Doa adalah senjata orang mukmin...dengan berdoa sebenarnya kita menetapkan matlamat untuk dicapai. Dengan penetapan matlamat tersebut kita merancang untuk berjaya, ingatlah bahawa gagal untuk merancang bermakna merancang untuk gagal, oleh itu dengan mekanisme berdoa kita sebenarnya merancang untuk berjaya atau mencapai sesuatu matlamat, dengan menterjemahkan keinginan dan matlamat tersebut dengan kata-kata agar lebih komited untuk mencapainya, luahan pemintaan ini disertakan dengan harapan yang tinggi kepada Allah azzawajalla dengan unsur tawakkal.Hebatnya doa adalah kerana mengabung jalinkan permintaan insan dengan sandaran tawakkal kepada Allah Yang Maha Esa....ia berbeza dengan dengan penetapan matlamat, visi, misi, cita-cita, keinginan, kemahuan, dambaan yang bersifat sekular kerana dengan berdoa itu sendiri merangkumi kesemua elemen tersebut dan ditambah lagi dengan ciri-ciri rabbaniyyah iaitu sandaran harapan dan tawakkal kepada Allah Taala serta memuji kekuasaaNya ke atas termakbulnya doa tersebut...
Allah Taala amat menyukai hamba-hambaNya yang sering berdoa kepadaNya, Allah amat menyukai mereka kerana mereka memperakui Keagungan Allah Taala dan merendahkan diri kepada Allah Taala selaku tuhan yang Maha berkuasa untuk memperkenan segala permintaan. Selangkah kita menuju kepada Allah, seribu langkah Allah menghampiri kita. Tapi, berapa ramaikah di antara kita yang selalu berdoa kepadaNya dalam segenap lapangan hidup. Kita diajar doa sejak dari kecil dalam setiap tindak tanduk, tapi apabila kita sudah dewasa amalan tersebut menjadi suatu yang asing dalam hidup. Alangkah baiknya jika kita kembali kepada amalan mulia tersebut demi mendidik diri dan jiwa menjadi insan yang bertaqwa. Dengan doa kita menjadi semakin dekat dengan Allah dan terhindar dari hasutan nafsu dan syaitan durjana. Bila berdoa perlulah menghayati makna doa tersebut agar semakin bertambah iman di dada.
Berdoa melambangkan pekerti hidup yang mulia. Tidak dapat diterima akal jika seseorang itu berdoa untuk melakukan maksiat, bahkan dengan doa tersebut akan menghalang seseorang melakukan maksiat kerana fitrah insan menterjemah apa yang baik dan buruk, dan doa itu sendiri untuk benda-benda yang baik. Apabila kita membiasakan diri dengan berdoa ini bermakna kita membentuk karakter hidup kita menjadi soleh/solehah, ini adalah salah satu method hijrah ke arah kehidupan yang lebih baik dan diredhai Allah Taala. Doa boleh menjadi terapi minda dan perasaan yang sungguh efektif dan efisien keranan dengan berdoa kita meluahkan segala permasalahan kepada yang berhak untuk mendengarnya dan yang mampu selesiakan segala permasalahan tersebut iaitu Allah subhanahu wataala. Bila kita mengadu kepada manusia kita pasti akan rasa kecewa kerana mungkin diabai atau tidak diendahkan, tapi sebaliknya apabila kita mengadu (bermunajat/berdoa) kepada Allah ini akan mendekatkan kita kepadaNya dan diselesaikan segala permasalahan hidup kita kerna Allah lah yang mengatur segala perjalanan hidup kita, Dia bisa sahaja mengatur kembali apa yang terjadi kepada kita.
Perlu diambil perhatian di sini, bila kita berdoa gunakanlah doa-doa mathur iaitu doa-doa yang pernah diajar oleh Rasulullah kepada para sahabat ini kerana doa tersebut mustajab di samping doa-doa peribadi (permintaan) yang kita panjatkan kepada Allah Taala. Doa-doa tersebut boleh didapati dari buku-buku doa yang di ambil sumbernya dari kitab-kitab hadith yang soheh (bukhari, muslim dan sebagainya) ataupun doa-doa dari Al-quran yang pernah Rasulullah s.a.w dan para Nabi Allah amalkan dalam hidup baginda. Moga sama-sama kita budayakan hidup kita dengan berdoa agar dipermudahkan jalan mengapai kecemerlangan dalam hidup ini, insya Allah..
Adab-adab berdoa :

- ikhlas : Perasaan ini tidak boleh orang lain yang menilai ia perlu kita sendiri yang mengetahui akan keikhlasan kita dalam berdoa.
- Hendaklah dimulakan dengan memuji Allah Taala (memuji dan bersyukur kepada Allah Taala) kemudian berselawatlah ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Ditamatkan dengan memuji Allah Taala dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
- Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan yakin dengan jawapan (Yakin Allah akan makbulkan permohonan kita).
- Berdoa dalam keadaan tidak tergopoh-gapah/tergesa-gesa atau kelam-kabut (jangan terlalu cepat hingga tidak tahu apa yang disebut).
- Hati kita hadir/hati kita hidup, bukan dalam keadaan hati kita lalai.
- Berdoa dalam waktu kita senang dan susah, bukan hanya di waktu susah sahaja, perlu dibuat secara konsisten (berterusan) /istiqamah, barulah kita rasa redha dengan apa yang bakal terjadi.
- Tidak meminta kecuali kepada Allah Taala sahaja/ perlu direct kepada Allah, tiada perantaraan (tawassul melalui orang lain), meminta/mengadu hanya kepada Allah sahaja.
- Merendah-rendahkan suara ketika berdoa (antara dengar dan tidak) jangan meninggikan suara seolah-olah kita memaksa, lembutkan suara (kerana kita dalam majlis istiadat raja segala raja iaitu Allah Yang Maha Agung).
- Mengakui dosa yang telah kita lakukan kepada Allah Taala dan memohon keampunan dari Allah Taala, mengakui nikmat-nikmat Allah yang telah kita perolehi dan rasa syukur dengan telah diberi tersebut kepada kita.
- Tidak melampau-lampau dalam doa sehingga bunyi macam bersajak/berpuisi dalam doa.
- Merendahkan diri serta khusyuk ketika berdoa, hadirkan rasa khauf warraja' (takut dan mengharap kepada Allah), Kalu boleh biar sampai keluar air mata bila berdoa kepada Allah Taala.
- Ulangi doa sebanyak yang kita mahu, 3 kali atau lebih serta hadapkan diri kita ke arah qiblat jika terdaya.
- Berdoa tidak semestinya menadah tangan, tidak salah kalau tidak menadah tangan cukup hanya dengan melafazkan doa-doa dengan mengikut aturan dan susunanya, dan dibolehkan juga menadah tangan lambang pengharapan kita kepada Allah Taala tapi perlu merujuk kepada sunnah Rasulullah,bila Rasululullah menadah tangan masa berdoa dan bila tidak perlu menadah tangan, jika menadah tangan bagaimana cara Rasulullah menadahnya, jangan pandai-pandai mereka-reka dalam sudut ibadah.
- Sebaiknya berdoa dalam keadaan kita ada wudhuk.
- Janganlah doa kita membawa maksud kepada kejahatan dan permusuhan antara sesama muslim, elakkan doa yang membawa kepada persengketaan tapi sebaliknya menjurus kepada perdamaian dan keharmonian.
- Berdoa dengan memuji-muji nama-nama dan sifat-sifat Allah seperti Ya Rahman, Ya Rahim, Ya latif, Ya hannan ya mannan, Ya Wahhab dan sebagainya.
- Jauhkan diri dari segala dosa dan maksiat agar diri kita suci dan dipermudahkan termakbulnya doa kita. Istighfar di atas segala dosa dan kesalahan sebelum berdoa kepada Allah Taala.
- Jangan lupa doakan Umat Islam diampunkan Allah dan diberi pertolongan dalam mendaulatkan Islam di muka bumi Allah ini.
- Kita mengenali Allah tetapi kita tidak menunaikan hakNya
- Kita kata kita cintakan Rasulullah tetapi kita meninggalkan sunnah baginda.
- kita telah membaca Al-quran tetapi kita tidak beramal dengannya.
- Kita telah rasakan nikmat-nikmat Allah tetapi kita tidak bersyukur kepadaNya.
- Kita telah berkata syaitan itu musush kita tetapi kita tidak menentangnya
- Kita kata syurga itu benar tetapi kita tidak beramal untuknya.
- Kita kata neraka itu benar tetapi kita tidak lari daripadanya.
- kita katamati itu benar tetapi kita tidak bersedia menghadapinya.
- Kita bangkit dari tidur lalu kita katakan banyak keaiban manusia tetapi kita lupa keaiaban diri kita sendiri.
- Kita kebumikan mayat saudara-saudara kita tetapi kita tidak mengambil iktibar dari mereka.
Alhamdulillah
ReplyDelete