Sahabat-sahabat sekalian....secara realitinya manusia hanya inginkan nombor satu, mereka yang berada di barisan nombor dua tidak begitu dikenali, sebagai contoh mudah cuba berikan nama-nama Timbalan-timbalan Menteri Besar dari setiap negeri, naib presiden persatuan, timbalan-timbalan perdana menteri negara ASEAN, timbalan pengarah syarikat, sudah pasti akan termenung dan membisu seribu bahasa, dari sini kita dapat pelajari tiada siapa pun yang akan endah akan aura mereka yang berada di nombor dua, oleh itu marilah kita mengorak langkah menobatkan diri kita supaya tersedia di barisan hadapan, mereka yang pertama, orang yang utama, mengejar tempat sebagai johan dan juara, mereka yang terawal di semua lapangan aktiviti, yang terdahulu dalam bertindak, orang tumpuan utama sebagai rujukan dan sebagainya…jadilah yang pertama kerana kita dicipta sebagai umat yang terbaik dan peneraju utama kepada umat-umat terdahulu…kita yang pertama, jadilah minda kelas pertama….
No comments:
Post a Comment