Tips-tips Mengapai Kecemerlangan :
*Sentiasa mewujudkan suasana mesra kecemerlangan seperti menampal kata-kata motivasi di setiap sudut ruang pejabat atau bilik persendirian.
*Sentiasa melazimkan diri berbicara tentang kecemerlangan sama ada dengan kawan-kawan atau customer.
*Mengenal pasti ikon atau model kecemerlangan untuk dicontohi seperti cendiakawan atau saintis tersohor.
*Membiasakan diri berkawan dan bersahabat dengan mereka yang menempa kecemerlangan atau sedang berkorban membina kecemerlangan diri atau kerjaya.
*Up grade motivasi diri dengan meluangkan masa membaca artikel-artikel atau coretan yang telah ditulis oleh mereka yang sudah berjaya seperti yang terdapat dalam buku dare to fail karangan Mr. Bili Lim. Dan bacalah buku Qishaashul anbia atau qishashul sahabat (cerita-cerita para nabi dan sahabat-sahabat baginda Rasulullah s.a.w) sebagai motivasi menempa kecemerlangan.
*Mewujudkan koleksi buku-buku motivasi dengan membaca dan membuat rujukan.Ada duit lebih belilah buku-buku motiavsi,pembangunan diri,kerjaya,pemantapan iman dan akidah agar kita terkesan hasil dari pembacaan.
*Menghadirkan diri ke majlis-majlis,forum,kolokium,seminar,bengkel,program jati diri yang berteraskan pembangunan diri dan motivasi di masa cuti atau kelapangan waktu.
*Membina kecemerlangan melalui imaginasi cemerlang, iaitu sentiasa membina rangka kecemerlangan di dalam hati dan fikiran seterusnya mengabadikannya ke atas kertas dan sentiasa membacanya. Gunakan kertas itu sebagai plan tindakan untuk mencapainya.
*Kumpul gambar-gambar kecemerlangan diri yang telah dirakam dan sentiasa memerhatikannya agar bertambah semangat dan motiavsi untuk mengapai kecemerlangan seterusnya.
*Jadikan gambar-gambar kecemerlangan ikon pujaan sebagai inspirasi untuk kita contohi dan mengorak langkah mencapainya, seperti menyimpan gambar Profesor DiRaja Ungku Aziz menerima hadiah Anugerah Merdeka atau anugerah-anugerah lain sebagai matlamat untuk dicapai.
*Bertemu mata dengan insan-insan yang telah berjaya dan meminta nasihatnya untuk cemerlang, disamping itu rakam ucapannya dan degarlah selalu.
*Sentiasalah menonton rancangan-rancangan yang berunsur motiavsi seprti Motivasi Pagi di TV3 atau cerita-cerita yang membangkitkan motiavsi untuk cemerlang.
*Hadiahkan diri dengan pergi melancong atau makan makanan yang istimewa selepas mencapai sesuatu kecemerlangan sambil bermonolog untuk terus maju.
*Lukis plan atau matlamat yang hendak dicapai cantik-cantik dan tampalkannya di bilik tidur,pastikan anda sentiasa memerhati matlamat tersebut.Minda bawah sedar anda membawa anda mencapai kecemerlangan tersebut tanpa anda sedari.Tahu-tahu anda sudah berjaya.
*Minta bonda dan ayahnda doakan kecemerlangan diri kerana doa mereka amat mustajab, Redha Allah berada dalam redha ibu dan ayah.
*Sentiasa muhasabah diri apabila tersasar dari landasan untuk capai kecemerlangan, baliklah ke pangkal jalan agar kita tidak terus hanyut dengan kegegalan diri.
*Untuk cemerlang kita perlu keluar dari zon selesa dan perlu korbankan sedikit masa dan wang untuk paksa diri capai kecemerlangan.Sudah menjadi lumrah manusia inginkan keselesaan walau gagal.Oleh itu biarlah kurang selesa sedikit untuk sementara waktu tapi menempa kejayaan dan kecemerlangan di penghujungnya. Yang bulat tidak datang bergolek dan yang nipis tidak datang melayang.Selepas kesusahan ada kesenangan-Surah As-Syarh (surah ke 94 ayat ke 4 dan 5)
*Pastikan ada seseorang yang menjadi monitor atau reminder untuk kita capai sesuatu kecemerlangan ini adalah salah satu method agar kita tidak lalai atau tersasar jauh dari kecemerlangan. Mereka boleh dilantik dari kalangan sahabat rapat,ibubapa, adik-beradik atau sesiapa sahaja yang rapat dengan kita secara jujur dan ikhlas.
*Doakan diri kita selalu agar tergolong dalam kalangan mereka yang dipilih untuk merasai kecemerlangan di dunia dan akhirat. Doa paling mustajab masa kita sujud dalam solat, doalah sebanyak yang kita mampu kerana Allah amat menyukai hambaNya yang mengadu kepadaNya.
*Jadikan kisah hidup (sirah) Rasulullah sebagai analogi untuk kita tempa kejayaan kerana pada peribadi dan perjalanan hidup baginda adalah contoh sepanjang hayat kepada manusia di muka bumi Allah ini.
*Sabar dan tabah hadapi segala cabaran dan rintangan untuk capai kejayaan, tanpa elemen tersebut usaha untuk capai kecemerlangan pasti terbantut. Dan ingatlah Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Kesabaran membuahkan kejayaan yang bermakna.
*Berilah kata-kata semangat kepada diri di saat menghadapi kesukaran dan keperitan dalam berjuang mencapai kecemerlangan yang diidam-idamkan.
*Jadikan Allah tempat mengadu yang paling kita sukai,Allah amat mengasihi dan menyayangi hamba-hambaNya yang sering mengadu kepadaNya. Terkadang Allah tidak makbulkan selalu permohonan kita kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita, mungkin dengan nikmat yang kita dapat akan melalaikan kita dan menyesatkan kita, dan terkadang Allah simpan permohonan kita untuk ditunai di Akhirat kelak sebagai galang ganti apa yang kita minta di dunia dulu.
*Ingatlah...kejayaan itu milik anda....anda berhak milikiNya....jangan sia-siakan anugerah yang telah diberi itu...lipatkan gandakan usaha anda mampu capainya...berusaha untuk berjaya ibarat bertempur di medan perang, jangan mengaku kalah sebelum berjuang, berusaha terus berusaha hingga ke titisan darah terakhir.....Allah sentiasa bersama anda untuk menempa kecemerlangan....Insya Allah......
Brother Ahmad Harithah Ibnu Muhammad Al-Maliyzi
9 Mac 2009 , 15.10 p.m / 9 Rabiul Awwal 1430 H

Kena Redha Apa Ketentuan-Nya..
ReplyDelete