Monday, January 19, 2009

Lestarikan Cita-Cita Kita


Melestarikan cita-cita membawa maksud memastikan kelangsungan dan kesinambungan harapan, matlamat, visi, objektif, hajat dan berjaya mencapainya dengan cemerlang dalam kehidupan seharian kita.

Cita-cita mungkin terbina dan terdetik ketika masih kecil lagi, sering diajar ibu ayah dan guru dengan teknik mengemukakan soalan biasa iaitu apa cita-cita anda? kemudian diberi pilihan guru, doktor, polis dan sebagainya, hendak memudahkan cara kita jawab sahaja tanpa mengetahui apakah bendanya tu, terkadang diajar jawapannya dengan kelebihannya sekali seperti kalu jadi pilot nanti boleh naik kapal terbang tiap-tiap hari boleh pergi melancong jauh-juah..saban hari kita masih kekal dengan jawapan yang diajukan guru atau kawan-kawan, setiap guru baru yang ajar kita itulah soalan yang sering ditanya...dengan tujuan dan matlamat agar kita tetapkan matlamat dan cita-cita serta berusaha ke arah itu suatu hari nanti, dalam mengahrungi liku-liku kehidupan, cita-cita kita semakin tergugat dek terjahan hasutan minda dan observasi realiti cita-cita tersebut...

Cita-cita yang dilafazkan kita sejak dibangku sekolah itu selalunya akan terpadam dari memori kerana sebab-sebab yang mudah iaitu cita-cita itu tidak ditulis dan tidak diberi penekanan oleh guru dan keluarga untuk mencapainya..ianya hilang dengan kederasan arus zaman hidup, semakin matang semakin kita teralih cita-cita yang dibina dahulu, cita-cita adalah satu binaan perancangan hidup yang mampu mengerakkan semangat unutk mencapainya jika disusuli dengan desakan (booster) dan motivasi secara konsisten, sebagai contoh terdekat ialah cita-cita/matlamat untuk mendapatkan segulung Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang Kewangan Islam, kita akan dapat capainya jika ada tekanan mendesak untuk mendapatkannya seperti limitasi masa yang diberi, tindakan undang-undang kepada pemegang biasiswa yang tidak menyiapkan dalam tempoh yang ditentukan, maruah akan tergangu takut dilabel sebagai siswazah yang cuai dan abai pelajaran dan tugasan, hilang kelayakan, pendaftaran dibatal kerana tesis tidak sempurna dan sebagainya..Tekanan mendesak mampu mempercepatkan proses pencapaian cita-cita..untuk terus memastikan cita-cita kita dapat dicapai maka perlulah kita mewujudkan tekanan/desakan tersendiri dan pastikan desakan tersebut betul-betul efektif dan efesien.....

Selain itu, motivasi juga sangat penting untuk melestarikan cita-cita , ianya sebagai elemen kedua pengerak kepada matlamat/cita-cita yang hendak dicapai, motivasi akan mewujudkan mobiliti, mobiliti membawa maksud gerakan (momentum) ke arah matlamat yang hendak dicapai, Motivasi boleh diterjemah melalui variasi mekanisme pembentukan kesedaran dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu, antara mekanisme yang boleh digunakan ialah melalui kaedah pemberian material, pujukan dan pujian moral, contoh pemberian material ialah pemberian bonus tahunan sebanyak 6 bulan kepada pekerja yang mencapai markah 85 peratus (cemerlang dalam kerjaya) ini akan mengerakkan pekerja lain untuk mencapai ke arah itu, pujukan pula digambarkan melalui nasihat dan tunjuk ajar agar seseorang melaksanakan sesuatu berdasarkan kesedaran dalaman yang tinggi manakala pujian pula mempunyai kuasa tersendiri yang bisa membuatkan seseorang hilang rasa letih dan malas unutk mencapai sesuatu, hidupnya dibayangi pujian yang diterima dan mudah lupa akan niat sebenar disebalik pujian yang diterima, sebagai contoh ialah seorang itu akan secara tanpa disedari mengeluarkan output (something as a product) melebihi pada kebiasaanya kerana termakan pujian majikan dan kawan sekerja yang mengatakan bahawa dialah pekerja contoh dan paling rajin di firma tersebut...itulah kuasa pujian yang bisa membuatkan manusia lupa diri dan tenggelam dalam pujian yang kadang-kadang memakan diri...Namun begitu, dari sudut positif, pujian adalah satu ubat kepada pekerja iaitu sebagai satu simbolik untuk mengiktiraf pengorbanan hasil kerja mereka..Pujian adalah cara terbaik untuk pembentukan personal relationship di antara pekerja dan majikan, guru dan murid, ayah dan anak, sahabat perbualan, pujian juga membentuk persefahaman dan keserasian....Pujian atas hasil usaha pula bisa menjadikan seseorang lebih produktif andai pujian itu ditafsirnya sebagai satu pengiktirafan atas pengorbanannya...

Dari sini dapat kita pelajari bahawa cita-cita dapat terlaksana jika ada tekanan mendesak dan mobiliti motivasi ke arahnya...gunalah formula ini untuk mencapai cita-cita sahabat sekalian.....


BROTHER AHMAD HARITHAH MUHAMAD AL-MALIYZI

20 JANUARI 2009/22 MUHARRAM 1430 H

10.55 a.m

No comments:

Post a Comment