Tuesday, January 13, 2009

Objektif ketinggian ilmu


Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah..Manakala amal tanpa ilmu ada kemungkinan akan sesat dan menyesatkan....Ilmu menjaga manusia dari segala kesilapan dan kesesatan kerna norma ilmu itu sendiri membawa maksud kepada kepengetahuan dan maklumat yang betul, tepat dan sahih, maka entiti ilmu itu sendiri adalah lampu kepada kegelapan manusia dalam kebuntuan...

Hakikat kepada kemanisan ilmu ialah bila bertambahnya ilmu maka semakin dekat seseorang itu dengan Penciptanya iaitu Allah 'Azzawajalla. Penerokaan dalam bidang ketinggian ilmu akan tercapai bila berjaya menjejaki kehebatan dan keagungan Maha Pencipta iaitu Allah Taala. Ketinggian dan Mendalamnya penyelidikan terhadap sesuatu makhluk Allah perlu tertumpu dan menfokus kepada ketinggian dan kehebatan Allah agar tidak lari dari fokus sebenar kemurnian ilmu iaitu menyelongkar ketinggian ilmu Allah Taala dan rasa semakin dekat dengan Allah serta semakin meningkat ketaqwaan dan keimanan kepadaNya..Sebagai contoh kepada persoalan ini ialah, ketinggian ilmu dalam penyelidikan biologi atau astrologi perlu memfokus bidang penyelidikan tersebut untuk mencapai objektif dalam menerokai kehebatan Allah yang Maha Mencipta dan menganggap hasil kajian dan penyelidikan tersebut adalah ketinggian ilmu Allah Taala dalam mentadbir alam semesta ini. Rentetan dari dapatan kajian tersebut perlu memasukkan elemen ketuhanan (rabbaniyyah) agar manusia kembali memperakui dan mengagungkan Allah serta bertambah imannya terhadap Yang Maha Esa...Itulah amanah keilmuan yang terpikul ke atas para saintis, ulama, profesor, pengkaji, ilmuan dan anda semestinya....Hakikat ketinggian ilmu membawa kepada tingginya iman dan amal seseorang..
Subjek-subjek (kesepaduan ilmu duniawi dan ukhrawi) yang pernah saya ambil semasa menghabiskan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Pengurusan di Universiti Malaya pada tahun 2005-2008 ialah :

1-INTRODUCTION TO SYARIAH
2-INTRODUCTION TO ECONOMICS
3-INTRODUCTION TO BUSINESS ADMINSTRATION
4-INTRODUCTION TO ACCOUNTING
5-INFORMATION EFFICIENCY COURSE
6-MUAMALAT ISSUES IN ISLAMIC BANKING AND FINANCE
7-PRINCIPLES AND PRACTICES OF MANAGEMENT
8-MARKETING MANAGEMENT AND STRATEGY
9-ORGANIZATIONAL BEHAVIOUR
10-FINANCIAL MANAGEMENT
11-ISLAMIC FINANCIAL SYSTEM
12-QUANTITIVE METHODS FOR MANAGEMENT
13-JURISPRUDENCE OF ISLAMIC TRANSACTIONS
14-STRATEGIC MANAGEMENT
15-MONEY AND FINANCIAL INSTITUTION
16-METHODOLOGY OF INTERPRETATION OF LEGAL TEXT
17-ISLAMIC MANAGEMENT SYSTEM
18-ISLAMIC CONSUMERISM
19-ENTREPENEUR
20-COMPARATIVE MONETARY AND CAPITAL MARKETS
21-ORGANIZATIONAL THEORY
22-CORPORATE FINANCE
23-ISLAMIC FAMILY JURISPRUDENCE
24-LITERATURES OF SYARIAH SCIENCES
25-JURISPRUDENCE OF ISLAMIC WORSHIP
26-THEORY OF ISLAMIC LAW
27-CUSTOMS AND PUBLIC INTEREST
28-ANALOGY
29-ISLAMIC FINANCIAL ISSUES IN MALAYSIA
30-PARENTING EDUCATION
31-PROJECT PAPAER
32-SYARIAH RESEARCH METHODOLGY
33-RESERVE OFFICERS TRAINING UNIT
34-ISLAMIC CIVILIZATION AND ASIAN CIVILIZATION.

1 comment:

  1. ilmu..
    rasulullah s.a.w pnah berkata 'tuntutlah ilmu hingga sampai ke negeri china'.
    persoalannya,walau di mana kita berada...apapun bidang @ kos yg kita pelajari dihujungnya tetap satu..semua orang mahukan kejayaan.Tetapi..biarlah kejayaan yg diraih adalah seiring dengan niat suci kita belajar dan ingin berjaya kerana ALLAH SWT.

    ReplyDelete