasi untuk mengapainya.
Anda semestinya insan terhebat dan cemerlang. Itulah hakikat diri anda, tiada siapa yang menafikannya, sebaliknya anda yang menafikan kehebatan diri anda sendiri. Mulai saat ini ubahlah persepsi diri anda yang anda sendiri cipta, anda berpersepsi negatif kepada kebolehan diri anda dan akhirnya anda semakin jauh dengan kecemerlangan. Jadikanlah kecemerlangan itu kekasih anda yang tercinta, jangan jadikannya musuh anda. Bersahabat dengan kecemerlangan menghasilkan kejayaan hidup, sebaliknya bersahabat dengan kemalasan dan nafsu akan menjerumuskan anda ke kancah kegagalan dan kesedihan sepanjang hayat.
Anda yang menentukan masa depan anda. Anda yang mencorak apa yang anda ingin jadi 20 tahun akan datang. Ingatlah kata-kata indah ini, berakit-rakit ke hulu berenang-renang ketepian bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. Pengalaman penulis, sepanjang hidup ini kita perlu curahkan segala kekuatan kita untuk capai kejayaan dengan sunguh-sungguh, penulis bukanlah insan hebat sepintar dan sebijak genius student(an exceptional natural capacity of intellect, especially as shown in creative and original work in science, art, music or a person having an extraordinarily high intelligence rating on a psychological test, as an IQ above 140).Tapi hasil dari kesedaran. Dari kesedrana tersebut penulis menggunakan sebaik mungkin untuk membaiki diri, ingatlah bila sahaja kita tersedar jangan sia-siakannya lakukan perubahan terus (hijrah dan islah). Penulis menggunakan kekuatan dalam kelemahan yang ada sebaik mungkin, pada tanggapan penulis kecemerlangan itu hak bersama, kenapa harus diberikan kepada mereka yang lebih sedikit pintarnya, apakah kita tidak berhak?kenapa kita harus didiskriminasikan?
Mulai saat itu, langkah demi langkah diatur untuk membaiki kelemahan yang ada dan menyerlahkan potensi diri agar duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan insan lain. Kesabaran amatlah dituntut untuk mencapai kecemerlangan, tanpa kesabaran semua itu tidak bermakna, kecemerlangan bukan boleh dicipta seminit dua atau sebulan dua, hari ini kita bertindak Insya Allah jangka masa panjang kita akan lihat hasilnya, kenang dan ingat kejayaan yang telah dicapai nanti. Penulis memulai kecemerlangan dengan penyertaan diri dalam sebanyak mungkin aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dengan matlamat membentuk syakhsiah diri dan soft skills. Penulis begitu aktif untuk capai itu semua sehingga pernah mendapat First Dan Black Belt Taekwando MGTF, Johan Pidato Bahasa Arab, Pendebat Bahasa Arab Universiti-Universiti ASEAN,KetuaPelajar,Ketua Asrama, Ketua Pengawas,Ketua Badan Kepimpinan, Pengerusi Perpustakaan, Leftenan Muda (PALAPES) dan sebagainya.
Begitu juga dari sudut kecemerlangan akademik, penulis bukanlah pelajar pilihan semasa di sekolah rendah dulu, penulis tidak pernah mendapat sebarang A dalam UPSR, tetapi apabila kesedaran diri hadir, penulis tidak mensia-siakannya, penulis sentiasa berdoa agar Allah permudahkan jalan mencapai kejayaan dan memberi kefahaman dalam dalam bahasa Arab dan Inggeris setiap kali selesai solat. Ini ditambah dengan usaha luar biasa yang sungguh-sungguh untuk memperbaiki situasi kelemahan akademik yang ada. Walau tidak dapat A dalam UPSR bukan bermakna tidak ada peluang untuk menjejak kaki ke menara gading. Kegagalan yang lalu bukan bermakna kegagalan selama-lamanya, kejayaan yang lalu tidak menjamin kejayaan akan datang, ia bergantung sejauh mana anda berusaha mencapai kejayaan secara konsisten. Tanpa A dalam UPSR dan tanpa sijil PMR penulis masih lagi dapat pelajar tebaik dalam SMU,SPM,STAM dan mencapai 3 kali anugerah dekan dalam ijazah. Itu semua bermula dari ketabahan dan percayakan diri, begitu juga anda, anda mampu lakukannya...percayalah pada kebolehan dan kehebatan diri anda. Pasti Allah akan membantu anda.....
Dari situ penulis mula sentiasa memikirkan bagaimanakah strategi-strategi terbaik untuk capai kejayaan macam pelajar-pelajar pintar, walau insafi diri tidaklah sepintar mereka, tapi itu bukan halangan tapi cabaran. Kemudian bergerak dengan cara tersendiri, perlu rasa istimewa dengan cara tersendiri, penulis gunakan duit yang dikumpul untuk sentiasa beli seberapa banyak yang mungkin buku-buku motivasi kecemerlangan diri dan pelajaran untuk dijadikan rujukan, kini ianya tersimpan sebagai koleksi di perpustakaan peribadi. Dari hasil pembacaan tersebut ia menjadi budaya baru dalam hidup untuk bertindak, membaca ada kuasa merubah yang sangat tinggi, dengan membaca orang menjadi sedih menangis, ketawa, dan bagi penulis dengan membaca buku-buku tersebut telah melahirkan (rebirth) peribadi penulis yang baru. Peribahasa Cina ada mengatakan "anda apa yang anda baca".
Sampai sekarang penulis menjadikan buku sebgai agen perubah yang aktif dan efektif. Menjadikan buku sebagai makanan intelek yang harus dibeli dan dibaca sentiasa. Hasil dari situ persepsi penulis dikuat lagi dengan hujjah-hujjah bernas dan kata semangat motivator untuk berjaya. benarlah kata-kata yang mengatakan motivasi itu ada pasang surutnya, so untuk sentiasa segar bacalah buku-buku atau artikel-artikel motivasi, ini akan menambahkan imunasi motivasi terhadap sindrom malas dan lemah semangat untuk capai kecemerlangan. Tidak lupa, bacalah selalu kata-kata semangat, motivasi, madah pujangga, kata-kata bestari, kata-kata ulama agung, cendikiawan agar kita terkesan dan membentuk diri menjadi insan cemerlang. Kecemerlangan itu diukur dengan cemerlangnya kita dari sudut duniawi dan ukhrawi (Al-Falah).
Anda harus mulai kejayaan anda dari sekarang, usah tangguhkan kecemerlangan diri, jangan kita ditinggalkan orang yang sedang berusaha mengapai kecemerlangan atau mereka yang sudah berjaya, dekatkanlah diri dan bersahabatlah dengan kecemerlangan pasti anda dinobat insan terhebat sepanjang usia anda.....ingatlah, kecemerlangan itu milik anda, usah sia-siakannya....anda insan cemerlang....itulah hakikat diri anda dan perlu anda hayati sentiasa....

Tips-tips membina kecemerlangan diri :

*Sentiasa mewujudkan suasana mesra kecemerlangan seperti menampal kata-kata motivasi di setiap sudut ruang pejabat atau bilik persendirian.

*Sentiasa melazimkan diri berbicara tentang kecemerlangan sama ada dengan kawan-kawan atau customer.

*Mengenal pasti ikon atau model kecemerlangan untuk dicontohi seperti cendiakawan atau saintis tersohor.

*Membiasakan diri berkawan dan bersahabat dengan mereka yang menempa kecemerlangan atau sedang berkorban membina kecemerlangan diri atau kerjaya.

*Up grade motivasi diri dengan meluangkan masa membaca artikel-artikel atau coretan yang telah ditulis oleh mereka yang sudah berjaya seperti yang terdapat dalam buku dare to fail karangan Mr. Bili Lim.

*Mewujudkan koleksi buku-buku motivasi dengan membaca dan membuat rujukan.Ada duit lebih belilah buku-buku motiavsi,pembangunan diri,kerjaya,pemantapan iman dan akidah agar kita terkesan hasil dari pembacaan.

*Menghadirkan diri ke majlis-majlis,forum,kolokium,seminar,bengkel,program jati diri yang berteraskan pembangunan diri dan motivasi di masa cuti atau kelapangan waktu.

*Membina kecemerlangan melalui imaginasi cemerlang, iaitu sentiasa membina rangka kecemerlangan di dalam hati dan fikiran seterusnya mengabadikannya ke atas kertas dan sentiasa membacanya. Gunakan kertas itu sebagai plan tindakan untuk mencapainya.

*Kumpul gambar-gambar kecemerlangan diri yang telah dirakam dan sentiasa memerhatikannya agar bertambah semangat dan motiavsi untuk mengapai kecemerlangan seterusnya.

*Jadikan gambar-gambar kecemerlangan ikon pujaan sebagai inspirasi untuk kita contohi dan mengorak langkah mencapainya, seperti menyimpan gambar Profesor DiRaja Ungku Aziz menerima hadiah Anugerah Merdeka atau anugerah-anugerah lain sebagai matlamat untuk dicapai.

*Bertemu mata dengan insan-insan yang telah berjaya dan meminta nasihatnya untuk cemerlang, disamping itu rakam ucapannya dan degarlah selalu.

*Sentiasalah menonton rancangan-rancangan yang berunsur motiavsi seprti Motivasi Pagi di TV3 atau cerita-cerita yang membangkitkan motiavsi untuk cemerlang.

*Hadiahkan diri dengan pergi melancong atau makan makanan yang istimewa selepas mencapai sesuatu kecemerlangan sambil bermonolog untuk terus maju.

*Lukis plan atau matlamat yang hendak dicapai cantik-cantik dan tampalkannya di bilik tidur,pastikan anda sentiasa memerhati matlamat tersebut.Minda bawah sedar anda membawa anda mencapai kecemerlangan tersebut tanpa anda sedari.Tahu-tahu anda sudah berjaya.

*Minta bonda dan ayahnda doakan kecemerlangan diri kerana doa mereka amat mustajab, Redha Allah berada dalam redha ibu dan ayah.

*Sentiasa muhasabah diri apabila tersasar dari landasan untuk capai kecemerlangan, baliklah ke pangkal jalan agar kita tidak terus hanyut dengan kegegalan diri.

*Untuk cemerlang kita perlu keluar dari zon selesa dan perlu korbankan sedikit masa dan wang untuk paksa diri capai kecemerlangan.Sudah menjadi lumrah manusia inginkan keselesaan walau gagal.Oleh itu biarlah kurang selesa sedikit untuk sementara waktu tapi menempa kejayaan dan kecemerlangan di penghujungnya. Yang bulat tidak datang bergolek dan yang nipis tidak datang melayang.Selepas kesusahan ada kesenangan-Surah As-Syarh (surah ke 94 ayat ke 4 dan 5)

*Pastikan ada seseorang yang menjadi monitor atau reminder untuk kita capai sesuatu kecemerlangan ini adalah salah satu method agar kita tidak lalai atau tersasar jauh dari kecemerlangan. Mereka boleh dilantik dari kalangan sahabat rapat,ibubapa, adik-beradik atau sesiapa sahaja yang rapat dengan kita secara jujur dan ikhlas.

*Doakan diri kita selalu agar tergolong dalam kalangan mereka yang dipilih untuk merasai kecemerlangan di dunia dan akhirat. Doa paling mustajab masa kita sujud dalam solat, doalah sebanyak yang kita mampu kerana Allah amat menyukai hambaNya yang mengadu kepadaNya.

*Jadikan kisah hidup (sirah) Rasulullah sebagai analogi untuk kita tempa kejayaan kerana pada peribadi dan perjalanan hidup baginda adalah contoh sepanjang hayat kepada manusia di muka bumi Allah ini.

*Sabar dan tabah hadapi segala cabaran dan rintangan untuk capai kejayaan, tanpa elemen tersebut usaha untuk capai kecemerlangan pasti terbantut. Dan ingatlah Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Kesabaran membuahkan kejayaan yang bermakna.

*Berilah kata-kata semangat kepada diri di saat menghadapi kesukaran dan keperitan dalam berjuang mencapai kecemerlangan yang diidam-idamkan.

*Jadikan Allah tempat mengadu yang paling kita sukai,Allah amat mengasihi dan menyayangi hamba-hambaNya yang sering mengadu kepadaNya. Terkadang Allah tidak makbulkan selalu permohonan kita kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita, mungkin dengan nikmat yang kita dapat akan melalaikan kita dan menyesatkan kita, dan terkadang Allah simpan permohonan kita untuk ditunai di Akhirat kelak sebagai galang ganti apa yang kita minta di dunia dulu.

*Ingatlah...kejayaan itu milik anda....anda berhak milikiNya....jangan sia-siakan anugerah yang telah diberi itu...lipatkan gandakan usaha anda mampu capainya...Allah sentiasa bersama anda untuk menempa kecemerlangan....Insya Allah......

LULUS~~BAIK~~SANGATBAIK~~TERBAIK ~~ BERJAYA~~CEMERLANG~~GEMILANG
~~TERBILANG~~TERJULANG ~~TERAGUNG.
Brother Ahmad Harithah Ibnu Muhammad Al-Maliyzi
12.13 a.m 2 March 2009 / 3 rabiul awwal 1430 H

No comments:

Post a Comment