Menempa dan memahat kegemilangan diri bermula dari keazaman dan iltizam yang teguh untuk mengapai sesuatu cita-cita. Tiada halangan yang membentengi dirinya sama ada dari sudut minda,mental dan fizikal. Halangan yang wujud dianggap cabaran, masalah yang menimpa dianggap peluang terbaik, kekurangan ditukar kepada ujian kemampuan, kesusahan ditakrif sebagai keseronokan dalam perjuangan, keperitan baginya adalah kenangan dan pengalaman. Tiada yang mustahil dalam mencari sesuatu kejayaan, yang ada hanya mahu atau tidak, kerana hendak seribu daya tak nak seribu alasan. Untuk berjaya sebenarnya kita perlu : tiada alasan, tiada kata-kata mengalah, tiada persepsi negatif, tiada lemah semangat, tiada malas mencuba, tiada jiwa penakut, ini kerana belum cuba belum tahu dan lebih baik gagal daripada tidak mencuba langsung, kerana dengan kegagalan membuatkan diri kita tahu akan selok belok untuk mengapai sesuatu kejayaan melalui jalan pintas.
Gagal tidak semestinya gagal selama-lamanya. Bagi penulis, kegagalan hakiki ialah gagalnya diri kita memasuki syurga ilahi, adapun kegagalan di dunia ini hanya kegagalan yang bersifat sementara dan boleh ditebus balik, kita boleh cuba untuk kali kedua atau sebanyak yang kita mahu dalam apa jua bidang sama ada pelajaran, kerjaya, kewangan dan sebagainya, ini kerana kita punya alternatif dan inovasi, tetapi apabila di akhirat kelak sudah tiada jalan pulang dan alternatif lagi, banyak dosa ke neraka dan banyak pahala ke syurga itulah hitam putihnya.
Jangan jadikan kegagalan yang lalu penghalang diri kita untuk terus berjaya dan maju untuk masa-masa hadapan, biarlah kegagalan lalu dijadikan iktibar dan sempadan diri. kegagalan membuatkan kita lebih tabah dan matang, ini kerana orang yang berjaya ialah orang yang bangkit semula selepas kegagalannya dan terus berlari walau rebah seribu kali kerana akhirnya dia akan sampai jua di garisan penamat kecemerlangannya. Orang yang pernah gagal akan lebih menghargai kejayaanya dari mereka yang berterusan berjaya tanpa merasai apa-apa kegagalan. Tokoh-tokoh terbilang di dunia lahir dari mereka yang sering gagal dan dihampari dengan beratus-ratus halangan dalam bidang mereka tetapi hebatnya mereka sampai menempa kegemilangan ini kerana dalam jiwa mereka tiada istilah kegagalan dan putus asa dalam mencuba dan memcapai kecemerlangan. Kegagalan yang mereka alami dianggap sebagai pembantu dan kayu pengukur untuk terus berjaya. Ini kerana dalam kegagalan tersebut ada pembayang kepada jawapan kejayaan.
Kemampuan diri kita boleh menjangkaui apa yang kita tangapi sekiranya kita keluar dari kotak pemikiran yang menjumud dan membatasi diri kita, kemampuan ini terhasil dari kesedaran dalaman kita, kesedaran boleh didapati melalui 3 pancaindera utama iaitu pendengaran, penglihatan dan lisan. Ketiga-tiga elemen ini boleh dijadikan mekanisme kepada pembentukan kesedaran dalaman. Secara praktikalnya, elemen pendengaran boleh digunakan untuk mendengar kata-kata semangat, ceramah-ceramah motivasi, diskusi ilmiah dan perbincangan dua hala yang akan membentuk kesedaran dalaman kita. Elemen penglihatan secara praktikalitinya kita gunakan untuk melihat (observation) alam sekeliling yang akan memberi kesan kepada diri kita, melalui penglihatan, ia akan membentuk keinsafan dan daya usaha dalam diri kita, sebagai contoh yang mudah ialah dengan melihat gambar kejayaan adik Nik Nur Madihah memeperolehi 20A dalam SPM 2008 dari keluarga nelayan yang rumahnya yang usang ini akan mewujudkan keinsafan dan kesedaran dalaman kepada pelajar-pelajar lain untuk terus menempa kejayaan dalam pelajaran mereka, kerana kemiskinan bukanlah penghalang dan alasan untuk cemerlang. Pengahalang sebenarnya ialah diri kita sendiri, oleh itu berhati-hatilah dengan diri sendiri.
Seterusnya, elemen penglihatan boleh juga di adaptasi melalui mekanisme pembacaan bahan-bahan yang bersifat informatif dan motivasi, melalui hasil pembacaan kita akan terkesan dan menguatkan lagi daya dalaman untuk terus berusaha mengapai kejayaan. Sebagai contoh realistik, pembacaan terhadap kisah-kisah kejayaan, kata-kata hikmat, riwayat tokoh-tokoh terbilang ini pastinya akan melahirkan kesedaran dalaman yang akan memandu kita ke arah kejayaan yang diidam-idamkan. Melalui pembacaan boleh menghasilkan kuasa terapi yang amat mujarab kepada ketenangan jiwa dan pembentukan semangat yang berkobar-kobar untuk berjaya. Ajaibnya buku sehingga boleh membuatkan orang rasa sedih, menangis, ketawa, bersemangat,informatif dan tenang kerana dek kuasa tulisan yang menyusup masuk ke dalam hati nurani pembaca. Dari situ, jadikan medium pembacaan sebagai pemangkin ke arah kesedaran dalaman yang akan membawa anda ke puncak kejayaan.
Selain itu, elemen lisan adalah pembantu perantaran kepada elemen pendengaran, ianya saling perlu memerlukan. Pendengaran lebih bersifat menerima dan lisan bersifat memberi. Kesedaran dalaman kita akan lebih bermakna jika sekiranya diterjemah ke dalam bentuk lisan sebagai perkongsian bestari. Itulah medium ilmu yang perlu dikongsi bersama sebagai survival kejayaan kita untuk masa-masa hadapan, melalui elemen lisan akan membantu kita merasa lebih amanah untuk merealitikan cita-cita. Dengan mekanisme lisan juga akan membentuk diri menjadi seorang yang lebih komited, sebab itulah apabila kita hajatkan sesuatu impian perlu kita luahkan dengan kata-kata iaitu dengan berdoa kepada Allah atau ikrar dalam melaksanakan sesuatu. Sebagai contoh terkini, berdoa kepada Allah Taala akan membentuk keazaman untuk mencapai sesuatu kejayaan dan membaca dan mentadabbur Al-Quran sebagai sumber kekuatan rohani dan ketenangan jiwa, Lafaz taat setia akan menghasilkan kesan semangat yang jitu untuk bertindak seperti Ikrar Satria yang diamalkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Jelaslah bahawa lisan adalah elemen penting dalam pembentukan kesedaran dalaman. Ingatlah kata-kata ini, lidah lebih tajam dari mata pedang.
Hasil gabungan ketiga-tiga elemen pancaindera ini akan membentuk kesedaran dalaman (booster) yang sangat hebat melalui proses taakulan minda. Taakulan minda akan tepat dan betul selagi ianya selari dan betunjangkan kepada Al-quran dan as-sunnah. Sebaliknya akan sesat dan menyesatkan jika tersimpang jauh dari landasan sumber wahyu dari ilahi tersebut. Taakulan minda akan menerima proksi syaitan dan nafsu jika menjarakkan diri menerima panduan dari Al-quran dan As-sunnah. Taakulan minda yang menerima tarbiyyah islamiyyah akan melahirkan kesedaran dalaman dan jiwa yang bersifat rabbaniyyah (rasa diperhati dan diawasi Allah Taala) dan seterusnya membentuk tindakan yang bersifat pragmatik dan islamik dalam memacu diri menuju ke puncak kejayaan dalam apa jua bidang yang kita ceburi.
Brother Ahmad Harithah Ibnu Muhammad Al-Maliyzi
24 mac 2009 /25 Rabiul awwal 1430 H
Tuesday, 11.12 a.m.

No comments:
Post a Comment