Mentaliti merujuk kepada corak pemikiran, cara bertindak, tanggapan kognitif. manakala mentaliti tongkat pula merujuk kepada corak berfikir seseorang dalam hidupnya yang hanya memusatkan kepada pertolongan orang lain dalam mengatur dan mentadbir hidupnya,.
Mentaliti juga berkait rapat dengan paradigma seseorang, pembentukan mentaliti terhasil dari persekitaran hidup dan corak didikan yang diterima oleh seseorang. Persekitaran merujuk kepada persekitaran dalam dan luaran. Persekitaran dalaman melibatkan diri individu itu sendiri, iaitu bagaimana dia bertindak dalam mengkordinasikan maklumat dan menghipotesis maklumat yang diterima oleh otaknya serta corak pengamatan terhadap sesuatu maklumat yang diterima. Andaikata jika cara observasinya selalu positif terhadap maklumat yang diterima maka pembentukan mentalitinya akan positif selari dengan corak pengamatannya. Persekitaran luaran pula merujuk kepada mereka yang hampir dengan individu tersebut seperti kawan, keluarga, saudara, pemerintah dan sebagainya. Kesan pergaulan dengan persekitaran luaran ini akan membentuk keperibadian dan corak berfikir (mentaliti) seseorang. sebagai contoh umum ialah corak pemikiran orang Jepun begitu berbeza dengan orang Afirika kerana demografi, geopolitik, Taraf hidup dan sosioekonomi yang jauh berbeza.
Pembentukan dan perubahan mentaliti ke arah yang lebih cemerlang boleh dilaksanakan dengan syarat perlu ada kesedaran dan perbandingan di antara mentaliti yang tersedia ada dengan mentaliti yang lebih cemerlang sebagai satu anjakan yang harus dicapai. Perbandingan yang dibuat pula perlu ada komitmen yang tinggi untuk berubah/berhijrah dan bersedia ke arah itu. perubahan yang dibuat perlu sokongan dan moral yang tinggi agar ianya konsisten terlaksana dengan jayanya. Contoh ke arah mentaliti yang lebih baik ialah perubahan corak pemikiran seseorang terhadap kepentingan menggunakan masa, mentaliti yang terdahulu sebagai contoh ialah tidak begitu punctual terhadap masa dan mengabaikan masa yang ada, apabila berlaku kesedaran terhadap peri pentingnya penggunaan masa dengan sebaiknya maka seseorang itu perlu bersedia untuk merubah keperibadiannnya ke arah seseorang yang begitu bijak mengurus dan menggunakan masa.
Perubahan ini harus disertai dengan dorongan dan sokongan semua pihak terutama sekali individu itu sendiri. Dia perlu berkorban untuk mendisiplinkan dirinya agar keluar dari zon selesa yang selami ini menjadi budaya hidupnya. Motivasi untuk berubah ini akan ada turun naiknya, dinasihatkan agar dia sentiasa menggunakan seluruh kekuatan yang ada mempertahankan tindakannya beberapa hari terkehadapan agar perubahan itu menjadi satu corak hidup dan budaya hidup yang baru yang serasi. Mentaliti kelas pertama terhasil dari daya usaha pembudayaan ilmu dalam hidup secara konsisten. pembentukan mentaliti adalah tanggungjawab kita agar ketinggian pemikiran kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi bahkan perlu menjangkaui pemikiran yang sedia ada dengan bangsa-bangsa lain. Tingkatkan mentaliti kita selari dengan peningkatan kemanisan iman....
No comments:
Post a Comment