Monday, January 12, 2009

Sentiasa Menilai Niat di Hati

"Sesungguhnya amalan seseorang itu bergantung pada niatnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Setiap langkah dan gerak geri kita perlu disertakan dengan niat yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah..Niat yang baik akan menghasilkan usaha yang baik dan implikasi yang baik..niat dan tindakan perlu selari dengan matlamat yang hendak dicapai agar menghasilkan satu natijah yang baik..sebagai contoh yang mudah ialah matlamat untuk membantu anak-anak yatim Palestin maka niat di hati perlu ikhlas dan tindakan juga perlu ikhlas dan selari dengan syariat islam seperti memohon sumbangan dari badan-badan korporat dan sebagainya, adapun tindakan yang bertentangan dengan syariat seperti mendapat sumbangan dari kegiatan haram seperti judi, riba dan maksiat tidak dibenarkan oleh Islam walaupun niat di hati adalah baik untuk membantu anak-anak yatim Palestin...niat tidak boleh menghalalkan cara...punca rezeki mesti bersih dari semua unsur-unsur negatif seperti riba, judi, maksiat, haram dan syubhah....Rezeki yang baik berpunca dari sumber yang baik dan menghasilkan implikasi yang baik...
Amalan menganjurkan majlis-majlis amal yang bertentangan dengan syariat tidak boleh dijadikan hujjah untuk menghalalkan cara bagi mendapat sumbangan untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan..Tindakan yang salah di sisi syariat selama-lamanya ia haram untuk dianjurkan walau objektifnya begitu baik untuk dilaksanakan...Alangkah baiknya niat yang baik itu disertakan sekali dengan tindakan yang baik dan selari dengan syariat. Pilihlah beratus-ratus cara yang diredhai Allah yang semestinya membawa implikasi yang baik kepada semua. Kerana syariat itu datang untuk membawa manusia ke jalan yang lurus dan serasi dengan fitrah manusia...mengagungkan syariat bererti menyelamtkan diri dari segala kedurjanaan dan kebejatan nafsu dan dosa...Niat yang murni harus disertakan dengan amalan yang murni untuk mencapai objektif yang murni....Niatlah untuk capai Redha Allah Taala...

No comments:

Post a Comment