Tuesday, December 29, 2009

Evaluasi Iman dan Taqwa Memacu Hijrah Insani

Evaluasi di sini membawa erti muhasabah atau penilaian kembali terhadap tahap keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala dalam proses perubahan diri kita ke arah kehidupan yang lebih baik dan diredhai olehNya. Tahap keimanan dan ketaqwaan boleh dinilai melalui amalan ibadah kita seharian dan juga tahap kepatuhan kita kepada Allah, contoh terdekat ialah ibadah khusus seperti solat, adakah cukup solat fardhu kita?sempurnakah solat kita?fahamkah erti bacaan-bacaan di dalam solat?awal waktukah kita laksanakannya? apa perubahan yang kita perolehi selepas solat? khusyuk kah solat kita? fahamkah kita akan fiqh solat serta pensyariatannya?berjemaahkah kita bila kerjakannya? persoalan itu semua boleh menjadi salah satu kayu pengukur kepada tahap keimanan kita, andaikata bila terdegar azan kita masih leka dan tidak terdetik pun akan perlunya melaksanakan perintah agung Allah tersebut maka ketahuilah mungkin hati kita berada dalam kegelapan tanpa cahaya keimanan,tapi sebaliknya orang yang Imannya kukuh pasti akan merasa resah jika tidak tergesa-gesa menyahut seruan agung Allah tersebut.
Antara pendekatan untuk menilai tahap keimanan kita ialah melalui pendekatan perasaan hati, cuba perhatikan naluri hati kita bila berhadapan dengan perkara dosa dan maksiat, adakah kita merasa keluh kesah atau tiada apa-apa rasa bersalah, jika kita merasa betapa gelisah dan tidak senanag untuk melakukan sesuatu dosa maka ketahuilah bahawa tahap keimanan kita masih ada, sebaliknya jika kita tidak merasa apa-apa kesalahan dan menganggap membuat dosa itu perkara biasa maka ketahuilah tahap keimanan kita sudah semakin luntur dan hati kita kini diseliputi noktah-noktah hitam dosa yang mematikan rasa takut kepada Allah,bila hati sudah menjadi kelam hidayah dan taufiq Allah susah untuk menembusi hati kita, jika kita tidak kembali kepada Allah maka berterusanlah kita di dalam kesesatan dan jauh dari rahmat Allah na'uzubillahi min zalik. Oleh itu betapa pentingnya kita mengevaluasi iman dan taqwa kepadaNya setiap masa agar jangan semakin hari semakin jauh kita dari Allah, usahakanlah agar kita sentiasa dekat dengan Allah, insya Allah.
Evaluasi tidak bermakna jika tidak diselusuri dengan agenda perubahan yang konsisten. Evaluasi yang tiada tindakan ibarat angan-angan yang terapung ditiup angin ke hulu dan ke hilir. Ketahuilah berubah atau berhijrah adalah satu pendekatan harian yang perlu kita budayakan dalam kehidupan seharian kita, hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Berubah memerlukan pengorbanan yang tinggi dan kesabaran demi menghasilkan diri yang bersih dan suci selari dengan keredhaan Allah. Evaluasi mestilah dipimpin oleh tunjuk ajar dari ilmu yang sahih dan pembimbing/kaunselor/guru/ustaz yang mursyid. Niat yang ikhlas dan komitmen yang kuat pasti akan menjadi perisai untuk membentengi diri merubah menjadi insan yang soleh/bertaqwa/beriman selagi hayat dikandung badan, berubah demi Redha Allah dan kebahagian hidup di Alam Akhirat kelak. Bersama kita kembali mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Hayya 'ala falah....Marilah bersama menuju kejayaan dunia dan akhirat.... .

Monday, December 28, 2009

Realisasi Azam dan Iltizam Tahun Baru

Insan yang berjaya dinilai dari sudut matlamat yang sudah dan hendak dicapainya, cita -cita yang dicapai dan diimpikan melambangkan imej diri dan ketinggian akal budinya, setiap pemimpin yang baru muncul pasti bersamanya satu hala tuju yang jelas dan sasaran yang hendak digapainya, begitu juga dengan setiap insan yang akan mengharungi badai tahun baru pasti akan terdetik di hatinya destinasi cita-cita yang hendak ditujunya dalam tempoh 360 hari akan datang melainkan mereka yang lalai dan kusut akan arus masa depan mereka. Semakin jelas matlamat kita semakin dekat kita dengan kejayaan.
Gemerlapan cahaya matlamat menyuluh kita sampai ke destinasi cita-cita. Matlamat yang malap dan gelap akan melambatkan perjalanan cita-cita kita atau sesat diperjalanan. Oleh itu sinarilah hari baru anda dengan cita-cita dan matlamat yang terang benderang agar anda sampai ke destinasi impian anda dengan mudah dan cepat. Sinaran itu wujud hasil dari keluhuran tawakkal kepada Allah, doa yang berterusan, Redha dengan keputusan Qadha dan Qadar Allah, semangat dan motivasi yang jitu, spesisifikasi matlamat yang utuh, jelas dan rasional dinilai akal, kemampuan mengatasi kelemahan, daya mobiliti dan utiliti lancar dan licin,sokongan moral sekeliling, fokus pada tanda aras yang spesifik, tindakan terjadual dan berperingkat,evaluasi secara konsisten dan berkala dan strategi melalui alternatif pelbagai dan perancangan sofistikated dan komprehensif.

Sunday, December 20, 2009

Personaliti Imtiaz (PI)

personaliti membawa takrifan sebagai sifat dan sikap seseorang yang membentuk perwatakan dan keperibadiannya, manakala imtiaz membawa maksud cemerlang atau dengan kata lain ialah keperibadian/personaliti unggul.
Personaliti Imtiaz bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti imtiaz ialah seperti yang berikut:
1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara.
2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana.
3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik.
4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja.
Personaliti Imtiaz (PI) terbentuk hasil asuhan dan didikan bersepadu yang berfokus ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat, sifat cakna ibubapa,guru,masyarakat dan kerajaan kepada keperluan membudayakan dan melahirkan (PI) dalam sistem pendidikan dan pengurusan sosial akan melahirkan satu masyarakat yang madani dan hadhari dari sudut taraf hidup dan intelek. Fokus utama ke arah melahirkan (PI) ialah menyuburkan kesedaran masyarakat secara konsisten dan bersepadu serta usaha dan komitmen dari semua lapisan, agar nanti lahir dari tanah nusantara ini satu ketamadunan baru dunia iaitu Ketamadunan Malaysia Raya yang didokong nanti oleh anak cucu kita yang bergelar para cendiakawan, ulama, umara, saintis, angkasawan, jurutera yang melahirkan inovasi-inovasi yang futuristik dalam semua bidang hasil dari pencaknaan kita untuk melahirkan generasi Personaliti Imtiaz.
IMTIAZ :
I = Ilmu ukhrawi dan duniawi yang tinggi dan bersepadu
M= Motivasi yang jitu ke arah mencapai sesuatu matlamat
T = Tindakan yang neutral dan progresif
I = Inspirasi ke arah budaya islamisasi dan informatif
A = Akhlak yang terpuji dan Asertif
Z = Zoom ke arah merintis dan mencipta Ketamadunan Malaysia Raya
Ahmad Harithah Muhamad
21/12/2009

Wednesday, November 11, 2009

Karya Seni Lukis integrasi Seni Khat Diwani nama Allah - Karya Seni Pertama Penulis.

SENI LUKIS INTEGRASI KHAT DIWANI DENGAN KALIMAH ALLAH ADALAH MANIFESTASI SENI YANG MENGGAMBARKAN KEINDAHAN DALAM MENZAHIRKAN SENI YANG HARUS MEMPUNYAI KETAUHIDAN KEPADA ALLAH YANG MAHA ESA.
MENTAUHIDKAN ALLAH DALAM KARYA SENI...ALLAH ITU INDAH...ALLAH SUKAKAN KEINDAHAN.....





























Thursday, October 22, 2009

Insan Soleh

Insan soleh membawa pengertian keperibadian seseorang yang sentiasa berada di landasan syariat dalam setiap sudut kehidupannya. Corak hidupnya mengambarkan suruhan Allah dan Rasulullah, menghindarkan diri dari segala dosa dan maksiat, makan minumnya dijaga dari perkara haram dan syubhat, rasa tenang dengan ritual ibadah rasa gelisah dengan dosa yang terbuat, berhemah dalam menyatakan yang Haq tegas membanteras yang Batil, hidupnya dihiasi dengan amalan sunat, corak pakaiannya mengambarkan kesucian Islam, tutur katanya halus dan berbudi bahasa, sopan santun tindakannya, punyai misi dan visi hidup yang jelas, mendampinginnya seakan hidup terarah, sentiasa haus dengan ilmu duniawi dan ukhrawi, mindanya sentiasa positif dan inovatif, murni akidahnya menjulang tauhid, kata-katanya mendalam lagi bernas, tanda pengabdian kepada Allah terpancar dari raut wajahnya, role modelnya ialah Rasulullah dan para sahabat, melaksana sesuatu dengan penuh tekun dan itqan, pandanganya jauh ke hadapan, menjernih yang keruh meneguh yang roboh...bersama kita membentuk diri mencapai insan soleh kesayangan Allah Taala..Insya Allah.

Wednesday, October 14, 2009

Keyakinan Diri

keyakinan diri membawa maksud yakin pada kemampuan dan kebolehan diri sendiri dalam menghadapi apa jua tindakan yang hendak kita laksanakan sama ada dari sudut perbuatan atau pertuturan. Bukan semua orang yakin pada diri sendiri walau sudah cukup bekalan ilmu dan pengalaman. Ada yang tiada apa-apa ilmu atau pengalaman dalam sesuatu bidang tetapi yakin pada dirinya yang dia mampu laksanakannya dengan sebaik mungkin, ini kerana ia mempunyai beberapa sifat dan falsafah yang membolehkannya merentangi apa jua rintangan dan masalah yang dihadapinya, antara sifat-sifat dan falsafah tersebut ialah :
  1. Cekal dan tabah
  2. Tidak pernah berasa kalah atau putus asa dengan kekalahan, tidak merasa menang dengan kemenangan dan tidak menjadikan kejayaan yang diterima tersebut sebagai noktah untuk terus cemerlang.
  3. Kekalahan dan kesilapan adalah asam garam dalam perjuangan
  4. Setiap orang dilahirkan adalah untuk menjadi insan cemerlang
  5. Kejayaan itu milik semua orang, kejayaan itu tidak mengenali darjat, pangkat dan status
  6. Kental dengan semangat
  7. Berusaha tangga kejayaan
  8. Membudayakan sifat versatile (mampu laksanakan apa jua) dalam hidupnya
  9. Masalah itu sebenarnya adalah peluang
  10. Pantang berundur sebelum berjuang
  11. Orang lain boleh saya pun boleh
  12. Apa kurangnya saya untuk capai matlamat tersebut
  13. Siapa berusaha dia pasti berjaya
  14. Hendak seribu daya tak nak seribu alasan
  15. Manakan dapat sagunya kalu tak dipecahkan ruyungnya
  16. Jelas matlamat yang hendak dicapainya
  17. Tahu macam mana hendak bertindak dan faham risikonya
  18. Sering bertanya dan meninba ilmu dari mereka yang berpengalaman
  19. Merendah diri tapi tinggi matlamatnya
  20. Berlatih tanpa kenal erti muak dan jemu
  21. Berfikiran positif dalam apa jua keadaan
  22. Terima kekurangan diri tapi tidak menjadikannya alasan untuk berjaya
  23. Memaksimunkan usaha merebut peluang serta meminimakan kemalasan
  24. Mengoptimunkan kekuatan yang ada sebaik mungkin
  25. Belajar dari kesilapan lalu
  26. Jika bukan sekarang bila lagi
  27. Ada target harian, mingguan, bulanan dan tahunan yang jelas
  28. Semangat yang tidak pernah pudar untuk berubah ke arah yang lebih baik
  29. Menghayati konsep hijrah sebaik mungkin
  30. Tiada masalah yang ada hanyalah peluang
  31. Berkorban demi mecapai matlamat
  32. Kejayaan harus bermula dan bertindak dari detik ini bukan esok
  33. Allah bersama-sama orang yang sabar dan berusaha membaiki dirinya.

Al-akh Ahmad Harithah Muhamad

26 syawal 1430H

Sunday, October 4, 2009

Cita-cita, Harapan, Matlamat, Objektif, Misi dan Visi Seseorang Muslim

Hidup tanpa tujuan ibarat bahtera tanpa nakhoda dan haluan, dipukul badai ombak ke hulu dan ke hilir, sekali ke timur sekali ke barat, akhirnya terdampar di tepi pantai atau karam di lautan alam kerana kompas hayatnya sudah tiada lagi, paksi harapan untuk ke sesuatu destinasi musnah semusnah kapal yang karam dan rosak di gigit ombak yang menganas.
Itulah kronologi dan analogi kepada sebuah kehidupan yang tiada matlamt dan tujuan hidup di dunia ini. Sanggupkah kita memperjudikan masa depan kita dengan mensia-siakan nikmat umur dan masa yang diberi Allah Taala kepada kita dengan dengan membiarkan masa yang diberi terbuang dengan begitu murah sekali, hidup ini ibarat sebuah bekas yang diberi Allah kepada kita, isipadunya ialah amal ibadat yang berupa pahala amalan soleh kita, atau mungkin isipadunya dosa dan noda dari maksiat kemungkaran kepada Allah, di akhirat nanti, dipadang mahsyar yang begitu tragis akan dipersembahkan kepada Allah untuk ditimbang di mizan/neraca, yang mana lebih banyak, maka itulah pengakhiran kita dalam sebuah ekspedisi menzahirkan diri kita yang sebenarnya, kerana di sana nanti terbuka semua hijab yang kita rahsiakan di mata manusia, anggota badan kita menjadi saksi di atas segala peri laku yang kita buat di dunia dahulu, walau sebiji zarah pasti tidak akan terlepas dari perhitungan Allah Taala.
Objektif dan matlamat utama Muslim di dunia ini ialah mendapat keredhaan Allah dalam setiap tindak-tanduk dan tutur katanya, maksud Keredhaan Allah di sini ialah semua tingkah laku kita mesti berada di landasan syariat, terhindar dari dosa, jauh dari maksiat dan betul dengan suruhan Allah dan terhindar dari larangan Allah, sebagai contoh mudah, apabila kita berpakaian maka dengan berpakaian sebenarnya kita nak mencari redha Allah bukan hanya semata-mata untuk menutup tubuh badan, oleh itu keredhaan Allah dalam berpakaian ialah menutup seluruh aurat dan tidak ada sifat tabarruj(berhias-hias) yang keterlaluan yang boleh menimbulkan fitnah. Pakaian yang cantik dan menutup aurat itu adalah asas dan kriteria keredhaan Allah kerna Allah itu Indah dan dia suka kepada benda yang indah-indah, indah di sini mestilah dalam perbatasan syariat.
Hidup berpandu dan berpaksikan Al-quran dan As-sunnah membawa kita ke jalan kebahagian dan ketenangan abadi, adapun cara hidup yang memilih style barat, moden,kontemporari, stailo, urban dan sebagainya pasti akan menjunamkan kita ke dalam lembah kebinasaan walau secara zahirnya nampak ceria akhirnya buruk akibatnya. Jalan kebahagian dalam hidup ini hanya berada dalam kehidupan yang penuh dengan nilai-nilai Islam, andaikata anda memilih jalan lain untuk dijadikan panduan hidup pasti anda kan sesat lagi menyesatkan. kerana Islam itu Fitrah, jika kita lari dari fitrah ibarat berjalan ke arah belakang, anda akan langgar tiang dan masuk longkang secara mudah kerana secara fitrahnya manusia berjalan ke hadapan dan secara fitrahnya juga mata pun diciptakan di hadapan bukannya belakang. Tidak salah kita memilih pendekatan kontemporari untuk mewarnai kehidupan kita, tapi ingat ia mestilah diislamisasikan terlebih dahulu dan asas akidahnya perlu merujuk kepada akidah islam yang sahih. Sebagai contoh praktikal, dalam soal berpakaian kita ada beberapa style seperti ranggi,urban,kasual, sporty dan sebagainya, untuk memilih mana-mana style adalah harus tetapi pastikan ianya menutup aurat, tiada unsur-unsur agama lain, tiada lambang/gambar yang haram dan indah dipandangan mata masyarakat, maka itulah gaya hidup kontemporari Islam. Islam itu agama yang luwes (fleksibel) dari sudut mu'amalatnya dan qat'ie(tetap) dari sudut ibadatnya.
Apakah itu kehidupan berpaksikan Al-quran dan As-sunnah? bersambung...

Tuesday, September 29, 2009

Membina Kecemerlangan Diri

Kecemerlangan Diri adalah sinonim dengan tindakan dan perkataan berikut : Al-Hijrah(Perubahan/perpindahan), At-Tajdid (pembaharuan untuk mengembalikan sesuatu kepada fokus/tujuan asal), Al-Islah (Reengineering/penambahbaikan berterusan) dan Al-Falah (kecemerlangan di dunia dan di akhirat) iaitu satu simpulan makna yang membawa maksud menuju ke arah kehidupan yang lebih gemilang dari yang cemerlang dan yang lebih terbilang dari yang gemilang sehingga tercapainya satu misi agung dalam hidup ini iaitu Mardhatillah (Keredhaan Allah dalam setiap tindak-tanduk kita di dunia ini).
Kecemerlangan diri bukanlah satu bentuk kejayaan yang bersifat pasif/menunggu sesuatu kejayaan tanpa sebarang inisiatif tetapi ianya satu inisiatif yang konsisten dan proaktif, maknanya seseorang insan yang betul-betul berjaya membentuk dirinya sebagai juara/insan cemerlang ialah mereka yang berusaha dengan gigih/tabah/kental jiwa dan mentalnya mengharungi ranjau-ranjau perjuangan untuk mencapai sesuatu cita-cita dan impian yang diimpikan buat sekian waktu. Kecemerlangan tanpa sebarang ranjau akan kurang rasa sentimental dan kemanisan kegigihan dan bukanlah pula bermakna setiap kejayaan itu perlu melalui ranjau-ranjau kesusahan dan keperitan, andaikata ada jalan pintas untuk mengapai sesuatu kejayaan maka itu yang terbaik kerana falsafah perjuangan ada mengatakan bahawa perjuangan yang efektif dan efisien ialah perjuangan yang berstrategi, dan andaikata syarat dan norma sesuatu kejayaan itu perlu menempuh onak dan duri maka anggaplah ia sebagai fitrah dan kemanisan dalam berjuang mencapai sesuatu impian kita.

Mutiara Kata Untuk Kecemerlangan Diri :

  • Mutiara kata adalah suatu keindahan bahasa yg dapat memberi pedoman kepada mereka yg menghayati.Keindahan kata-kata itu turut memberi motivasi dan inspirasi bagi mereka yg menjiwai. Renungilah mutiara kata-kata ini,agar dapat manfaat darinya...

    Keimanan menghapuskan keresahan, dan melenyapkan kebimbangan. Keimanan adalah kesenangan yang diburu oleh orang-orang yang bertauhid dan hiburan bagi orang-orang yang ahli ibadah.

    Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram, dosa akan diabaikan, Allah akan menjadi redha, dan tekanan hidup akan terasa ringan.

    Buku adalah kawan yang paling baik. Bercakap-cakaplah dengan buku, bersahabatlah dengan ilmu, dan bertemanlah dengan pengetahuan.

    Ketahuilah bahawa kesusahan itu akan membuka pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mendewasakan jiwa, mengingatkan hamba dan menambah pahala.

    Balaslah perbuatan yang baik dengan yang lebih baik. Berbuat baiklah kepada sesama, padamkan semua api permusuhan, berdamailah dengan musuh, dan perbanyaklah kawan.

    Ketahuilah bahawa kesabaran itu akan mengubur aib-aib, ketabahan itu akan menjadi penutup bagi kekeliruan, dan kedermawanan itu adalah pakaian yang besar yang akan menutup semua kekurangan dan cacat.

    Bersikaplah sopan dalam majlis, diam kecuali untuk satu kebaikan, dengan wajah berseri penuh rasa hormat kepada sesama majlis, mendengar apa yang mereka bicarakan, dan jangan sekali-kali memotong percakapan mereka.

    Makanan adalah kebahagiaan untuk sehari, perjalanan adalah kebahagiaan untuk seminggu, pernikahan adalah kebahagiaan untuk sebulan, harta adalah kebahagiaan untuk setahun, dan keimanan kebahagiaan untuk seumur hidup.

    Orang yang jiwanya dibersihkan oleh takwa, fikirannya disucikan oleh iman, dan akhlaknya disepuh oleh kebaikan, akan menerima kecintaan dari Allah.

    Enam hal yang memberi kesembuhan: Agama, ilmu, kekayaan, herga diri, ampunan dan kesihatan.

    Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.

    Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat
    benda -benda yang kotor

    Say what you want to say when tou have the time,tomorrow maybe one day late.
    Oue deepest regrets are words unsaid and things undone.

    Wanita itu sendiri adalah rahsia

    Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita Cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

    Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

    · Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

    Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

    SAHABAT YANG BAIK ADALAH YANG ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.

    "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

    "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

    "Hidup umpama aiskrim.Nikmatilah ia sebelum cair"

    Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;
    Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

    " Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
    (La Roche)

    "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan.
    Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

    " Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

    " Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman
    seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.( Harieta Wahab)

    Hadiah Terbaik
    Kepada kawan - Kesetiaan
    Kepada musuh - Kemaafan
    Kepada ketua - Khidmat
    Kepada yang muda - Contoh terbaik
    Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
    Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
    Kepada manusia - Kebebasan

    " Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg mampu memenggal leher seorang lelaki.
    ( A.L Alek Wong)

    " Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya. Jangan pula terlalu membenci seseorang,kelak kita akan menyayanginya."

    "Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan"

    " Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

    " Cinta itu apabila anda bertemu dan membuat pilihan yang tepat"

    " Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

    " Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

    "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

    " Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir"

    " Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri"

    "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang
    lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" - ( Saidina Ali)

    " Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang" - (Saidina Ali)

    "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."

    " Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"

    "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

    "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

    "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

    "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."

    "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."

    "Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat.
    Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi."

    "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

    "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yangada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanyadapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

    "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

    "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

    "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

    "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

    "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasilkan kecemerlangan."Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda...

    Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
    - Charles Cahier

    Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
    - Charles Cahier

    Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
    - James Allen

    Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
    - Peribahasa Cina

    Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
    - Benjamin Disraeli

    Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
    - I. Salanter Lipkin

    Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.
    - Aristotle

    Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
    - Albert Camus

    v Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
    - Marcus Aurelius

    Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
    - Jose Joaquin Olmedo

    Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidakmenjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir
    hayat.
    - Joseph Conrad

    Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
    - William J. Siegel

    Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
    - Philip Massinger

    Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
    - Lao Tze

    Kegagalan adalah asas kemenangan
    - Lao Tze

    Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
    - Lao Tze

    Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding
    kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
    - Flower A. Newhouse

    Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
    - Samuel Johnson

    Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya
    dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
    - Cecil B. DeMille

    Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak
    mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
    - Peribahasa Arab

    Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
    - Peribahasa Melayu

    Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
    - Confucius

    Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
    - Confucius

Tuesday, September 15, 2009

Azam dan iltizam kita Pasca-Ramadhan

Hari ini sudah 26 hari Ramadhan bersama dalam pangkuan kita, ia bersama kita siang dan malam, sejauh mana kita raikannya terpulanglah pada setebal mana keimanan dan ketaqwaan kita, ada yang tidak mempedulikannya, ada yang menzaliminya dengan perlakuan dosa dan noda dan ada sebahagian kecil dari kita yang begitu menghormati dan meraikannya dengan dipenuhi amalan wajib dan sunat sepanjang hari dan malam...

Tiba saat ini, ramai diantara kita begitu terpaling dan terpesong tujuan dan niat mereka di awal Ramadhan dulu, tumpuan mereka lebih terarah kepada persiapan Aidilfitri pada hari Ahad ini, siang dan malam dipersiapkan diri untuk menyambut lebaran, siangnya dihiaskan rumah dan shopping membeli keperluan raya, malamnya sibuk membuat kuih dan kek raya, jahit langsir dan sebagainya, Ramadhan terpinggir dengan tikah laku sedemikian...namun walau diperlakukan begitu oleh manusia, masih ada sekelompok kecil dari kalangan kita mula mengabdikan diri dengan beriktikaf di masjid di malam hari,di sana adalah ketenangan hati, ingatlah firman Allah Hanya dengan menginggati Allah sahaja hati-hati akan menjadi tenang. di sana mereka tumpukan setiap detik dan saat dengan ibadah kepada Allah Taala, bacaan Al-quran, wirid, zikir, istighfar, selawat, solat-solat sunat, membaca dan sebagainya menjadi rutin para hamba Allah yang beriktikaf, mereka tidak akan lepaskan peluang untuk mengapai seribu bulan bonus lailatul qadar yang dijanjikan Allah...Mungkin Ramadhan kali ini Ramadhan terakhir untuk kita semua, usah biarkan ia pergi tanpa dipenuhi dengan ibadah kepada Allah Taala...alangkah ruginya kita jika mensia-siakannya..Akhirat kelak baru kita sedari betapa ruginya kita masa di dunai dahulu...

Bila berlalunya Ramadhan nanti apakah azam dan iltizam kita untuk bulan-bulan yang berikutnya..apakah hijrah yang mahu kita bawa dalam hidup kita? Apakah pelajaran yang bermakna yang kita kutip dalam Universiti Ramadhan untuk diamal dan diistiqamah pada bulan yang seterusnya?..Agar tercapainya KPI (Key Perfomance Indicator) Ramadhan iaitu la'allakum tattaquun (mudah-mudahan kamu menjadi insan yang bertaqwa)..Mudah-mudahan Allah terima amalan puasa kita pada tahun ini dan terbitnya kita pada awal Syawal nanti bersihlah kita dari segala dosadan noda dan mula bangkit sebagai insan yang bertaqwa sepanjang zaman seperti para salafulsoleh, insya Allah....Anda apa yang anda amalkan...

Akhukum fil Islam Ahmad Harithah Al-Muhammadiy
26 Ramadhan 1430 H

Wednesday, September 2, 2009

Indahnya Ramadhan Cerianya Syawal


keindahan Ramadhan dapat diukur dengan meriahnya pesta ibadah sepanjang hari, dari terbitnya fajar hingga munculnya fajar hari berikutnya..dari awal pagi kita bangkit bersihkan diri, ambil wuduk untuk bermunajat kepada Allah Taala, diselangi dengan solat-solat sunat tahajjud, taubat, hajat dan witir, di saat inilah doa dianggap paling mustajab kerana Allah turun ke langit dunia menanti doa yang kita panjatkan kepadaNya untuk dimaqbulkan, sebelum menjamah juadah sahur kita pastikan semua tidak terlepas melaksanakan ibadah ini, kejutkan mereka berkenaan dengan penuh kasih sayang ...bila bersahur kita kita awali dengan doa-doa kerna tika itulah doa mustajab, kita bersama anak-anak, keluarga, kawan-kawan bersahur bersama-sama...layani telatah anak-anak dengan sulaman kasih sayang dan tarbiah untuk ibadah puasa dinihari nanti, nasihatkan mereka tabah dan istaqamah melaksanakan suruhan Allah,berilah mereka ganjaran diatas komitmen mereka....

Selesai sahur kita bersama anak-anak dan isteri melangkah kaki menuju rumah Allah (Masjid) menunaikan solat subuh berjemaah, sudahnya kita amalkan zikir-zikir yang ma'thur dari Rasulullah, kita dengar kuliah subuh, kita bertadarrus bersama-sama sebelum melangkah pulang ke rumah...sampai di rumah kita pula mengetuai anak-anak dan isteri bertadarrus dan memberi tafsiran ayat-ayat Al_quran yang dibaca...nasihati anak-anak dengan tarbiyah dan kasih sayang....bila sahaja matahari mula meninggi kita tunaikan solat sunat dhuha di rumah atau di tempat kerja kita...jangan tertinggal solat berjemaah zohor nanti di surau atau masjid...bagi mereka yang ada keluangan masa selepas zohor disambungnya bacaan Al-quran sambil menghayati maknanya(bertadabbur)...

Bila azan asar berkumandang cepat-cepat kita menyahut seruan azan dengan menuju langkah ke rumah Allah untuk berjemaah...kita susuri dengan wirid-wirid dan Qiraatul Quran sebelum pulang...kala petang bawalah anak-anak bersiar-siar/beriadah/ziarah sanak saudara atau faqir miskin/anak yatim sambil bekalkan buah tangan membantu mereka disamping mendidik anak menolong mereka yang dhaif...sebaiknya isteri masak sendiri juadah untuk berbuka kerana pahalanya amatlah banyak untuk isteri lebih-lebih lagi juadah berkenaan berkat kerana ketika memasak disulami dengan selawat dan doa-doa agar juadah tersebut menjadi pemangkin untuk menghidupkan hati anak-anak mentaati perintah Allah...

Bila dekatnya waktu matahari terbenam dan waktu berbuka tinggal beberapa minit ajaklah anak-anak berkumpul menghadap juadah yang tidak dihidangkan secara membazir dan keterlaluan, perlu bersederhana sahaja...berdoalah beramai-ramai tika saat hendak berbuka kerna tika itu doa amat mustajab..bila azan mula bergema dahului sunnnah dengan buah tamar atau makanan yang manis, berjemaah dalam berbuka lambang perpaduan dan kasih sayang dan pasti diberkati dan dirahmati oleh Allah Taala....kutiplah segala keberkatan di Universiti Ramadhan dengan bekalan ilmu dan istiqamah ibadah agar keluarnya kita sebagai graduat Ramadhan nanti berada dalam dimensi baru (hijrah) ke arah yang lebih baik dari sudut syakshiahnya mahupun ibadah kepada Allah Taala..

Selesai berjuadah pastikan kita imami anak-anak/keluarga solat maghrib disusuri doa untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat, diampuni segala dosa-dosa, dimurahkan rezeki, kejayaan dan kecemerlangan sebagai insan bertaqwa di dunia dan dimasukkan ke syurga bersama-sama..kita siapkan diri dan keluarga menuju ke masjid untuk sama-sama tunaikan kefardhuan isya' dan solat sunat tarawih berjemaah..sekembalinya kita di rumah teruskan amalan tilawah Al-quran bersama-sama isteri dan anak-anak dan bermesyuaratlah merancang hari esok sebelum menuju ke bilik mati sementara (tidur) kerna hari esok belum pasti kita akan bersama anak-anak lagi, mungkin tidur itu adalah penutup hayat kita di dunia ini...dan mungkin malam itu malam terakhir kita bersama keluarga....

Salam Ramadhan Selamat Beribadah

Ahmad Harithah Muhammad
13 Ramadhan 1430 H

Saturday, July 25, 2009

Simulasi Ramadhan

Ramadhan akan bertandang lagi..apakah persediaan kalian untuk meyambut kedatangan bulan yang mempunyai keagungan di hati dan nurani umat Islam sedunia hatta para makhluk Allah di langit dan di bumi...sudahkah lengkap ilmu di dada untuk menghadapi dan mengabdikan diri di bulan yang suci yang dipenuhi dengan keberkatan.... Sesuatu ibadah itu murni dan sempurna selagi mana ianya diiringi dengan ilmu dan pemahaman yang betul tentang sesuatu ibadah yang dilaksanakan...jauhi sifat taqlid (ikut-ikut orang dalam melaksana ibdah) dan sepatutnya perlu ada guru mursyid/ustaz (pembimbing) yang kita pelajari daripadanya di samping buku yang dibaca dan ceramah yang didengar...
Simulasi Ramadhan bermula dengan amalan-amalan sunat di bulan Rejab dan Sya'ban, amalan yang ada sumber rujukan yang bertaraf soheh dari (Al-Quran dan As-sunnah) sahaja, perlu diingat dan teliti, selidikilah amalan-amalan yang terbiasa kita lakukan, adakah ianya betul-betul dari sumber yang soheh, amalan yang tiada sumber maka ia ditolak bahkan haram untuk diamalkan sama sekali. Islam mengutamakan kualiti sesuatu ibadah yang dilaksanakan, perlu menepati piawaian yang digariskan iaitu ada sumber yang soheh,(niat) keikhlasan hati semasa beramal, dan menepati kriteria rukun-rukunnya.
My Brothers,
I appeal to all of you my brothers and myself to have taqwa or faith in Allah s.w.t. by carrying out all His Commandments and refraining from doing things that He has forbidden. We must also strive truly to stop doing any bad deeds, especially we are now on the eve of the holiest month, the month of Ramadhan.

Next Month, insya Allah, we will be ushering in the month of Ramadhan. Next month the followers of Islam throughout the world will start to fast for a whole month. Next month the followers of Islam will receive various kinds of bounties and blessings from Allah s.w.t. Now there are only a few weeks left for us to make preparations for this holy month.

My brothers,
What do we need to do to prepare ourselves to face this holy month of Ramadhan? Be aware that among the important things we need to prepare ourselves with are that of having the knowledge and preparing our soul or our spiritual self. We need to have the knowledge and once again have reference on what are the important things we need to know to observe during the fast of Ramadhan. Do we know what are the things that will nullify our fast? Do we know what are the things that we are required to do during the month of Ramadhan?

If the answer is no, or we have doubts on what we need to do, we should quickly read up again the books of fiqh concerning the fast of Ramadhan. We should not allow our ignorance to the fiqh of fasting to nullify our fast. If a student needs to study and analyse his lessons before taking his examinations in order to pass in that subject, likewise for us the followers of Islam who will be facing the month of Ramadhan. Therefore to be among those who will be blessed and bestowed by Allah s.w.t in this month of Ramadhan, we need to study and remember again the requirements of fasting in the month of Ramadhan and what are the things that will nullify our fast.

Maybe we know are the things that will nullify our fast. Maybe we are among those who observe the fast diligently. If we are among this group of people, we should be grateful to Allah. However at the same time, we should also remind ourselves on the etiquette of fasting, especially the etiquette with regards to our physical and spiritual self.

My brothers, be aware that many of those who have fasted but they do not get any rewards whatsoever from their fast. On the contrary, they have instead accumulated their sins. Unintentionally, they have carried out bad deeds in this month where Allah forgives the sins of His servants. How could this happen?

This happens when we do not observe the etiquette of fasting. Rasulullah s.a.w. has narrated:
It means: “There are many of those who have fasted, they do not receive any blessings from their fast except that of being hungry and thirsty.”

Therefore, to prevent ourselves from being in such a situation, we need to observe the etiquette of fasting. Fasting does not only mean refraining ourselves from eating and drinking in the daytime of Ramadhan. It is demanded upon us to guard our bodies from doing any bad deeds. We need to guard our eyes from looking at things that are forbidden, like looking at woman’s aurat, looking at things that are forbidden and indecent. Indeed guarding our eyesight is such a great challenge. Today we can see everywhere around us many women exposing their aurat. Not to look at them is something that is rather impossible. Islam has provided guidelines – the unintentional first glance is not a sin. However, if that first glance is prolonged with the intention of admiring that woman’s beauty, or if that first glance is followed with a second glance, this action is forbidden and is sinful. Such action should not take place more so during the month of Ramadhan. Today we are also exposed to many forbidden sights shown on the television, where women are exposing their aurat and performing things that are forbidden. We must also take care regarding such sights. It is not only a sin to look at the exposed aurat of a woman in person, but also those seen on televisions and photos.

My brothers, take this opportunity presented in this month of Ramadhan to give our eyes a rest from seeing sinful things, like how we have given our stomach to have a rest from eating and drinking during the daytime in the month of Ramadhan.

Besides guarding our eyes from seeing forbidden things, we must also ensure that the rest of our body is also guarded from things that are forbidden. We must guard our ears from listening to gossip, slandering remarks, dirty talks and others. We must also guard our mouth from sins, like telling lies, slandering, criticising others, talking bad about others, cursing, swearing or making barbed remarks. Such things can nullified our fast.

My brothers,
Remember that the heart is where Allah s.w.t. looks at, and not at our beautiful clothes or appearance. Therefore we must guard our hearts so that this place that Allah looks at is always pure and beautiful and not dirty and bad. How do we cleanse our hearts? The way is for us to prevent ourselves from committing immorality and guarding our hearts from having forbidden emotions. We guard our hearts from feelings of jealousy among our Muslims brothers, guarding our hearts from suspicions, arrogance, pride, conceit, loftiness and others. When we are able to cleanse our heart from such dirty and bad feelings, we can then decorate it with pure and honourable characteristics.

Honourable characters include being humble, feeling that one has not done enough good deeds, always feeling remorseful and repentance of one’s past sins, always remembering Allah, seeking forgiveness from Allah, etc. These are among the honourable characteristics that we can decorate our hearts with so that Allah will see it as place the pure and beautiful.
My brothers,

Allah s.w.t has stated in surah Al-Baqarah, verse 183:
It means : “O you who believe! Fasting is prescribed for you as it was prescribed for those before you, that you may become Al-Muttaqun (the pious).”

This is the aim of our fasting, that we become pious. And to attain piety, we need to prepare ourselves to face this month of Ramadhan. Remember my brothers, to prepare our physical self we need to read up again on the law and requirements of fasting in the month of Ramadhan as well as guarding every parts of our body from committing immorality. To prepare our spiritual self we have to purify our hearts from any bad or ill feelings. We have to increase our remembrance of Allah, read the Al-Quran and perform other form of good deeds like doing voluntary prayers, giving alms during this holy month of Ramadhan. By doing such, we will be among those who are pious, ameen ya Rabbal álamin.
Your Brothers,
Ahmad Harithah Muhammad Al-Maliyzi
4 Sya'ban 1430H

Wednesday, June 17, 2009

Sifat-Sifat Mahmudah (Terpuji) Vs Sifat-Sifat Mazmumah (Terkeji)

Sifat membawa maksud kelakuan, tindakan, akhlak, aktiviti fizikal dan hati, manakala Mahmudah pula membawa erti sesuatu yang dianggap dan dizahirkan sebagai yang terpuji dan cantik pada pandangan mata dan hati manusia secara fitrah dan estetika. Sebaliknya Mazmumah membawa makna yang terkeji, dibenci, dihina, dimarahi, dipulau dan sebagainya oleh sgenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Penentuan dan pembezaan hakiki kedua-dua sifat tersebut terletak pada naluri dan fitrah manusia yang suci yang berlandaskan Al-quran dan As-sunnah sahaja.
Setiap amalan sifat-sifat mahmudah akan memberi impak dan implikasi yang mahmudah (positif) kepada diri dan persekitaran pelakunya, manakala amalan sifat-sifat mazmumah sudah pasti memberi kesan yang mazmumah (negatif) dan sangat buruk kepada semua.
Sifat-sifat Mahmudah :
1.0 HIKMAH

Berpengetahuan luas dan bijaksana bertindak berlandaskan Al-Quran, Al-Sunnah dan
alam Syahadah' serta dapat memberi alasan yang munasabah dan bukti yang sesuai.

1.1 Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata, mampu membuat pertimbangan,
keputusan dan tindakan dengan cepat dan tepat berlandaskan ilmu naqli dan aqli.

1.2 Celik akal
Pintar, cerdas dan berkemampuan memahami serta manaakul sesuatu dengan cepat dan
tepat.

1.3 Maarifah
Pengetahuan yakin dan pengalaman yang membolehkan sesaorang menjelas dan
mengamalkan prinsip dan asas-asas Islam.

1.4 Bercakap benar
Melahirkan kata-kata yang bernas, betul, dan jitu serta bertepatan dengan prinsip-prinsip
Islam secara berhikmah untuk faedah semua.

1.5 Menegakkan kebenaran
Yakin dan berpegang teguh kepada kebenaran serta sentiasa menegakkan kebenaran
dengan hikmah.

1.6 Kesyukuran
Perasaan, ucapan dan perlakuan yang dilahirkan dengan ikhlas terhadap segala nikmat
kurniaan Allah S.W.T, sabar dan redha menerima ketentuan dan dugaanNya' serta
berterima kasih terhadap sumbangan dan khidmat bakti yang diperolehi.

1.7 Takutkan Allah S.W.T.
Perasaan takut dan kagum akan kehebatan Allah S.W.T. yang mendorong sesaorang
melakukan ketaatan dan meninggalkan larangannya.

1.8 Kerajinan
Usaha berterusan dengan penuh semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan
daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara untuk mencapai kecemerlangan.

1.9 Prihatin
Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat, menyedari masalah masyarakatk dan
sedia berusaha menyelesaikannya.

1.10 Berketerampilan
Mempunyai kemahiran yang menyeluruh dalam berbagai-bagai bidang khasnya
kebolehan berfikir, kemahiran belajar dan merekacipta.

2.0 'ADAALAH

Keadaan di mana sesuatu perkara itu diletakkan di tempatnya yang sebenar mengikut
syariah Islamiah.

2.1 Kasih sayang
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam serta berkekalan, lahir daripada hati
yang rela terhadap sesuatu berteraskan prinsip Islam.

2.2 Silaturrahim
Jalinan persaudaraan menghubungkan kaksih sayang berdasarkan pertalian nasab,
musaharah, keagamaan, kejiranan dan kemanusiaan.

2.3 Berterima kasih
Pengiktirafan, penghargaan dan ganjaran yang diberikan sebagai mengenang dan
membalas sesuatu sumbangan dan jasa.

2.4 Baik pertimbangan
Membuat pertimbangan yang wajar untuk menghasilkan keputusan saksama serta tidak
menimbulkan sebarang penyesalan dan ungkitan.

2.5 Toleransi
Sanggup bertolak ansur, sabar dan dapat mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya
perselisehan dan pertelingkahan.

2.6 Saling bermaafan
Sanggup meminta dan memberi maaf bahkan membalas keburukan dengan kebaikan.

2.7 Bermarwah
Menghiasi diri dengan budipekerti yang mulia melalui tuturkata' tingkah laku, pakaian
dan pergaulan.

2.8 Ibadah
Mengabdikan diri kepada Allah S.W.T dengan cara menjunjung segala perintah dan
menjauhi laranganNya.

2.9 Sensitif kepada kezaliman
Sanggup tampil membela makhluk yang dihina, teraniaya dan dizalimi.

2.10 Kejujuran
Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat yang baik, amanah dan ikhlas tanpa
mengharapkan sebarang balasan.

2.11 Kerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan oleh individu pada peringkat keluarga,
komuniti dan masyarakat untuk menegakkan yang maaruf dan mencegah yang mungkar.

2.12 Semangat bermasyarakat
Kesediaan melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan untuk kepentingan bersama
bagi mewujudkakn keharmonian hidup bermasyarakat.

2.13 Bermuafakat
Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan yang baik.

3.0 IFFAH

Mengawal nafsu daripada perkara-perkara yang haram dan syubhah, supaya ianya
terdidik ke arah melaksanakan perkara-perkara yang ma'arof serta sentiasa tunduk kepada
petunjuk akal dan syarak.

3.1 Malu
Perasaan 'aib, hina dan rendah diri kepada Allah S.W.T., manusia dan diri sendiri kerana
membuat sesuatu yang keji dan dilarang Allah.

3.2 Kesopanan
Bersikap tenang, berbudi bahasa, berbudi pekerti dan bersopan santun dalam pergaulan.

3.3 Tabah
Tenang, tabah, redha dan ikhlas dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan serta
sentiasa berusaha mengatasinya.

3.4 Baik hati
Sentiasa mengambil berat tentang kebajikan orang lain dan memahami perasaan mereka
secara tulus ikhlas dan ihsan.

3.5 Murah hati
Sedia memberi bantuan seca ikhlas dan ihsan kepada mereka yang memerlukan sama ada
dalam bentuk kebendaan dan sokongan moral.

3.6 Kebebasan
Merasa tidak terkongkong melakukan sesuatu dengan penuh tanggungjawab berdasarkan
peraturan syarak, norma masyarakat dan undang-undang negara.

3.7 Qana'ah
Redha dengan ketentuan Allah S.W.T., tenang menghadapi cabaran, sentiasa berusaha,
dan tidak mudah berputus asa.

3.8 Berdisplin
Mengenal diri dengan cara menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang
telah ditentukan tanpa mengira di mana ia berada.

3.9 Daya usaha
Berusaha untuk menyempurnakan diri dengan penuh azam dan semangat inisiatif, keriatif
dan inovatif berlandaskan petunjuk Allah S.W.T.

3.10 Sejahtera
Jiwa yang tenteram dan tenang serta tidak menyakiti orang lain hasil daripada keupayaan
mengawal hawa nafsu.

3.11 Wara'
Menjauhkan diri daripada perkara-perkara syubhah, haram dan beriltizam melakukan
kerja-kerja yang baik.

3.12 Wasatiyah
Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam
pemikirian, peraturan atau perlakuan supaya sesuai dengan agama, norma dan nilai
masyarakat.

3.13 Kebersihan
Menjaga kebersihan rohani, jasmani dan mental serta alam sekitar bagi menjamin
kesejahteraan hidup.
a. Kebersihan diri
Kebersihan diri dan tubuh badan daripada hadas, kekotoran dan najis untuk menjamin
kesejahteraan hidup dan amal ibadat diterima Allah S.W.T.
b. Kebersihan persekitaran
Memelihara alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran.
c. Kebersihan mental
Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam
hubungannya dengan orang lain.
d. Kebersihan rohani
Pemikiran, pertuturan dan perlakuan serta amalan yang bersih dari sebarang kepercayaan
karut dan khurafat terhadap Allah S.W.T.

3.14 Menghargai masa
Mengisi masa secara berfaedah dengan menepati waktu dan menyegerakan sesuatu
tugasan.
a. Menepati waktu
Melakukan sesuatu tepat pada waktunya atau selaras dengan jadual yang ditetapkan.
b. Bijak mengurus masa
Tahu menyusun kerja mengikut keutamaan dan keperluan serta melaksanakannya dengan
cepat dan tepat.

3.15 Dedikasi
Berminat dan rela mengorbankkan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu perkara
yang berfaedah.

4.0 SYAJAAH

Sanggup berjuang dengan penuh kesabaran mempertahankan agama, diri, akal,
keturunan, harta benda, negara, maarwah dengan kekuatan fikiran, harta benda, tenaga
dan jiwa.

4.1 Berjiwa besar
Sentiasa meningkatkan kebolehan diri, berwawasan, sanggup menghadapi resiko dan
bersedia memikul tanggungjawab dengan tabah dan yakin.

4.2 Yakin diri
Kemampuan menghadapi dan menyelesaikan masalah serta boleh menjelaskan prinsip
dan asas-asas dalam perkara yang berkaitan dengan syariat Islam berdasarkan dalil naqli
dan aqli.

4.3 Hemah tinggi
Sentiasa bersedia melakukan segala amalan yang baik dengan penuh iltizam dan ikhlas ke
arah kecemerlangan walaupun terpaksa menghadapi rintangan.

4.4 Tetap pendirian
Meyakini kebenaran dan berpegang teguh kepadanya dalam membuat sebarang
keputusan dan tindakan.

4.5 Istiqamah
Tekal, tepat, tetap dan berterusan dalam mengerjakan sesuatu yang baik.

4.6 Berani mencuba
Berani mencuba dan sanggup melakukan sesuatu yang mencabar dengan penuh kreatif
dan inovatif yang tidak bertentangan dengan syarak.

4.7 Tahan lasak
Mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta semangat juang yang tinggi hasil daripada
yang latihan yang intensif dan sistematik.

4.8 Berdikari
Kesanggupan dan kebolehan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain
selaras dengan peraturan dengan peraturan, undang-undang dan agama.
a. Berupaya bertindak sendiri
Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain.
b. Yakin kepada diri sendiri
Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup bertindak.
c. Nasihat menasihati
Sedia memberi dan menerima nasihat dengan ikhlas dan sabar.

4.9 Berani berjihad
Sentiasa bersedia dan sanggup berjuang untuk mempertahankan agama, negara, keluarga
dan diri serta kehormatan walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa daripada ancamanmusuh dan godaan syaitan

Saturday, May 16, 2009

Muhasabah Diri

Muhasabah berasal dari perkataan arab yang terbentuk dari kata perbuatan haasaba yuhasibu muhasabatan, secara formologi yang membawa makna sama-sama mengira/mengaudit/menilai /menghitung sesuatu kembali.
Bermuhasabah diri membawa makna yang agak mendalam, bukan semua insan dapat kesedaran untuk bermuhasabah, ada yang berasa terlalu asing akan perkataan muhasabah dalam hidupnya, ada juga yang sekali sekala bermuhasabah dan ada juga insan yang tahu tapi tidak pernah mengaplikasikan dalam hidupnya dan yang paling sedih ialah seseoarang yang mengajak orang lain bermuhasabah tetapi dirinya terlalu berat untuk bermuhasabah untuk dirinya sendiri. Jadilah seseorang yang selalu bermuhasabah dan mengajak orang bermuhasabah sama dalam mencari redha Allah di dunai ini dalam apa jua tindak-tanduk kita.
Muhasabah diri dengan erti kata lain ialah recall, menegnal pasti kelemaham diri, meneroka kesilapan dan dosa yang pernah kita buat, mencari titik kegagalan hidup, menegnal pasti sejauh mana kepincangan dan tersasarnya hidup kita dari kehidupan cemerlang yang diredhai Allah Taala. Muhasabah diri lahir dari hati yang penuh keinsafan dan mahu merubah ke arah hidup yang lebih harmoni dan cemerlang selari dengan keredhaan Allah Taala, ingatkah kita akan ayat ini haasibu anfusakum qabla an tuhasibu yang bermaksud (bermuhasabalah (hitunglah) diri kamu sebelum kamu dihitung (di alam akhirat kelak)), apa yang hendak dimaksudkan di sini ialah kita perlu menilai sudah banyak mana pahala dan kebajikan yang telah kita lakukan di dunia ini dan sudah berapa banyak dosa dan kesilapan yang telah kita lakukan sebelum ini dengan umur yang diberi oleh Allah ini. Sedarkah kita akan diri kita, kenapa kita hadir di dunia ini?untuk apa?bagaimana yang sebetulnya dikehendakai Allah taala? apakah betul jalan yang kita pilih sekarang ini? bagaimana untuk kembali ke jalan yang betul yang diredhai Allah?...
Jika persoalan itu dapat kita jawab dengan yakin dan betul berdasarkan sumber Al-quran dan As-sunnah maka alhamdulillah kita berada di jalan yang lurus yang diredhai Allah, tapi jika sebaliknya kita perlu mencari inisiatif agar kita sama-sama berada di jalan yang lurus yang diredahi olehNya. Kesedaran ini perlu sebelum kita memasuki/dimasukkan ke alam kubur dan alam akhirat, di kuburan nanti kita akan disoal oleh Malaikat Munkar dan Nakir akan segala perbuatan kita di dunia dan di Akhirat kelak kita akan dihitung amalan dan dipersoal segala tindak tanduk kita walau ianya sebesar zarah (Firman Allah - paman ya'mal mithqala zarratin khairan yarah wa man ya'mal mithqala zarratin sharran yarah) yang membawa maksud sesiapa yang membuat kebaikan walau sebesar zarah kelak akan diperlihatkan kepadanya dan sesiapa yang memebuat kejahatan walau sebesar zarah pasti akan diperlihatkan kepadanya jua di akhirat kelak . Dan jua jika ia dibuat walau sesaat pasti tidak akan terlepas dari catitan Malaikat Raqib dan Atib dan akan ditayang segala perbuatan baik dan buruk kita di hadapan Allah Az-zawajalla kelak nanti.
Tips-tips untuk bermuhasabah diri :
  • Niat bermuhasabah untuk mencari keredhaan Allah Taala demi membaiki hidup menjadi insan lebih cemerlang dan harmoni selari dengan kehendak Allah Taala sepanjang masa.
  • Wujudkan sifat sensitiviti diri terhadap perbuatan dosa,kemungkaran,maksiat dan haram.
  • Menilai sebanyak mana pahala dan dosa yang telah dilakukan. jangan ingat pahala melebihi dosa yang dibuat, jangan ukit-ukit kebaikan yang telah dibuat sebaliknya selalu mencari kesalahan dan dosa yang telah dibuat untuk kita baiki diri kita dan cuba istighfar (minta Allah ampuni kesalahan tersebut) serta berwaspada terhadapnya pada hari muka
Dari Syadad bin Aus r.a., dari Rasulullah saw., bahwa beliau berkata, ‘Orang yang pandai adalah yang menghisab (mengevaluasi) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah swt. (HR. Imam Turmudzi, ia berkata, ‘Hadits ini adalah hadits hasan’)

Gambaran Umum Hadits

Hadits di atas menggambarkan urgensi muhasabah (evaluasi diri) dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Karena hidup di dunia merupakan rangkaian dari sebuah planing dan misi besar seorang hamba, yaitu menggapai keridhaan Rab-nya. Dan dalam menjalankan misi tersebut, seseorang tentunya harus memiliki visi (ghayah), perencanaan (ahdaf), strategi (takhtith), pelaksanaan (tatbiq) dan evaluasi (muhasabah). Hal terakhir merupakan pembahasan utama yang dijelaskan oleh Rasulullah saw. dalam hadits ini. Bahkan dengan jelas, Rasulullah mengaitkan evaluasi dengan kesuksesan, sedangkan kegagalan dengan mengikuti hawa nafsu dan banyak angan.

Indikasi Kejayaan dan Kegagalan

Hadits di atas dibuka Rasulullah dengan sabdanya, ‘Orang yang pandai (sukses) adalah yang mengevaluasi dirinya serta beramal untuk kehidupan setelah kematiannya.’ Ungkapan sederhana ini sungguh menggambarkan sebuah visi yang harus dimiliki seorang muslim. Sebuah visi yang membentang bahkan menembus dimensi kehidupan dunia, yaitu visi hingga kehidupan setelah kematian.

Seorang muslim tidak seharusnya hanya berwawasan sempit dan terbatas, sekedar pemenuhan keinginan untuk jangka waktu sesaat. Namun lebih dari itu, seorang muslim harus memiliki visi dan planing untuk kehidupannya yang lebih kekal abadi. Karena orang sukses adalah yang mampu mengatur keinginan singkatnya demi keinginan jangka panjangnya. Orang bertakwa adalah yang ‘rela’ mengorbankan keinginan duniawinya, demi tujuan yang lebih mulia, ‘kebahagian kehidupan ukhrawi.’

Dalam Al-Qur’an, Allah swt. seringkali mengingatkan hamba-hamba-Nya mengenai visi besar ini, di antaranya adalah dalam QS. Al-Hasyr (59): 18–19.

Muhasabah atau evaluasi atas visi inilah yang digambarkan oleh Rasulullah saw. sebagai kunci pertama dari kesuksesan. Selain itu, Rasulullah saw. juga menjelaskan kunci kesuksesan yang kedua, yaitu action after evaluation. Artinya setelah evaluasi harus ada aksi perbaikan. Dan hal ini diisyaratkan oleh Rasulullah saw. dengan sabdanya dalam hadits di atas dengan ’dan beramal untuk kehidupan sesudah kematian.’ Potongan hadits yang terakhir ini diungkapkan Rasulullah saw. langsung setelah penjelasan tentang muhasabah. Karena muhasabah juga tidak akan berarti apa-apa tanpa adanya tindak lanjut atau perbaikan.

Terdapat hal menarik yang tersirat dari hadits di atas, khususnya dalam penjelasan Rasulullah saw. mengenai kesuksesan. Orang yang pandai senantiasa evaluasi terhadap amalnya, serta beramal untuk kehidupan jangka panjangnya yaitu kehidupan akhirat. Dan evaluasi tersebut dilakukan untuk kepentingan dirinya, dalam rangka peningkatan kepribadiannya sendiri.

Sementara kebalikannya, aitu kegagalan. Disebut oleh Rasulullah saw, dengan ‘orang yang lemah’, memiliki dua ciri mendasar yaitu orang yang mengikuti hawa nafsunya, membiarkan hidupnya tidak memiliki visi, tidak memiliki planing, tidak ada action dari planingnya, terlebih-lebih memuhasabahi perjalanan hidupnya. Sedangkan yang kedua adalah memiliki banyak angan-angan dan khayalan, ’berangan-angan terhadap Allah.’ Maksudnya, adalah sebagaimana dikemukakan oleh Imam Al-Mubarakfuri dalam Tuhfatul Ahwadzi, sebagai berikut: Dia (orang yang lemah), bersamaan dengan lemahnya ketaatannya kepada Allah dan selalu mengikuti hawa nafsunya, tidak pernah meminta ampunan kepada Allah, bahkan selalu berangan-angan bahwa Allah akan mengampuni dosa-dosanya.

Urgensi Muhasabah

Imam Turmudzi setelah meriwayatkan hadits di atas, juga meriwayatkan ungkapan Umar bin Khattab dan juga ungkapan Maimun bin Mihran mengenai urgensi dari muhasabah.

1. Mengenai muhasabah, Umar r.a. mengemukakan:

‘Hisablah (evaluasilah) diri kalian sebelum kalian dihisab, dan berhiaslah (bersiaplah) kalian untuk hari aradh akbar (yaumul hisab). Dan bahwasanya hisab itu akan menjadi ringan pada hari kiamat bagi orang yang menghisab (evaluasi) dirinya di dunia.

Sebagai sahabat yang dikenal ‘kritis’ dan visioner, Umar memahami benar urgensi dari evaluasi ini. Pada kalimat terakhir pada ungkapan di atas, Umar mengatakan bahwa orang yang biasa mengevaluasi dirinya akan meringankan hisabnya di yaumul akhir kelak. Umar paham bahwa setiap insan akan dihisab, maka iapun memerintahkan agar kita menghisab diri kita sebelum mendapatkan hisab dari Allah swt.

2. Sementara Maimun bin Mihran r.a. mengatakan:

‘Seorang hamba tidak dikatakan bertakwa hingga ia menghisab dirinya sebagaimana dihisab pengikutnya dari mana makanan dan pakaiannya’.

Maimun bin Mihran merupakan seorang tabiin yang cukup masyhur. Beliau wafat pada tahun 117 H. Beliaupun sangat memahami urgensi muhasabah, sehingga beliau mengaitkan muhasabah dengan ketakwaan. Seseorang tidak dikatakan bertakwa, hingga menghisab (mengevaluasi) dirinya sendiri. Karena beliau melihat salah satu ciri orang yang bertakwa adalah orang yang senantiasa mengevaluasi amal-amalnya. Dan orang yang bertakwa, pastilah memiliki visi, yaitu untuk mendapatkan ridha Ilahi.

3. Urgensi lain dari muhasabah adalah karena setiap orang kelak pada hari akhir akan datang menghadap Allah swt. dengan kondisi sendiri-sendiri untuk mempertanggung jawabkan segala amal perbuatannya. Allah swt. menjelaskan dalam Al-Qur’an: “Dan tiap-tiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri.” [QS. Maryam (19): 95, Al-Anbiya’ (21): 1].

Aspek-Aspek Yang Perlu Dimuhasabahi

Terdapat beberapa aspek yang perlu dimuhasabahi oleh setiap muslim, agar ia menjadi orang yang pandai dan sukses.

1.Aspek Ibadah

Pertama kali yang harus dievaluasi setiap muslim adalah aspek ibadah. Karena ibadah merupakan tujuan utama diciptakannya manusia di muka bumi ini. [QS. Adz-Dzaariyaat (51): 56]

2. Aspek Pekerjaan & Perolehan Rizki

Aspek kedua ini sering kali dianggap remeh, atau bahkan ditinggalkan dan ditakpedulikan oleh kebanyakan kaum muslimin. Karena sebagian menganggap bahwa aspek ini adalah urusan duniawi yang tidak memberikan pengaruh pada aspek ukhrawinya. Sementara dalam sebuah hadits, Rasulullah saw. bersabda:

Dari Ibnu Mas’ud ra dari Nabi Muhammad saw. bahwa beliau bersabda, ‘Tidak akan bergerak tapak kaki ibnu Adam pada hari kiamat, hingga ia ditanya tentang 5 perkara; umurnya untuk apa dihabiskannya, masa mudanya, kemana dipergunakannya, hartanya darimana ia memperolehnya dan ke mana dibelanjakannya, dan ilmunya sejauh mana pengamalannya.’ (HR. Turmudzi)

3.Aspek Kehidupan Sosial Keislaman

Aspek yang tidak kalah penting untuk dievaluasi adalah aspek kehidupan sosial, dalam artian hubungan muamalah, akhlak dan adab dengan sesama manusia. Karena kenyataannya aspek ini juga sangat penting, sebagaimana yang digambarkan Rasulullah saw. dalam sebuah hadits:

Dari Abu Hurairah ra, bahwa Rasulullah saw. bersabda, ‘Tahukah kalian siapakah orang yang bangkrup itu?’ Sahabat menjawab, ‘Orang yang bangkrut diantara kami adalah orang yang tidak memiliki dirham dan tidak memiliki perhiasan.’ Rasulullah saw. bersabda, ‘Orang yang bangkrup dari umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan (pahala) shalat, puasa dan zakat, namun ia juga datang dengan membawa (dosa) menuduh, mencela, memakan harta orang lain, memukul (mengintimidasi) orang lain. Maka orang-orang tersebut diberikan pahala kebaikan-kebaikan dirinya. Hingga manakala pahala kebaikannya telah habis, sebelum tertunaikan kewajibannya, diambillah dosa-dosa mereka dan dicampakkan pada dirinya, lalu dia pun dicampakkan ke dalam api neraka. (HR. Muslim)

Melalaikan aspek ini, dapat menjadi orang yang muflis sebagaimana digambarkan Rasulullah saw. dalam hadits di atas. Datang ke akhirat dengan membawa pahala amal ibadah yang begitu banyak, namun bersamaan dengan itu, ia juga datang ke akhirat dengan membawa dosa yang terkait dengan interaksinya yang negatif terhadap orang lain; mencaci, mencela, menuduh, memfitnah, memakan harta tetangganya, mengintimidasi dsb. Sehingga pahala kebaikannya habis untuk menutupi keburukannya. Bahkan karena kebaikannya tidak cukup untuk menutupi keburukannya tersebut, maka dosa-dosa orang-orang yang dizaliminya tersebut dicampakkan pada dirinya. Hingga jadilah ia tidak memiliki apa-apa, selain hanya dosa dan dosa, akibat tidak memperhatikan aspek ini. Na’udzubillah min dzalik.

4. Aspek Dakwah

Aspek ini sesungguhnya sangat luas untuk dibicarakan. Karena menyangkut dakwah dalam segala aspek; sosial, politik, ekonomi, dan juga substansi dari da’wah itu sendiri mengajak orang pada kebersihan jiwa, akhlaqul karimah, memakmurkan masjid, menyempurnakan ibadah, mengklimakskan kepasrahan abadi pada ilahi, banyak istighfar dan taubat dsb.

Tetapi yang cukup urgens dan sangat substansial pada evaluasi aspek dakwah ini yang perlu dievaluasi adalah, sudah sejauh mana pihak lain baik dalam skala fardi maupun jama’i, merasakan manisnya dan manfaat dari dakwah yang telah sekian lama dilakukan? Jangan sampai sebuah ‘jamaah’ dakwah kehilangan pekerjaannya yang sangat substansial, yaitu dakwah itu sendiri.

Evaluasi pada bidang dakwah ini jika dijabarkan, juga akan menjadi lebih luas. Seperti evaluasi dakwah dalam bidang tarbiyah dan kaderisasi, evaluasi dakwah dalam bidang dakwah ‘ammah, evaluasi dakwah dalam bidang siyasi, evaluasi dakwah dalam bidang iqtishadi, dsb?Pada intinya, dakwah harus dievaluasi, agar harakah dakwah tidak hanya menjadi simbol yang substansinya telah beralih pada sektor lain yang jauh dari nilai-nilai dakwah itu sendiri. Mudah – mudahan ayat ini menjadi bahan evaluasi bagi dakwah yang sama-sama kita lakukan: Katakanlah: “Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik”. [QS. Yusuf (12): 108

Akhukum Fillah Ahmad Harithah Muhammad Al-Maliyzi

Malaysia.


Sunday, April 12, 2009

Tips-Tips Untuk Cemerlang Dalam Peperiksaan

Peperiksaan ibarat sebuah medan peperangan untuk menguji kemampuan, strategi, ilmu pengetahuan dan ketangkasan yang dimiliki oleh seseorang calon. Ianya juga menjadi kayu pengukur kepada kecemerlangan seseorang dalam bidang akademik yang diceburinya, tidak kira di peringkat rendah mahupun universiti, hatta dalam alam kerjaya juga diwujudkan PTK (Penilian Tahap Kecekapan) sebagai tanda aras untuk kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan. Di sini penulis ingin kongsikan tips-tips untuk cemerlang dalam peperiksaan, dengan harapan agar ia menjadi pedoman dan panduan untuk semua Insya Allah :-
Sebelum Peperiksaan :
  • Betulkan niat (islah wattajdid), menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah.
  • Kenali (ta'yiin) kehendak peperiksaan dan dapatkan gambaran format kertas peperiksaan yang akan diduduki secara tepat dan spesifik. (sama ada ia berbentuk subjektif atau objektif, bilangan soalan, variasi soalan, bentuk-bentuk soalan (struktur, isi tempat kosong, atau sebagainya) yang akan dikemukakan nanti.
  • Kelaskan (taqsiim) peperiksaan berdasarkan kesusahan soalan yang akan dikemukakan.
  • Sebaik-baiknya buat perancangan ulangkaji strategik (Jadual mutala'ah dan muraja'ah) sepanjang sesi pengajian dan penekanan dan fokus terhadap subjek dalam lingkungan sebulan atau tiga minggu sebelum exan bermula.
  • Setkan (tathbit) markah atau CGPA untuk sesuatu subjek yang hendak dicapai, letakkan markah setinggi yang boleh untuk semua subjek sebagai pendorong, contoh ; A untuk semua subjek/ CGP 4.0 untuk subjek2 di Universiti.
  • Lakar (ilhaq) matlamat yang hendak dicapai cantik-cantik dan tampal di hadapan meja study atau di tempat tidur agar diri kita terkesan untuk mencapainya. Contoh keputusan A dalam semua subjek dalam STPM 2009.
  • Bina komuniti (ijma' wattabaadul) strategik untuk perkongsian pintar. Contoh, study group untuk subjek-subjek kritikal dengan sahabat-sahabat yang mantap dalam subjek tersebut, berkawan dengan mereka yang hero dalam sesuatu subjek dengan niat untuk tuntut ilmu darinya dan selalu merujuk kepadanya, berkongsi dan bertukar-tukar nota dan soalan dengan student dari sekolah, instutusi, universiti lain.
  • Ajar (ta'lum) kawan-kawan yang memerlukan pertolongan kita untuk memahamkan mereka, jangan pandai sorang-sorang jangan kedekut ilmu, melalui method ajar orang lain akan membuatkan kita berlipat kali ganda mudah ingat dari membaca disamping dikurniakan ganjaran yang besar di sisi Allah Taala.
  • Membiasakan diri merujuk kepada guru/pensyarah (murshid) jika tidak begitu faham dalam sesuatu subjek yang diajari sama ada direct dalam kelas atau selepas waktu pembelajaran. Dengan bertanya sebenarnya akan membuatkan kita lebih rapat dengan guru, dikenali dan diberi kepercayaan oleh mereka.
  • Kumpulkan sebanyak yang boleh contoh-contoh soalan yang lepas-lepas untuk dibuat analisis dan latih tubi, minta dari senior-senior atau cari di Bank Soalan Sekolah/Universiti, pada kebiasannya soalan tidak lari dari 5 tahun kebelakang (pengalam penulis) jika format tidak berubah. Perhatikan rentak (bentuk) soalan yang dibuat guru/pensyarah dan tackle cara nak menjawabnya.
  • Bersihkan diri dari sifat buruk sangka, merendah-rendahkan orang, membesarkan diri, takabbur, sam'ah, ujub, riak, bermusuh-musuhan, menderhakai ibubapa atau guru.
  • Jaga solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna, amalkan wirid-wirid yang ma'thur (dari hadis yang sahih dan Al-Quran iaitu yang pernah diamalkan oleh Rasulullah atau diajar oleh Baginda sahaja) selepas solat agar disucikan dan dikuatkan jiwa menghadapi hari-hari peperiksaan nanti.
  • Pastikan FERI (Fizikal, Emosi, Rohani, Intelek) dalam keadaan seimbang dan cukup stabil sepanjang membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Usah biarkan ia tergangu kerana akan memberi impak negatif kepada mutu menjawab peperiksaan nanti.
  • Minta ibu dan ayah doakan kejayaan kita selalu di samping kita bermunajat kepada Allah dalam sujud ketika solat di sepertiga malam.
  • Kenalpasti kelemahan kita dalam sesuatu subjek dan minta ulasan dari guru/pensyarah bagaimana untuk meningkatkan pencapaian kita dalam subjek tersebut. Seterusnya buat perancangan strategik untuk membaiki kelemahan yang ada agar terus meningkat setanding dengan orang lain. Berkorbanlah masa dan wang demi pelaburan masa hadapan.
  • Pastikan kita mencintai kesemua subjek yang kita ambil, kalau ada yang tidak berapa kita minat atau susah, paksakan diri sukakan subjek tersebut kerana ianya satu amanah ilmiah bukan hiburan, learning is fun, cuma cari pendekatan yang membuatkan kita tertarik dan minat untuk mendalami subjek tersebut, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Monday, March 23, 2009

Menempa Kegemilangan Diri

Menempa dan memahat kegemilangan diri bermula dari keazaman dan iltizam yang teguh untuk mengapai sesuatu cita-cita. Tiada halangan yang membentengi dirinya sama ada dari sudut minda,mental dan fizikal. Halangan yang wujud dianggap cabaran, masalah yang menimpa dianggap peluang terbaik, kekurangan ditukar kepada ujian kemampuan, kesusahan ditakrif sebagai keseronokan dalam perjuangan, keperitan baginya adalah kenangan dan pengalaman. Tiada yang mustahil dalam mencari sesuatu kejayaan, yang ada hanya mahu atau tidak, kerana hendak seribu daya tak nak seribu alasan. Untuk berjaya sebenarnya kita perlu : tiada alasan, tiada kata-kata mengalah, tiada persepsi negatif, tiada lemah semangat, tiada malas mencuba, tiada jiwa penakut, ini kerana belum cuba belum tahu dan lebih baik gagal daripada tidak mencuba langsung, kerana dengan kegagalan membuatkan diri kita tahu akan selok belok untuk mengapai sesuatu kejayaan melalui jalan pintas.

Gagal tidak semestinya gagal selama-lamanya. Bagi penulis, kegagalan hakiki ialah gagalnya diri kita memasuki syurga ilahi, adapun kegagalan di dunia ini hanya kegagalan yang bersifat sementara dan boleh ditebus balik, kita boleh cuba untuk kali kedua atau sebanyak yang kita mahu dalam apa jua bidang sama ada pelajaran, kerjaya, kewangan dan sebagainya, ini kerana kita punya alternatif dan inovasi, tetapi apabila di akhirat kelak sudah tiada jalan pulang dan alternatif lagi, banyak dosa ke neraka dan banyak pahala ke syurga itulah hitam putihnya.

Jangan jadikan kegagalan yang lalu penghalang diri kita untuk terus berjaya dan maju untuk masa-masa hadapan, biarlah kegagalan lalu dijadikan iktibar dan sempadan diri. kegagalan membuatkan kita lebih tabah dan matang, ini kerana orang yang berjaya ialah orang yang bangkit semula selepas kegagalannya dan terus berlari walau rebah seribu kali kerana akhirnya dia akan sampai jua di garisan penamat kecemerlangannya. Orang yang pernah gagal akan lebih menghargai kejayaanya dari mereka yang berterusan berjaya tanpa merasai apa-apa kegagalan. Tokoh-tokoh terbilang di dunia lahir dari mereka yang sering gagal dan dihampari dengan beratus-ratus halangan dalam bidang mereka tetapi hebatnya mereka sampai menempa kegemilangan ini kerana dalam jiwa mereka tiada istilah kegagalan dan putus asa dalam mencuba dan memcapai kecemerlangan. Kegagalan yang mereka alami dianggap sebagai pembantu dan kayu pengukur untuk terus berjaya. Ini kerana dalam kegagalan tersebut ada pembayang kepada jawapan kejayaan.

Kemampuan diri kita boleh menjangkaui apa yang kita tangapi sekiranya kita keluar dari kotak pemikiran yang menjumud dan membatasi diri kita, kemampuan ini terhasil dari kesedaran dalaman kita, kesedaran boleh didapati melalui 3 pancaindera utama iaitu pendengaran, penglihatan dan lisan. Ketiga-tiga elemen ini boleh dijadikan mekanisme kepada pembentukan kesedaran dalaman. Secara praktikalnya, elemen pendengaran boleh digunakan untuk mendengar kata-kata semangat, ceramah-ceramah motivasi, diskusi ilmiah dan perbincangan dua hala yang akan membentuk kesedaran dalaman kita. Elemen penglihatan secara praktikalitinya kita gunakan untuk melihat (observation) alam sekeliling yang akan memberi kesan kepada diri kita, melalui penglihatan, ia akan membentuk keinsafan dan daya usaha dalam diri kita, sebagai contoh yang mudah ialah dengan melihat gambar kejayaan adik Nik Nur Madihah memeperolehi 20A dalam SPM 2008 dari keluarga nelayan yang rumahnya yang usang ini akan mewujudkan keinsafan dan kesedaran dalaman kepada pelajar-pelajar lain untuk terus menempa kejayaan dalam pelajaran mereka, kerana kemiskinan bukanlah penghalang dan alasan untuk cemerlang. Pengahalang sebenarnya ialah diri kita sendiri, oleh itu berhati-hatilah dengan diri sendiri.

Seterusnya, elemen penglihatan boleh juga di adaptasi melalui mekanisme pembacaan bahan-bahan yang bersifat informatif dan motivasi, melalui hasil pembacaan kita akan terkesan dan menguatkan lagi daya dalaman untuk terus berusaha mengapai kejayaan. Sebagai contoh realistik, pembacaan terhadap kisah-kisah kejayaan, kata-kata hikmat, riwayat tokoh-tokoh terbilang ini pastinya akan melahirkan kesedaran dalaman yang akan memandu kita ke arah kejayaan yang diidam-idamkan. Melalui pembacaan boleh menghasilkan kuasa terapi yang amat mujarab kepada ketenangan jiwa dan pembentukan semangat yang berkobar-kobar untuk berjaya. Ajaibnya buku sehingga boleh membuatkan orang rasa sedih, menangis, ketawa, bersemangat,informatif dan tenang kerana dek kuasa tulisan yang menyusup masuk ke dalam hati nurani pembaca. Dari situ, jadikan medium pembacaan sebagai pemangkin ke arah kesedaran dalaman yang akan membawa anda ke puncak kejayaan.

Selain itu, elemen lisan adalah pembantu perantaran kepada elemen pendengaran, ianya saling perlu memerlukan. Pendengaran lebih bersifat menerima dan lisan bersifat memberi. Kesedaran dalaman kita akan lebih bermakna jika sekiranya diterjemah ke dalam bentuk lisan sebagai perkongsian bestari. Itulah medium ilmu yang perlu dikongsi bersama sebagai survival kejayaan kita untuk masa-masa hadapan, melalui elemen lisan akan membantu kita merasa lebih amanah untuk merealitikan cita-cita. Dengan mekanisme lisan juga akan membentuk diri menjadi seorang yang lebih komited, sebab itulah apabila kita hajatkan sesuatu impian perlu kita luahkan dengan kata-kata iaitu dengan berdoa kepada Allah atau ikrar dalam melaksanakan sesuatu. Sebagai contoh terkini, berdoa kepada Allah Taala akan membentuk keazaman untuk mencapai sesuatu kejayaan dan membaca dan mentadabbur Al-Quran sebagai sumber kekuatan rohani dan ketenangan jiwa, Lafaz taat setia akan menghasilkan kesan semangat yang jitu untuk bertindak seperti Ikrar Satria yang diamalkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Jelaslah bahawa lisan adalah elemen penting dalam pembentukan kesedaran dalaman. Ingatlah kata-kata ini, lidah lebih tajam dari mata pedang.

Hasil gabungan ketiga-tiga elemen pancaindera ini akan membentuk kesedaran dalaman (booster) yang sangat hebat melalui proses taakulan minda. Taakulan minda akan tepat dan betul selagi ianya selari dan betunjangkan kepada Al-quran dan as-sunnah. Sebaliknya akan sesat dan menyesatkan jika tersimpang jauh dari landasan sumber wahyu dari ilahi tersebut. Taakulan minda akan menerima proksi syaitan dan nafsu jika menjarakkan diri menerima panduan dari Al-quran dan As-sunnah. Taakulan minda yang menerima tarbiyyah islamiyyah akan melahirkan kesedaran dalaman dan jiwa yang bersifat rabbaniyyah (rasa diperhati dan diawasi Allah Taala) dan seterusnya membentuk tindakan yang bersifat pragmatik dan islamik dalam memacu diri menuju ke puncak kejayaan dalam apa jua bidang yang kita ceburi.


Brother Ahmad Harithah Ibnu Muhammad Al-Maliyzi
24 mac 2009 /25 Rabiul awwal 1430 H
Tuesday, 11.12 a.m.

Saturday, March 14, 2009

Keajaiban Doa

Doa adalah senjata orang mukmin...dengan berdoa sebenarnya kita menetapkan matlamat untuk dicapai. Dengan penetapan matlamat tersebut kita merancang untuk berjaya, ingatlah bahawa gagal untuk merancang bermakna merancang untuk gagal, oleh itu dengan mekanisme berdoa kita sebenarnya merancang untuk berjaya atau mencapai sesuatu matlamat, dengan menterjemahkan keinginan dan matlamat tersebut dengan kata-kata agar lebih komited untuk mencapainya, luahan pemintaan ini disertakan dengan harapan yang tinggi kepada Allah azzawajalla dengan unsur tawakkal.Hebatnya doa adalah kerana mengabung jalinkan permintaan insan dengan sandaran tawakkal kepada Allah Yang Maha Esa....ia berbeza dengan dengan penetapan matlamat, visi, misi, cita-cita, keinginan, kemahuan, dambaan yang bersifat sekular kerana dengan berdoa itu sendiri merangkumi kesemua elemen tersebut dan ditambah lagi dengan ciri-ciri rabbaniyyah iaitu sandaran harapan dan tawakkal kepada Allah Taala serta memuji kekuasaaNya ke atas termakbulnya doa tersebut...

Allah Taala amat menyukai hamba-hambaNya yang sering berdoa kepadaNya, Allah amat menyukai mereka kerana mereka memperakui Keagungan Allah Taala dan merendahkan diri kepada Allah Taala selaku tuhan yang Maha berkuasa untuk memperkenan segala permintaan. Selangkah kita menuju kepada Allah, seribu langkah Allah menghampiri kita. Tapi, berapa ramaikah di antara kita yang selalu berdoa kepadaNya dalam segenap lapangan hidup. Kita diajar doa sejak dari kecil dalam setiap tindak tanduk, tapi apabila kita sudah dewasa amalan tersebut menjadi suatu yang asing dalam hidup. Alangkah baiknya jika kita kembali kepada amalan mulia tersebut demi mendidik diri dan jiwa menjadi insan yang bertaqwa. Dengan doa kita menjadi semakin dekat dengan Allah dan terhindar dari hasutan nafsu dan syaitan durjana. Bila berdoa perlulah menghayati makna doa tersebut agar semakin bertambah iman di dada.

Berdoa melambangkan pekerti hidup yang mulia. Tidak dapat diterima akal jika seseorang itu berdoa untuk melakukan maksiat, bahkan dengan doa tersebut akan menghalang seseorang melakukan maksiat kerana fitrah insan menterjemah apa yang baik dan buruk, dan doa itu sendiri untuk benda-benda yang baik. Apabila kita membiasakan diri dengan berdoa ini bermakna kita membentuk karakter hidup kita menjadi soleh/solehah, ini adalah salah satu method hijrah ke arah kehidupan yang lebih baik dan diredhai Allah Taala. Doa boleh menjadi terapi minda dan perasaan yang sungguh efektif dan efisien keranan dengan berdoa kita meluahkan segala permasalahan kepada yang berhak untuk mendengarnya dan yang mampu selesiakan segala permasalahan tersebut iaitu Allah subhanahu wataala. Bila kita mengadu kepada manusia kita pasti akan rasa kecewa kerana mungkin diabai atau tidak diendahkan, tapi sebaliknya apabila kita mengadu (bermunajat/berdoa) kepada Allah ini akan mendekatkan kita kepadaNya dan diselesaikan segala permasalahan hidup kita kerna Allah lah yang mengatur segala perjalanan hidup kita, Dia bisa sahaja mengatur kembali apa yang terjadi kepada kita.

Perlu diambil perhatian di sini, bila kita berdoa gunakanlah doa-doa mathur iaitu doa-doa yang pernah diajar oleh Rasulullah kepada para sahabat ini kerana doa tersebut mustajab di samping doa-doa peribadi (permintaan) yang kita panjatkan kepada Allah Taala. Doa-doa tersebut boleh didapati dari buku-buku doa yang di ambil sumbernya dari kitab-kitab hadith yang soheh (bukhari, muslim dan sebagainya) ataupun doa-doa dari Al-quran yang pernah Rasulullah s.a.w dan para Nabi Allah amalkan dalam hidup baginda. Moga sama-sama kita budayakan hidup kita dengan berdoa agar dipermudahkan jalan mengapai kecemerlangan dalam hidup ini, insya Allah..

Adab-adab berdoa :

  1. ikhlas : Perasaan ini tidak boleh orang lain yang menilai ia perlu kita sendiri yang mengetahui akan keikhlasan kita dalam berdoa.
  2. Hendaklah dimulakan dengan memuji Allah Taala (memuji dan bersyukur kepada Allah Taala) kemudian berselawatlah ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Ditamatkan dengan memuji Allah Taala dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  3. Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan yakin dengan jawapan (Yakin Allah akan makbulkan permohonan kita).
  4. Berdoa dalam keadaan tidak tergopoh-gapah/tergesa-gesa atau kelam-kabut (jangan terlalu cepat hingga tidak tahu apa yang disebut).
  5. Hati kita hadir/hati kita hidup, bukan dalam keadaan hati kita lalai.
  6. Berdoa dalam waktu kita senang dan susah, bukan hanya di waktu susah sahaja, perlu dibuat secara konsisten (berterusan) /istiqamah, barulah kita rasa redha dengan apa yang bakal terjadi.
  7. Tidak meminta kecuali kepada Allah Taala sahaja/ perlu direct kepada Allah, tiada perantaraan (tawassul melalui orang lain), meminta/mengadu hanya kepada Allah sahaja.
  8. Merendah-rendahkan suara ketika berdoa (antara dengar dan tidak) jangan meninggikan suara seolah-olah kita memaksa, lembutkan suara (kerana kita dalam majlis istiadat raja segala raja iaitu Allah Yang Maha Agung).
  9. Mengakui dosa yang telah kita lakukan kepada Allah Taala dan memohon keampunan dari Allah Taala, mengakui nikmat-nikmat Allah yang telah kita perolehi dan rasa syukur dengan telah diberi tersebut kepada kita.
  10. Tidak melampau-lampau dalam doa sehingga bunyi macam bersajak/berpuisi dalam doa.
  11. Merendahkan diri serta khusyuk ketika berdoa, hadirkan rasa khauf warraja' (takut dan mengharap kepada Allah), Kalu boleh biar sampai keluar air mata bila berdoa kepada Allah Taala.
  12. Ulangi doa sebanyak yang kita mahu, 3 kali atau lebih serta hadapkan diri kita ke arah qiblat jika terdaya.
  13. Berdoa tidak semestinya menadah tangan, tidak salah kalau tidak menadah tangan cukup hanya dengan melafazkan doa-doa dengan mengikut aturan dan susunanya, dan dibolehkan juga menadah tangan lambang pengharapan kita kepada Allah Taala tapi perlu merujuk kepada sunnah Rasulullah,bila Rasululullah menadah tangan masa berdoa dan bila tidak perlu menadah tangan, jika menadah tangan bagaimana cara Rasulullah menadahnya, jangan pandai-pandai mereka-reka dalam sudut ibadah.
  14. Sebaiknya berdoa dalam keadaan kita ada wudhuk.
  15. Janganlah doa kita membawa maksud kepada kejahatan dan permusuhan antara sesama muslim, elakkan doa yang membawa kepada persengketaan tapi sebaliknya menjurus kepada perdamaian dan keharmonian.
  16. Berdoa dengan memuji-muji nama-nama dan sifat-sifat Allah seperti Ya Rahman, Ya Rahim, Ya latif, Ya hannan ya mannan, Ya Wahhab dan sebagainya.
  17. Jauhkan diri dari segala dosa dan maksiat agar diri kita suci dan dipermudahkan termakbulnya doa kita. Istighfar di atas segala dosa dan kesalahan sebelum berdoa kepada Allah Taala.
  18. Jangan lupa doakan Umat Islam diampunkan Allah dan diberi pertolongan dalam mendaulatkan Islam di muka bumi Allah ini.
Doa kita tidak termakbul mungkin kerana :
  • Kita mengenali Allah tetapi kita tidak menunaikan hakNya
  • Kita kata kita cintakan Rasulullah tetapi kita meninggalkan sunnah baginda.
  • kita telah membaca Al-quran tetapi kita tidak beramal dengannya.
  • Kita telah rasakan nikmat-nikmat Allah tetapi kita tidak bersyukur kepadaNya.
  • Kita telah berkata syaitan itu musush kita tetapi kita tidak menentangnya
  • Kita kata syurga itu benar tetapi kita tidak beramal untuknya.
  • Kita kata neraka itu benar tetapi kita tidak lari daripadanya.
  • kita katamati itu benar tetapi kita tidak bersedia menghadapinya.
  • Kita bangkit dari tidur lalu kita katakan banyak keaiban manusia tetapi kita lupa keaiaban diri kita sendiri.
  • Kita kebumikan mayat saudara-saudara kita tetapi kita tidak mengambil iktibar dari mereka.