Tuesday, January 20, 2009

Keusahawanan Islam

Keusahawanan & Keusahawanan Islam

Perkataan ‘entrepreneur’ adalah dalam bahasa inggeris berasal daripada bahasa Peranchis ‘entreprendre’ yang bermaksud memikul atau mencuba. Manakal dalam bahasa Malaysia istilah usahawan sebenarnya berasal dari perkataan ‘usaha’. Menurut Kamus Dewan, usaha ialah daya upaya termasuk ikhtiar, kegiatan, perbuatan dan lain-lain hal untuk melaksanakan atau meyempurnakan sesuatu pekerjaan.

Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan ke atas usahawan dan keusahawanan.Schumpeter (1934) dan Dollinger (1995) mendifinisikan keusahawanan sebagai syarikat yang melaksanakan kombinasi baru bagi pembangunan roduk dan perkhidmatan baru,sumber baru bagi pembangunan produk dan perkhidmatan baru, sumber baru untuk bahan mentah, kaedah baru pengeluaran, pasaran baru dan organisasi berbentuk baru[1].Manakal Cole (1969) mendifinisikan keusahawanan sebagai aktiviti yang mendatangkan manfaat melalui pembangunan perniagaan yang berorientasikan keuntungan[2].

Di samping itu ,Kuratko & Hodgetts (1992) telah menyatakan dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan usahawann. Mereka menyatakan bahawa “entrepreneur is one who undertakes to organise, manage and assume the risks of business’. Selain daripada itu, Dollinger (1995) menyatakan bahawa kejuwudan usahawab bukanlah satu fenomena yang baru. Usahawan telahpun muncul dan wujud sepanjang perjalanan sejarah,tetapi konsep dan pelaksanaanya pada masa dulu dan sekarang adalah berbeza dari segi penciptaan dan penerokaan.

Kirzner (1979) pula telah mendefinisikan usahawan sebagai individu yang sentiasa berwaspada ke atas peluang-peluang perniagaan orang lain tiak menyedarinya.Usahawan akan menganbil tindakan secara imaginatif,kreatif dan inovatif.Selanjutnya beliau menyatakan : “entrepreneur is more than a just a risk-taker and innovator. He or she is the one whosees the future that no one else hs seen and, if this perception is correct, bring about a reodering of resources to produce gerater consumer satisfaction and technological efficiency”

Seterusnya, Steveson, Robert & Greoubeck (1998) telah memberi definisi yang lebih berani dengan menyatakan keusahawanan sebagai kesediaan individu untuk merebut peluang tanpa megambil kira sumber semasa yang ada dalam kawalannya. Hasil daripada pelbagai definisi yang telah diberikan menjurus Dollinger (1995) untuk mendifinisikan keusahawanan sebagai pembetukan syarikat ekonomi yang inovatif bagi tujuan keuntungan atau perkembangan serta kesediaan untuk berhadapan dengan risiko atau ketidakpastian.


Definisi-definisi yang diberikan oleh para sarjana barat di atas mendapati keusahawanan mempunyai kaitan rapat dengan usaha-usaha pembentukan, perubahan dan pembangunan bagi mewujudkan kombinasi baru dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengannya.Daripada keterangan di atas dapatlah difahami bahawa setiap individu mempunyai peluang untuk menjadi usahawan.Yang membezakan di antara usahawan dengan bukan usahawan ialah kesediaaan mereka untuk mengadunkan kreativiti, inovasi, pegambilan risiko dengan kesungguhan bekerja untuk membentuk, membangun dan memaksimunkan potensi diri dengan memanfaat peluang yang diperoleh.

Menurut Sudin Haron (1990) definisi yang diberikan mengenai usahawan dan keusahawanan Islam iaitu usahawan Islam merupakan Muslim yang berterusan mencari, megembeling dan memanfaat kurnia Allah untuk faedah diri sendiri, ummah dan makhluk Allah yang lain selari dengan tuntutan dan arahan yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan Assunah.Manakala keusahawanan Islam pula merujuk kepada proses pencarian, pegembelingan dan pemuafakatan kurniaan Allah untuk faedah diri sendiri, ummah dan makhluk Allah yang lain sebagaimana yang telah digariskan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Bidang perniagaan dan keusahawana merupakan bidang pekerjaan yang terbaik dan sumber rezeki terbesar sehingga 90% dari sumber rezeki terdapat dalam bidang ini.arasulullah s.a.w pernahbersabda yang bermaksud:

Daripada A’isyah katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda:“sesungguhnya tiadalah usaha seseorang itu yang lebih baik selain dari kerja tangannya sendiri…”

Sejarah keusahawanan Islam telah bermula sejak kejadiaan awal manusia lagi dimana dua orang anak Nabi Adam telah memepelopori dua bidang utama keusahawanan iaitu Habil mempelopori bidang pertaniaan ,manakal Qabil mempelopori bidang ternakan. Sejarah Islam juga telah membuktikan bahawa kebanyakkan rasul menceburi bidang keusahawanan . Sebagai contoh, Nabi Adam merupakan seorang petani, Nabi Nuh ahli erniagaan, Nabi Daud tukang esi, Nabi Zakaria tukang kayu, Nabi Idris tukang jahit, Nabi Sulaiman pembuat bakul, Nabi Isa tukang tenun dan pencelup kain serta Rasulullah sendiri merupakan penternak dan ahli perniagaan yang berjaya bukan sahaja di negaranya sendiri, tetapi juga di peringkat antarabangsa. Ini meebuktikan sumbangan besar bidang keusahawanan terhadap pembangunan negara secara keseluruhannya.

Keusahawanan dalam Islam

Keusahawanan dalam Islam mencakupi bidang yang sangat luas. Setia aktiviti keusahawanan yang dijalanakan berpaksi kepada akidah, syaraiat dan akhlak sama ada dalam bidang pengeluaran, pertanian, perikanan, pengkontraktoran dan perkhidmatan. Aktiviti-aktiviti ini melibatkan hubungan dengan Allah (hablumminallah) dan hunungan sesama manusia (habluminannas).

Perhubungan dengan Allah (hablumminallah) berlaku apabila terjainya jual beli antara usahawan dengan Allah (swt) kerana Allah telah membeli keimanan, ketaqwaan dan amal salih dengan kebahgiaan hidup di dunia dan ganjaran syurga di akhirat kepada setiap usahawan yang bertindak selari dengan tuntutanNya. Sementara itu, usahawan akan berhadapan dengan kerugian apabial mereka terlibat dalam aktiviti yang menjurus kepada kesyirikan, kezaliman dan kefasikan yang mana ia akan dibayar oelh Allah dengan kesengsaraan di dunia dan akhirat.Allah telah menyifatkan usahawan sedemikian sebagai mereka yang membeli kesesatan dengan petunjuk yang tidak akan mendatangkan keuntungan alam perniagaan mereka dan tidak mendapat petunjuk daripada Allah(swt).

Seterusnya melalui hubungan sesama manusia (hablumminannas) Islam telah mengutamakan kerjasama dan saling tolong –menolong dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab. Usahawan erlu bertindak mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang boleh memeberi manfaat atau menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Sementara itu, masyarakat pila berperanan menyedikan suasana yang kondusif yang akan memebolehkan usahawan untuk memainkan eranan mereka. Begitu juga tanggungjawab seseoarng peminjam dalam menyegerakan hutang menjalankan perniagaan melalui kaedah Al Bai’ bi Thaman Ajil yang akan megembirakan hati pemberi hutang atau penjual.Keperihatinan terhadap hubungan sesama manusia juga merupakan daya penarik kepada pelanggan-pelanggan dan memperkukuhkan lagi hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak yang terlibat dalam transaksi perniagaan.

Kedua-dua pihak perlu memastikan kerjasama yang diberikan adalah untuk melakukan kebaikan (amal ma’ruf) dan mencegah daripada melakukan kerosakan ( nahi mungkar). Melalui perhubungan ini mmebolehkan usahawan memperoleh keuntungan sebagai pertukaran kepaa penyelesaian masalah yang dihadapi oleh masyarakat .

Melihat kepada tujuan keusahawanan yang berteraskan Islam bukan hnaya untuk mendapat keuntungan semata-mata tetapi turut mengutamakan kebajikan dan tanggungjawab sosial di kalangan pihak-pihak yang terlibat di dalam aktiviti keusahawanan yang dijalankan. Kesan daripada kesejahtrraan yang dicapai hasil daripada keusahawanan Islam telah memeperlihatkan ramai usahawan Muslim dan bukan Muslim telah menerima sistem keusahawanan Islam. Sebagai contoh, perniagaan pada hari ini telah mengutamakan tanggungjawab sosial sebagai salah satu kaedah untuk meningkatkan imej dan keyakinan masyarakat terhadap aktiviti keusahawanan yang dijalankan sebagaimana yang pernah dibuktikan di zaman kecemrlangan Islam

Kegiatan keuahawanan yang dibangunkan oleh Islam telah berjaya membina satu tamadun yang tersendiri. Keseluruhan pusat tamadun yang dibangunkan oleh Islam berjaya membngunkan aktiviti keusahawanan yang sisitematik berlandaskan kepada kekuatan akidah,pembangunan akhlak dan semangat persaudraan kemanusiaan sejagat yang membelakangkan cauvinis bangsa,darah, keturunan dan jantina. Keadaan ini dapat dibukti dengan pembinaan tamadun Islam Fatimah di Mesir, Tamadun Islam Sepanyol dan Kesultanan Melayu Melaka yang telah berjaya menjadikan melaka sebagai pusat perdaganagn antarabangsa yang menemukan pedagang dari timur dan barat. Tanpa Islam yang diperkembangkan oleh usahawan Muslim, Melaka tiodak mungkin menejadi usat perdagangan yang sebegitu terkenal sehingga tercatat dalam lembaran sejarah.

Matlamat Keusahawanan Islam


Sebelum membangunkan keusahawanan Islam, Usahawan perlu terlebih dahulu meempunyai matlamat mengapa mereka ingin melibatkan diri dalam keusahawanan. Islam telah menyediakan beberapa matlamat yang perlu dicapai hasil daripada keusahawanan islam. Matlamat berkenaan adalah seperti berikut :

1.Pembangunan Insan

Pembangunan insan merupakan salah satu matlamat dalam keusahawanan islam.insan ini perlu dibangunkan dari segi kualitatif (seperti kemanusiaan0 dan kuantitatif ( seprti kemahiran) bagi memastikan mereka mampu untuk megambil faedah daripada setiap sum,ber yang ada di dunia ini bagi tujuan untuk terus memakmurkan dunia ini.Ini bermakna keusahawanan Islam akan membngunkan keinsanan seperti kejujuran,amanh dan kepatuhan kepaa suruhan Allah, dan juga kemamapuan mereka untuk mencipta produkatau perkhidmatan untuk memenuhi keperluan manusia.

2. Pertambahan produk dan perkhidmatan

Penghasilan produk dan perkhidmatan daripada aktiviti keusahawanan Islam tidak bersifat statik. Produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan perlu terus dikeluarkan perlu terus dipertingkatkan sama ada dari segi kualiti dan juga kuantiti bagi mememnuhi keperluan manusia yang terus bertambah dan cita rasa mereka yang terus berubah . Oleh itu, usahawan Muslaim perlu berusaha untuk memepertingkatkan kecekapan pengeluaran dan juga pemasaran.Produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan perlu dipelbagaikan aslkan tidak bercanggah dengan tunrutan Islam. Galakan , bimbingan dan bantuan daripada pelbagai pihak diperlukan bagi membolehkan usahawan mempelbagaikan produk dan perkhidmatan yang dihasilkan.

3. Menyediakan jaminan keselamatan sejagat

Keusahawanan Islam akan meemberi jaminan keselamatan sosial semua makhluk yang ada di muka bumi ini. Oleh itu, keusahawanan islam akan memeberi keprihatinan yang tinggi kepaa spek kebajikan, keselesaan dan keselamatan sejagat. Hasil daripada keprihatinan ini akan mengelak usahawan daripada hanya mengutamakan keuntungan dengan membelakangkan nilai akhlak dan kemanusiaan. Oleh itu, setiap usahawan Muslim akan menjauhkan diri daripada sebarang bentuk penindasan dan mendatangkan kesukaran kepada pelbagai pihak.

4. Mewujudkan peluang pekerjaan

melalui aktiviti keusahawanan akan membolehkan usahawan menyediakan peluang pekerjaan kepada pelbagai pihak yang memerlukan. Melalui pelbagai pekerjaan yang dilakukan akan memebolehkan mereka memenuhi keperluan peribadi dan juga keluaga. Kesan aripada kewujudan peluang pekerjaan akan mengelak masyarakat daripada berhadapan dengan masalah sosial sepertikemiskinan, pegangguran dan juga pelacuran. Islam pernah memberi amaran bahawa kemiskinan boleh mendekatkan seseorang kepada kekufuran.

5. Sumber kewangan

Wang merupakan elemen penting dalam menjana aktiviti keusahawanan. Oleh itu, usahawan Muslim perlu bertindak secara bijak dalam menguruskan sumber kewangan bagi mengelakkan daripada berlaku sebarang masalah yang tidak diingini seperti kerugian yang boleh menyebabkan muflis atau terpakasa menaggung hutang yang memebebankan. Selain itu, Islam mengharamkan usahawan daripada terlibat dlam sebarang rasuah, spekulasi dan aktiviti sorok dengan harapan untuk memperoleh keuntungan segera.

Konsep Asas Usahawan Muslim

Peranan usahawan Muslim perlulah berlandaskan kepada nilai-nilai islam yang bersifat sejagat termasuk aspek- aspek yang dinyatakan sebagaimana berikut:

1. konsep peranan manusia sebagai khalifah di dunia

Usahawan diberi tanggungjawab khusus menjadi khalifah dalam membngunkan aktiviti keusahawanan dengan memeberi bimbingan yang terbaik kepada pekerja, pembekal, pelanggan dan pihak-pihak lain yang berkepantingan tanpa menagbaikan tanggungjawab kepada keluarga.


2. Konsep pemilikan harta sebagai amanah

Usahawan diberikan rezeki dan rahmat yang lebih sehingga mereka berupaya untuk mengupul harta dan memebesarkan perniagaan. Harta-harta ini aalah semata-mata amanah Allah untuk diuruskan bagi memepertingkatkan kebahagian diri, keluarga, pekerja, dan seluruh menusia yang perlu diagihkan melalui pembayaran zakat, sedekah dan wakaf. Pengagihan ini perlu dilakukan secara adil dan sakasama. Usahawan perlulah mengendalikan harata mereka dengan penuh bertanggungjawab dengan mematuhi panduan yang telah ditetapkan oleh Islam.


3. Bekerja sebagai satu ibadah

Setiap usahawan peerlulah menanamkan kesedaran bahawa melakukan apa jua pekarjaan yang baik merupakan asatu ibadah kepada Allah. Usahawan perlulah istiqamah dalam menjalankan aktiviti keusahawanan kerana ia juga merupakan ibadah kepada Allah (swt). Oleh itu setiap aktiviti keusahawanan ayang diceburi henadakalah yang diredhai oleh Allah, diniatkan kerana Allah, dilakukan dengan cara yang dibenarkan oleh Allah dan hasilnya dikembalikan kepada Allah.


4. Keinginan untuk berbakti semasa menjalankan perniagaan

Denagan sikap kejujuran, amanah dan penuh tanggungjawab ,usahawan boleh memikirkan bagaimana hasil yang diperoleh daripada aktiviti keusahawanan yang dijalankan boleh dimanfaat pihak-pihak lain yang memerlukannya. Sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh Rasulullah (saw) peniaga yang beriman akan dimasukkan di dalam golongan as-Syuhadah kerana kesediaan mereka menbelanjakan harta mereka ke jalan Allah. Oleh itu, usahawan perlulah muhasabah diri mereka sejauhamana aktiviti keusahawanan yang dijalankan mamapu meyumbang kepada kebaikan masyarakat dan manusia sejagat.

5. Mencari harta kekayaan sebagai satu usaha mencapai taraf ketakawaan

Usahawan Muslim perlu memiliki semangat untuk berlumba-lumba mencari kekayaan denga tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah (swt). Mereka erlu sedar harta kekayaan merupakan amanah ariada Allah (swt) yang mana semakin banyak keuntungan yang dieroleh semakin besarlah amanahyang diletakkan pada diri mereka. Keupayaan usahawan menagatsi cubaan dan godaan hasil adripada pemilikan harta akan meninggikan lagi kartakewaan mereka kepada Allah (swt). Jadi, bagi usahawan Muslaim mereka yakin menamabahkan kekayaan merupakan proses untuk menguji takawaan mereka di sisi Allah (swt). Kebolehan mereka untuk mengimbangkan anatara tuntutan dunia dengan tuntutan akhirat dalam usaha untuk menamabah kekayaan ini akan menjadi ukuran kekayaan usahawan dalam menghadapi ujian ini.

Prasyarat Asas Keusahawanan Islam

Aktiviti keusahawanan akan diterima sebagai keusahawanan Islam apabila ia mememnuhi ciri-ciri berikut:

Konsep kesyumulan dalam Islam yang menjadikan keusahawanan sebagai elemen yang tidak terpisah daripada Islam. Apabila berlakunya suatu pemisahan, kemajuan yang dicaai akan menyimpang daripada tuntutan Islanm.

Dengan fitrah kejadian manusia,insan mestilah terlebih dahulu Muslim kemudian barulah barulah menjadi ushawan. Insan berihsan adalah mengabdikan diri kepada Allah (s.w.t) dan dipretanggungjawakan untuk menjalankan tugas hubungan dengan ketuhanan sesama kemanusiaan.Usahawan Muslim akan mendahului keredaan Allah daripada memeperoleh keuntungan fizikal. Individu yang menjalankan aktiviti keusahawanan bukanlah sekadar untuk mencari keuntungan tetapi sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah.

Istilah kejayaan dalam Al-Quran ada;lah falaha,aflaha dan juga faza fazwan.Kejayaan menurut saranan Al-Qurthubi bermaksud mencari rezeki yang halal, qanaah, taufik, sa’adah dan jannah. Formula kejayaan dalam Islam mempunyai pertalian dengan kesejahteraan di akhirat.

Perniagaan adalah merupakan salah satu cabang ibadah dan keusahawanan adalah kerjaya yang dituntut oleh Islam seperti dinyatakan dalam Al-Quran yang bermaksud “Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba..”(Al-Baqarah : 275)

Usahawan yang mengabdikan dirinya kepada Allah melalui perniagaan dan dalam proses memenuhi tuntutan fardhu kifayah juga memberi dfan menyediakan perkhidmatan kepada keseluruhan masyarakat.

Keusahawanan Islam perlu berada dalam lingkungan sistem pengurusan Islam supaya kegiatanya tidak terpisah atau terasing daripada aktiviti-aktiviti lain yang saling berkait sehingga menjamin kearah merealisasikan sisitem Islam sepenuhnya

Prinsip-Prinsip Keusahawanan Islam
Keusahawanan Islam ditegakkan di atas prinsip-prinsip berikut:

1. Kebebasan

kebebasan adalah prinsip keusahawanan Islam yang amat penting.Keperluan produk atau perkhidmatan adalah terhad dan kuasa memilihpula berada di tangan pembeli. Oleh itu bagi menjamin kebebasan, Islam telah memeberi kuasa memilih kepada pembeli sam ada mahu meneruskan jual beli atau sebaliknya. Penetapan tempoh-tempoh tertentu dalam pembelian memeberikan kebebasan kepada pembeli untuk memebuat keputusan secara waras. Riwayat Abu Dauad dari Al-Halim,Rasulullah s.a.w menjelaskan:

“Orang Islam adalah tertaluk pada ikatan syarayt-syarat yang diersetujui”

Namun,Islam telah menetapkan batas-batas iaitu selagi tidak terkeluar dari tuntutan syarak dan tidak mendatangkan musibah kepada mana-mana pihak. Bagi menjaminkan perkembangan perniagaan yang sihat dalam aktiviti keushawanan maka kebebasan memilih,memebeli dan menjual perlu diberikan .

2. Kerelaan

Ajaran Islam telah menjadikan prinsip kerelaan iaitu keadaan di mana terdapatnya situasi suka sama suka atau kerelaan kedua-dua belah pihak da;lam menjalankan aktiviti keusahawanan terutama dikalangan penjual dan pembeli. Bagi memastikan wujudnya kerelaan semasa memebeli dan menjual akad perniagaan perlu dilafazkan antara penjual dan pemberi atau melalui wakil-wakil masing-masing tanda persetujuan an kerelaan, keadaan ini pernah dijelaskan oleh, Rasulullah (saw) sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud:

“Jual beli dilakukan dengan tawar menawar,jika kedua-dua jujur dan nayata maka mereka diberkati,tetapi jika kedua-duanya dusta dan merahsia,maka keberkatan akan lenyap”

Ini bermakna, betapa pentingnya persetujuan dan kejujuran dalam menjalankan aktiviti keusahawanan. Usahawan perlu menitik beratkan tentang perkara ini kerana ia dapat meningkatkan keyakinan dan kepercayaan antara mereka dengan pelanggan. Apabila penjualan dilakukan berdasarkan kerelaan dan persetujuan bersama maka ia akan mengelak daripada berlakunya sebarang pertelagahan dan ketidakpuasan terutama selepas urusan jual beli berlaku.

3. Keadilan

aspek keadilan turut dititikberatkan dalam urusan keusahawanan Islam.Keadilan dijadikan sebagai salah satu prinsip keusahawanan bertujuan untuk memelihara kepentingan dan kebajikan pelabagai pihak yang terlibat dalam aktiviti ini.Keadilan adalah bereti meletakkan sesuatu ditempatnya paa yang betul.Namun dalam konteks ini ialah, menbuat tindakan atau keputusan sebagaimana yang dikehendaki oleh syariat Islam.
Keadilan dalam keusahawanan Islam adalah dengan menjalankan sesuatu urusan bebas daripada penipuan, pilih kasih dan juga lebih mengutamakan kepentingan diri sendiri sama ada dalam urusan pengeluaran, penjualan dan juga pembelian. Tuntutan ini selari dengan firman Allah (swt) yang bermaksud :

“sesungguhnya Allah memerintahkan (supaya manusia) selalu bersikap adil dan belas kasihan”

Oleh itu semua pihak yang terlibat dalam aktiviti keusahawanan sama ada usahawan itu sendiri,elanggan pemborong, agen dan sebagainya mendapat hak masing-masing kerana semua pihak mengutamakan amanh dalam setiap tindakan mereka. Oleh itu, melalui prinsip keadilan akan memastikan wujudnya perhubungan bersifat simbiosis dikalngan mereka yang terlibat dalam transaksi perniagaan.

Keadilan dalam prinsip keusahawanan yang telah digariskan oleh ajaran Islam akan memastikan wujunya keredaan antara kedua-dua belah ihak,mengekalkan perdamaian dan mejaga hubungan baik anatar usahawan dengan pelanggan-pelanggannya. Sungguhpuh begitu keadilan akan hanya direalisasikan apabila terdapat keikhlasan, kejujuran dan manah di dalam diri setiap pihak yang terlibatdalam ktiviti keusahawanan.

4. Perlindungan

keusahawanan Islam juga menekankan kepada spek perlindungan.Prinsip perlindungan juga diberi penekankan untuk menjamin kebajikan dan kepentingan usahawan itu sendiri dan pelanggan-pelanggan mereka. Perlindungan di sini adalah bertujuan untuk mengelak daripada berlakunya sebarang bentukpenipuan semasa menjalankan aktiviti keusahawanan. Di antara penipuan yang mungkin berlaku adalah seperti dalam urusan ukur-mengukur,sukat menyukat dan timbang-menimbang. Perkara ini telah diberi amaran oleh Allah melalui firmanNya yang bermaksud :

“Betapa celakanya bagi orang yang curang (dalam timbangan dan ukuran), iaitu mereka apabila menerima sukatan orang lain, mereka menimbang dengan cukup dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain,mereka kurangkan.”

Seterusnya, bagi memastikan terdapatnya hak perlindungan antara usahawan dengan pelanggan dalam urusan jual beli,Islam mewajibkan kedua-dua pihak meyempurnakan janji atau kontrak yang telah dimeterai secara bersama. Kedua-dua perlu memilih saksi terhadap perjanjian yang dilakukan. Melalui kontrak ini usahawan mahupun pelanggannya dipreintahkan agar menunaikan janji yang telah sama-sama dupersetujui. Mana-mana pihak yang tidak menepati janji akan dianggap munafik oleh Allah (swt).

Bentuk-Bentuk Keusahawanan Dalam Islam

Dalam mememilih aktiviti keusahawanan,Islam mengharuskan apa-apa saja aktiviti asalkan tidak bertentangan dengan syarait Islam. Dalam penulisan ini, tiga (3) bentuk keusahawanan iaitu Al-Mudharaba, Al-Musyarakah dan Al- Murabahah akan diberi tumpuan.

1. Al-Mudharabah

Al-Mudharabah merupakan aktiviti keusahawanan yang melibatkan akad perkongsian antara dua pihak iaitu pihak yang mengeluarkan modal dengan pihak yang menjalanakan pern iagaan. Ia juga boleh diertikan sebagai satu kontrak usahasama antara pemodal dan pengusaha daam memajukan sesuatu aktiviti keusahawanan seperti pembangunan tanah. Dalam projek seperti ini pemodal dan pemilik tanah akan berkongsi dari segi keuntungan di mana mereka akan memebahagikan keuntungan mengikut persetujuan kedua-dua pihak.

Melalui kaedah ini akan memebolehkan usahawan yang mempunyai modal tetapi tidak memepunyai kemahiran dan pengetahuan agar dapat memberi peluang kepada mereka untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

Selain itu, bagi usahawan yang tidak memepunyai modal tetapi berkebolehan dalam melaksanakanperniagaan juga berpeluang untuk menceburi dalam bidang keusahawanan yang mereka mmepunyai kepakaran di dalamnya. Hasil dari penggabungan anatara pemodal dan pengusaha dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang berusaha untuk memajukan diri sendiridan juga masyarakat. Perniagaan ini terbahagi kepada empat jenis iaitu mudharabah amanah (pengusaha sebagai pememgang amanah terhadap modal yang diterima dari pemodal), mudharabah wadiah,mudharabah mutlaqah (pengusaha memepunyai kuasa dalam melaksanakan sesuatu) dan mudharabah muqaiadah (pengusaha tidak bebas melakukan perkara dalam mutlaqah).

2. Al-Musyarakah

Keusahawanan jenis ini melibatkan perkongsian modal anatara dua orang atau lebih untuk menjalankan perniagaan atau perusahaan bagi mendapatkan keuntungan. Dalam hal ini keuntungan akan dibahagikan mengikut modal awal yang dikeluarkan oleh mereka. Keuntungan dan juga kerugian yang dialami oleh syarikat akan dikongsi secara bersama berdasarkan modal yang dikeluarkan sebelum perniagaan dilaksanakan.

3. Al-Murabahah

Jenis keusahawanan ini merujuk kepada penjual yang menjual sesuatu barangan dengan menyatakan dan menjelaskan tentang modal pokok dan jumlah keuntungan yang dikehendaki dan dipersetujui oleh pembeli. Dalam perniagaan jenis ini ia diharuskan dalam Islam dan dipersetujui oleh semua ulama mazhab fikah yang empat. Ia dapat memebantu pembel;I mengetahui beraa jumlah modal dan keuntungan yang diperlukan oleh penjual. Keadaan ini memberi kepuasan kepada pembeli mahupun penjual itu sendiri di mana kedua-dua mereka mendapat apa yang mereka ingini. Dalam menentukan harga ia boleh ditentukan melaui dua cara iaitu perundingan langsung dan juga untung yang ditetapkan.


Kelebihan Keusahawanan Islam

Sememangnya Keusahawanan Islam memepunyai kelebihan yang tersendiri. Semua yang aktiviti keusahawanan yang dijalanakan akan memeberi kesan positif kepada pembangunan individu dan juga masyarakat jika ia dilaksanakan mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh Islam.

Pertama, keusahawanan Islam akan berperanan dalam mengawal tingkahlaku usahawan dalam melakukan aktiviti keusahawanan di mana ia kan memastikan melibatkan diri dalam aktiviti yang mampu memberi manfaat kepada diri sendiri,keluarga,masyarakat dan ummah. Oleh itu, untuk memastikan aktiviti keusahawanan yang dijalankan selari dengan tuntutan Islam mereka perlu tanya diri sendiri adakah aktiviti yang dijalanakan akan mendekatkan diri mereka dengan tuhan atau sebaliknya. Perkara boleh diukur dengan melihat kepada natijah hasil daripada aktiviti keusahawanan yang dijalankan sama mendatangkan kemudharatan kepada diri sendiri,keluarga,masyrakat dana ummah atau sebaliknya.

Kedua, keusahawanan Islam dapat membangunkan keperibadian yang mulia di kalnagan usahawan. Perkara ini dapat dilihat sejauh mana istiqamahnya seorang usahawan dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang berlandaskan syariat Islam. Antara keperibadian yang mulia ialah kemampaun mereka untuk meyeimbangkan kepentingan diri sendiri dengan keentingan umum,keuntungan dengan kebajikan pekerja dan juga keutamaan unia berbanding dengan kepentingan akhirat. Oleh itu, setiap usahawan perlu mempunyai misi dan visi serta matlamat dalam kehidupannya, ikhlas dalam memberi sumbangan kepada masyarakat dan proaktif dalam menyelesaikan masalah brhubung dengan kehidupan bermasyarakat. Mereka perlu pastikan kejayaan yang diperoleh di dunia merupakan jambatan ke arah kejayaan di akhirat.

Ketiga, keusahawanan islam dapat memupuk persaudaraan dan persamaan sejagat di kalangan seluruh manusia tanpa mengira bangsa,ketutunan, warana kulit dan agma yang dianuti. Persaudaran sejagat ini mamapu dibina di atas landasan islam kerana mengharamkan sebarang bentuk penindasan akanmengelak daripada wujudnya perasaan dengki,marah, dendam dan benci membenci.Jadi dengan adanya peganagan Islam maka perniagaan yang dijalankan itu dapat mengertkan lagi persaudaraan sejagat.

Sungguhpun aktiviti keusahawanan yang dijalankan bertujuan mendapatkan keuntungan tetapi aktiviti ini juga merupakan alat untuk mencapai matlamat yang terunggul iaitu mendapatkan keredaan dan keberkatan daripada Allah (swt0. Oleh itu, anatara tujuan melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan ialah untuk mendaptkan keuntungan kerana itu merupakan hak yang diberikan oleh allah sebagai ganjaran kepada usaha mereka dan risiko yanmg terpaksa ditanggung. Jadi keusahawanan Islam secara umumnya adalah untuk mendapatkan keuntunganan secara khususnya adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Masa depan kajian dan penulisan keusahawanan Islam

Baba-bab terdahulu adalah sebahagian daripada penulisasn keuashawanan beronterasikan islam. Bab ini menilai kajian dan penulisan keusahawanan islamdalam bahasa Malaysia yang boleh diguna sebagai asas untuk kajian lanjut.Keusahawanan Islam adalah cabng baru pengajian yang meempunyai potensi besar untuk memuuk masyarakat islam. Keusahawanan islam semestinya bertolak daripada hubungan manusia dengan Allah. Hubungan ini hendaklah dikukuhkan supaya hubungan-hubungan laian (manusia dengan menusia dan anusia dengan dirinya sendiri) sentiasa dijalankan dengan keyakinan bahawa Allah sentiasa melihat apa yang berlaku.


Bab ini akan dibahagikan kepada :

a. Penulisan Keusahawanan Islam
b. Keperluan Masa Hadapan
c. Rancangan Bertindak

Penulisan Keusahawanan Islam

Penulisan di dalam bidang keusahawanan Islam boleh dinilai daripada sudut isu,metodologi penyelidikan dan pelaksanaan.

Isu.
Isu pokok yang ditimbulkan dalam penulisan tentang keusahawanan Islam berkisar di sekitar rangka konsep dan sistem sokongan. Terdapat ketandusan kajian dan penulisan dalam bahsa Malaysia yang melibatkan pelaksanaan sistem Islam.

Rangka konsep

Isu pertama ialah rangka konsep atatu teori yang diguna dalam kajian.Konsep pertama yang dipersoalkan ialah definisi manusia yang dipanggil usahawan .Tidak dapat dinafikan definisi konsep,istilah dan isu adalah sangat penting di dalam kajian ilmiah. Tetapi dalam soal keusahawanan secara amnya belum adda persetujuan antara pengkaji-pengkaji tentang efinisi usahawan.Pengkaji-pengkaji mengatasi masalah ini dengan menggunakan “operational definition” yang tentunya bersbeza mengikut keperluan kajian. Yang pentingnya buat kita ialah supaya tidak terkongkong dengan defifnisi barat (yang tentunya berasaskan nilai barat ), sebaliknya berusaha membentuk definisi sendiri bersesuaian dengan kehendak Islam. Definisi usahawan Muslim yang biasa diketengahkan menyenaraikan siaft-sifat usahawan, Cara ini tidak menepati tradisi penulisan definisi yang mencakupi sama aspek perkara yang dibincangkan.

Isu yang kedua ialah mengenai ciri-ciri usahawan. Isu ini berhubungkait dengan persoalan definisi usahawan.Pembentukan individu melaui sisitem pendidikan menghasilakn perwatakan tertentu.Perwatakan ditentukan oleh cara pemikiran dan emosi seseorang.bentuk tubuh dan pakaian adalah perkara remeh dalam perwatakan sebenar. Inividu dipengaruhi oleh pemikiran yang dikuasai sisitem konsep yang diterima. Konsep ialah makna pemikiran bukan makana perkataan. Daripada ini timbullah pemikiran individu sama ada pemikiran Islam,Kapitalis atau pun sosialis.

Dalam hubungan keusahawanan islam perwatakan usahawan mukmin amat penting. Usahawan mukmin mungkinmendapati susah berusaha diu dalam suasana persekitaran bukan Islam. Penulis-penulis menumpukan perhatian kepada etika yang perlu diikuti oleh usahawan Muslim.kurang perbincangandibuat terhadap soal kaedah bagaimana etika/ciri itu dapat dibentuk.Kes kejayaan penerapan ciri yang dipersoalkan memberi gambaran seolah-olah pelaksanaan program belum ada.Penekanan hanya diberi kepada pembentukan teori tanpa bukti empirik. Keadaan ini boleh diterima kerana kemajuan ilmu bergantung rapat di antara kemajuan rangka konsep atau teori dan pengisian teori ini dengan bukti empirik. Tetapi bahayanya ada.Teori akan tinggala teori sekiranya tidak dimajukan. Ia juga memebuka peluang kepada polemik yang berterusan yang berasaskan pendapat semata.

Selain su konsep,kita juga mendapati penulisan tentang sisitem sokongan yang setakat ini bnayak berlegar disekitar perbankan Islam dan sistem insuran Takaful.Perbincangan tentang instutusi dan sistem Islam yang lain,yang juga boleh terangkum dalam rangka sistem sokongan, jarang didengar.Contohnya sistem sokongan tidak formal masyarakat peniaga Islam berketurunan India tidak diketengahkan. Sejarah Islam menunjukan peranan sistem
sokongan bukan kerajaan bagi orang-orang Islam menjalankan perniagaan. Di masa Nabi Muhammad S.W.T dan Khalifah Al-Rashidin,eranan kerajaan dalam keusahawanan adalah minimun. Sokongan yang ada lebih kepada melaksankan tuntutan Islam,seperti melaksankan sisitem zakat dan fitrah bukan sokongan supaya usahawan maju.

Di Malaysia,walauoun Bank Islam telah ditubuhkan pada tahun 1983, ia masih menjadi seperti perkara baru. Ini menunjukkan kekurangan pelaksanaan sub-sisitem keangan islam yang lebih menyeluruh. Kita tahu betapa bergantungnya usahawan-usahawan kepada sistem-sistem yang ada . adakah keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa melibatkan diri dengan sistem yang bukan Islam?Ini merupakan suatu ersolan yang boleh dijadikan bahan kajian masa dean.

Metodologi

Kekurangan dari segi metoologi adalah amat nyata. Penulisan nampaknya banyak dilakukan oleh ahli-ahli yang bukan berkelulusan jurusan pengajian islam. Ramai penulis sedia ada yang terlatih dalam jurusan sekular namun mempunyai minat yang mendalam untuk mengkaji dan mengemukakan idea berasskan Islam.ini adalah satu petanda baik tetapi mempunyai kelemahan. Di antaranya terdapat seolah-olah penulis sudah mempunyai idea awalan tentang sesuatu isu ,mereka menggunakan ayat-ayat al-Quran atau Hadis hanya sebgai bukti untuk menguatkan hujah sahaja. Metod ini amat lemah.Al-Ghazali tidak mengislamkan falsafah dengan menempelkan ayat-ayat Quran untuk merasionalkan idea-idea Plato atau Aristotle.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Islam bukan sahaja memberi prinsip dan konsep tetapi method kajian juga diberi. Untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat Islam, Islam menyediakan method mutlak secara ijtihad yang dilakukan oleh Mujtahid yang berkemampuan.Mujtahid akan mengkaji persolan yang timbul sedalam-dalamnya, kemudian mengkaji Quran dan Asunnah berhubung dengan isu tersebut.Lepas itu beliau hasilakn hukum syarak berkenaan dengannya.Namun begitu, method ang digunakan oleh penulis-penulis sedia ada tidak semestinya tidak baik langsung.Al-Ghazali mula dengan menadalami falsafah Yunani dan kemudian meyanggahnya berasskan premis falsafah Yunani itu sendir.
Dalam suasana ketandusan Mujtahid yang berilmu dan berkemampuan,usaha-usaha yang dijalankan haruslah disanjungi.Tiaa rotan,akar pun berguna.Insya allah usaha sebegini merupakan usaha permulaan bagi kajian dan penulisan tentang usahawan Mukmin selanjutnya.

Penilaian pelaksanaan

Selain daripada isu penyelidikan dan penulisan Keusahawanan Islam pelaksanaan sistem Islam juga dikaji. Usahawan bergerak di adalam sisitem ekonomi,sosial dan politik yang ada. Sistem-sistem ini boleh menolong atau menghalang kemajuan enterprais yang dijalankan.

Sisitem yang paling mempengaruhi keusahawanan ialah siistem ekonomi sama ada Kapitalis, Sosialis atai Islam. Ketiga-tiga ini dapat dianggap sistem kerana tiap-tiap satu memepunyai ideologi dan metod untuk menghadapi persoalan ekonomi.

Sisitem kewangan Islam terhad kepada kewangan Islam, Insuran takaful dan Koperasi secara islam di malaysia

Prospek dan cabaran Keusahawanan Islam

Jaringan maklumat keusahawanan Islam
1-Badan-badan dan agensi yang menjana Usahawan Muslim
2-Tokoh akademik dalam bidang keusahawanan Islam

Karya-karya akademik dalam bidang keusahawanan Islam

Bidang penulisan :

Abd. Al-Rahman Zaki Ibrahim (1998). Petunjuk Amalan Ekonomi Islam (terjemahan). Kuala Lumpur: DBP.

Abdul Sami’ al-Misri (1993).Perniagaan Dalam Islam(terjemahan). Kuala Lumpur:DBP

Adnan Alias (1993). Operating the Concept of Religious Business:Beyond ethics.Proceedings Of medel $th Annual Enterpreneurship Colloqium.

Adanan Alias (2002) .Keusahawanan Islam, Prentice Hall, Kuala Lumpur.

Ahmad Tajuddin Abdul Rahman (1987). Peranan Bank Islam Terhadap usahawan Muslim di Malaysia. Seminar Usahawan Muslin Peringkat Kebangsaan, sept. 11-13,1987.Shah Alam, Selangor.

Ahmad Safiyuddin 1981/1401 ‘Iwadz. Usul ‘ilmi Al-Iqtisad Al-Islamiyy;Al-iqtisad Al-Fardiyy,Al-Riyad:Maktabah Al-Rushd,

Kertas-kertas Kerja Seminar keusahawanan Islam Peringkat Kebangsaan 2005. Jabatan syariah dan Pengurusan. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Sept 6, 2005, kuala Lumpur.

Mahmud Saedon A. Othman (1987), Rintangan dan masalah yang dihadapi oleh usahawan muslimin masa kini. Seminar usahawan Muslimin Peringkat Kebangsaan.Sept. 11-13(1987) Shah Alam,Selangor.

Mahmud Muhammad Babilliy1983/1404.Al-usus Al-Fikriyyah wa Al-‘ilmiyyah Li Al-iqtisad Al-Islamiyy. Al-rifa’iyy.

Mohd. Faris s. Ahmad. “konsep Harta dan Kekayaan Dalam Islam.” International Islamic University, Kursus Jangka Pendek Ekonomi Islam,Julai- Disember, 1986

Mohamed Mustapha (1989).Pembentukan generasi usahawan Muslim yang berjaya. Seminar Sumbangan Ahli Akademik Kepada Dunia Perindustrian & Perniagaan.Ogos 6, 1989. Kota Bharu.

Mohd Ali Baharum(1987). Kaedah-kaedah syariah dalam mua’malat. Seminar keusahawanan dan Perniagaan Islam,Nov, 28-29, 1987, Petaling Jaya, Selangor.

Mokhtar Haji Ismail (1989). Peranan institusi kewangan khususnya Bank Islam dalam melahirkan usahawan Bumiputera dalam dunia perniagaan dan perindustrian. Seminar Sumbangan Ahli Akademik Kepada Dunia Perindustrian & Perniagaan. Ogos 6, 1989, Kota Bharu, Kelantan.

Nagata, Judith (1972) Muslim entrepreneurs and the Second Malaysia Plan :some socio-cultural considerations. Asia Research Bulettin, Aug, 1-13, 1972, 1139-1142.

Nawawi HJ. Mohd Jan (1987). Rintangan dan Masalah yang dihadapi oleh Usahawan Muslilin kini. Seminar Usahawan Muslimin Peringkat Kebangsaan,Sept. 11-13, 1987. Shah Alam, Selangor.

Rafik Issa Beekun (1998). Etika Perniagaan Islam. Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought.

Seminar Program Sistem Perniagaan Islam. Jabatan Perakaunan, Fakulti Pengurusan Perniagaan, UKM. 1987.

Sheikh Ghazali Sheikh Abod (1987) Konsep usahwan dan keusahawanan dalam Islam . Seminar Keusahawanan dan Perniagaan Islam.Nov.28-29,1987.PetalingJaya,Selangor.

Syed Othman Alhabshi (1985). The role of Islamic financial institutions in stimulating the growth of Islamic entrepreneurship. Seminar on Issues in Islamic Economics,Dec 27-29,1985,Petaling Jaya,Selangor.

Syed Othman Alhabshi (1987).The Role of ethics in economics and business. International Seminar on Islamic Economics : Islamic Economic Thought-Curent Issues and challenges. July 6-9, 1987. Kuala Lumpur.

Syed Othman Alhabshi (1987),Ciri-ciri Usahawan Muslim yang diredhai Allah s.w.t . Seminar Usahwan Muslimin Peringkat Kebangsaan, Sept. 11-13,1987. Shah alam. Selangor.

Shauqiyy Abduh Al-sahiyy,!981/1401. Al-mal Wa Turuq Istithmarihi Fi Al Islam, Al-Qaherah: Dar Al- MuTbu”at Al-Dauliyyah.

Sobri Solomon,(1988), Perniagaan Menurut Pandangan Islam, Al-Rahmaniah, Kuala Lumpur, 1988.

Syed Othman al-Habsyi,1986, Perniagaan Sebagai Satu Ibadah, Nota Kepada Peserta, Bengkel Jurulatih Keusahawanan siswazah, INTAN, Kuala Lumpu

Kertas-kertas Kerja Seminar keusahawanan Islam

Kertas-kertas Kerja Seminar keusahawanan Islam Peringkat Kebangsaan 2005. Jabatan syariah dan Pengurusan. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Sept 6,
2005, kuala Lumpur.

Laman-laman web keusahawanan :

http:// www.mara.gov.my
hhtp://bdmp.globalden.com
hhtp://www.kpun.gov.my
hhtp://www.cgc.gov.my
hhtp://www.syarikat@usahawan.com
web page “Kementerian Pembangunan Keusahawanan Malaysia


Kemudahan kewangan

1-Kementerian Pembangunan Usahawan
2-Kementerian Kewangan
3-Kementerian Perdagangan anatarabangsa Dan Industri (MITI)
4-Bank Negara Malaysia(BNM)
5-Kementerian Sains, Teknologi Dan Alam Sekitar
6-Kemeterian Pembangunan Luar Bandar
7-Kementerian Belia Dan Sukan
8- Perbadanan Usahawan Nasional Berhad
9-Amanah Ikhtiar Malaysia


Tabung Pembiayaan untuk Usahawan

1-Tabung Ekonomi kumpulan Usaha Niaga (tekun)
2-Pembiayaaan Perniagaan MARA
3-Skim Modal Asas Program Promosi Industri Kecil Dan Sederhana (SMPP)
4-Skim Pembiayaan Francais
5-Skim Jaminan Usahawan Kecil (SJUK)
6-Jaminan Bagi Skim Perbankan Tanpa Faedah
7-Skim Bantuan Pembangunan Francais
8-Skim Pinjaman Mudah Untuk Meningkatan Kualiti IKS (SPM)
9-Pakej Kewangan untuk IKS (paksi)
10-Tabung Industri Kecil Sederhana (TIKS)
11-Skim Pinjaman Mudah Mesin/Peralatan Program pembangunan Industri luar Bandar

[1] Sila lihat Enterpreneurship : strategies and Resources. Illinois : Irwin.
[2] Sila lihat “Definition of Enterpreneurship,”in J. Komives Eds., Karl. A. Bostrum Seminar in the study of Enterprise,pp. 10-22.
Nukilan dan Penyelidikan dari :
Brother Ahmad Harithah Ibnu Muhamad al-Maliyzi
16 Febuari 2009/19 safar 1430 Hijriah
Monday 16:54 p.m
Malaysia

2 comments:

  1. assalamualaikum w.b.t....sya nak tanya ckit bang,betul ke semua fakta ni?
    klu boleh sya nk ambik kat cni je pasal sejarah keusahawan islam,
    pasal saya nk buat assigment pasal "sejarah keusahawanan islam" subjek asas keusahawanan...sekian,wasalam..

    ReplyDelete
  2. PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,

    ReplyDelete