Manusia Luar Biasa
Manusia luar biasa jarang ada
Mungkin 10 juta seorang, itu pun kalau ada
Siapa manusia luar biasa?!
Apabila kena uji dia sabar dan tenang,
jika dapat nikmat tidak terlonjak-lonjak kerana riang
Jika orang caci dia, dia diam, kalau orang puji dia tidak senang
Melihat orang susah, susah pula hatinya, dia cuba membantunya
Melihat orang membuat kemungkaran dia rasa kasihan,
dia mendoakan hidayah untuknya
Kalau orang meminta kepadanya jarang dia kecewakan,
adakala dia berhutang untuk orang
Kekayaannya merata orang dapat merasa, ertinya tidak makan seorang
Kalau ada orang membawa berita baik atau buruk
tidak mudah menerimanya
kecuali setelah disiasatnya
Orang yang membuat jahat kepadanya dia boleh membuat baik kepadanya
Kesenangan orang kesenangannya, kesusahan orang kesusahannya
Sangat simpati dengan orang, peri kemanusiaannya bukan kepalang
Tidak pernah menghina dan mencaci orang, kecuali kalau sudah dibolehkan
Hasad dengki tidak ada di dalam ingatannya, apatah lagi berdendam
Sentiasa berlapang dada dengan kerenah orang
Mudah bertolak ansur di dalam berkawan demi keamanan dan kedamaian
Mudah memberi maaf, apatah lagi meminta maaf
Berkawan setia, kepentingan kawan sangat dijaga, bahkan keluarganya juga
Tidak suka menghina orang apatah lagi mencederakannya
Suka diziarahi dan menziarahi
Tidak suka mengangkat dan memuji diri
Cakapnya bersukat itu pun yang memberi manfaat
Suka menghormati orang,
orang bercakap menumpukan pendengarannya
Malunya sangat ketara, tawadhuknya jadi budaya,
tawakkalnya pegangan hidupnya
Inilah dia di antara sifat dan sikap orang yang luar biasa
Inilah dia orang yang cemerlang di dalam kehidupannya
AHMAD HARITHAH AL-MALIYZI

No comments:
Post a Comment