Wednesday, January 7, 2009

Kedewasaan Paradigma


Saban hari kita memenuhi keperluan fizikal kita denagan makan,minum dan bersenam,bagi mereka yang soleh ibadah diambil beratkan untuk menjadi santapan rohani harian,bagi yang dah berkeluarga dab berteman keperluan kestabilan emosi menjadi seimbang…tetapi amat kurang orang kita megambil berat tentang kedewasaan minda…apa itu? maksudnya ialah kematangan intelek,kebestarian minda,ketinggian paradigma,kehebatan ilmu duniawi dan ukhrawi,kecemerlangan pemikiran,ketajaman buah fikiran dan seumpamanya…apakah sumber itu semua?tidak lain dan tidak bukan..mekanisme perantaraan ilmu..iaitu proses pembacaan berterusan,pembelajaran sepanjang hayat,semangat inkuiri yang tinggi,menghadirkan diri dan jiwa di majlis2 ilmu,penyelidikan berterusan dan seumpamanya…marilah kita mengorak langkah menjadi insan bestari yang terlalu cintakan ilmu..di setiap ketika,setiap sudut,setiap detik,setiap kelapangan kita mengutip butir-butir permata ilmu dan hikmah dengan tidak mengira siapapun kita…kerna ilmu itu untuk semua…firman Allah-Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan mereka yang menuntut ilmu..sabda Rasulullah-sesiapa yang hendak dunia kena ada ilmu,sesiapa yang hendak akhirat kena ada ilmu dan sesiapa yang hendak kesemuanya maka dengan ilmu jua..Ilmu dan Iman menjaga kita…-nukilan pena Ahmad Harithah Maliyzi…

No comments:

Post a Comment